Sejak semalam turun ke kay al, untuk mencari beberapa bahan di kedai-kedai buku, lantas teringat dari satu buku tentang cerita pemimpin bangau oh bangau, kenapa kau tidak makan, macamana aku nak makan, ikan tak mahu timbul, bla, bla, bla...
Rupanya pemimpin bangau oh bangau ini dirujukan kepada pemimpin yang selalu menyalahkan orang lain dan mempunyai sebab di atas kesalahannya apabila menghadapi sesuatu masalah.. Selalu menyatakan orang lain salah, dan menimbulkan fitnah kepada orang lain.. tidak ada lain sebabnya kerana berkepentingan diri sendiri.. Atas dasar apa menyebarkan keburukan dan ketidakpuasan hati..semata untuk mengaut tempat atau mempunyai kepentingan tertentu.. wallahualam.
Keburukan sifat PHD ini memang menjadi lumrah manusia. Yakni, seorang manusia tidak suka bila ada orang lain dapat melebihinya dari segi kemuliaan.. Ia akan berusaha agar orang lain itu jatuh atau hilang kemuliaan dengan cara menyebarkan fitnah dengan berjalan dan berjumpa orang semua.
Nabi Adam telah mendapat kedudukan tinggi dan istimewa dari malaikat-malaikat lain semasa di syurga, keistimewaan Adam, dapat menyuruh para Malaikat sujud padanya, mengajari nama-nama sesuatu dan dan bertenang bersama-sama sehinggalah datang iblis mengeluarkan Nabi Adam. Iblis berkata kepada Adam, dua sifat anak-anak Adam akan menghadapi kehancuran; DENGKI dan TAMAK.
AlHakim meriwayatkan sebuah hadis, umatku kelak akan tertimpa penyakit umat2 sebelumnya, mereka bertanya-tanya, wahai Rasulullah apa kah penyakit itu, sabda Nabi, kesombongan dan kebongkakan, saling berlebih-lebihan dan saling lumba-berlumbaan dalam keduniaan, saling membenci dan saling mendengki hingga akhirnya terjadi kesesatan, kemudian kekacauan.
Memang wajar kita menghidari benda yang tidak elok... membuat amalan yang dapat menghindari iblis dari memerangkap kita..
No comments:
Post a Comment