December 16, 2008

Kertas Cadangan ....Apa yang diperlukan dalam Bahagian untuk meneruskan perjuangan ini?

Struktur bahagian perlu lebih professional dan mantap. Gerak kerja lebih kehadapan dan menjadi printis dalam apa jua perancangan. Jadi sejajar dengan saranan YB DSAI dan Datuk Seri Presiden di dalam kongres baru-baru ini, setiap bahagian perlu mempunyai kumpulan kerja yang terkini dan mahir dengan ilmu ICT dan teknologi lain. Parti menghadapi pengundi yang bermaklumat.
Memperkemaskan jentera persiapan pilihanraya bahagian untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang. Kekuatan bersama dan tidak ada duri dalam daging yang menghalang perjalanan parti.
Tidak mahu mendengar unggapan, kita sudah berjuang 10 tahun dsb, sebab sebenar2nya rakyat yang membantu dan berkorban sehinggakan kita berjya setakat hari ini. Tidak ada kepentingan diri kerana kita semua adalah pejuang rakyat dan nama parti kita adalah Parti Keadilan Rakyat.
Biro- biro yang mungkin dapat membantu bahagian di samping EXCO untuk berfungsi dan meletakkan parti di tengah masyarakat di Hulu Selangor..
Biro Politik
Biro Integrasi Nasional
Biro Pendidikan
Biro Belia, Rekreasi dan Kemasyarakatan
Biro PBT/Pekerja/Pengguna
Biro Hal Ehwal Agama/Antara Kaum
Biro Alam Sekitar
Biro IT, Ekonomi dan Keusahawan
Biro Latihan dan Keahlian
Kemampuan parti akan terbatas jika tidak ada golongan usahawan dibelakang mereka bukan bermaksud kroni tetapi mereka yang berani membiayai kegiatan bahagian dari masa kesemasa.
Perancang, pentadbir mesti dimulakan, seharusnya di buat satu ”blue print” yang terperinci dan berjangkapanjang untuk masa depan parti. Biro-biro akan berperanan untuk membentuk parti dan bersama menggerakan aktiviti parti.
Tidak lengkap jika tidak ada kekuatan semangat, harus ditekankan perlu ada kumpulan yang berjiwa besar, bercita-cita besar dan menginginkan kejayaan, samada ahli sukan, kaki seni, pasukan pertahanan diri dsb perlu diserapkan.
Peranan di dalam parti amat penting, jika semua ahli parti dapat memahami tanggungjawab maka arahtuju parti dan kekuatan parti akan terjamin. Umpama yang dibawa oleh ahli parlimen Macang, YB Sarifudin Nasution, sebuah jentera pembajak tidak akan dapat berfungsi seandainya semua komponen tidak bergerak sebagai satu sistem, dan tidak mungkin dapat bergerak dan menjalankan kerja pembajakan. Tidak mungkin roda pembajak pula mengambil kerja setereng jentera atau sebaliknya, maka ini juga mempunyai persamaan di dalam struktur bahagian parti, dimana ketua nya mempunyai peranan, dan wanitanya juga mempunyai tanggongjawab masing-masing. Jika ditukar atau cuba ditukar, maka tidaklah dapat berfungsi sebaiknya.

ANGKATAN MUDA KEADILAN

Apakah sayap-sayap yang melebarkan AMK?

Bagi memastikan AMK relevan dengan dunia generasi muda perlu ada:-
Kelab Kelab Sukan – Futsal, Takraw, Badminton, 4x4 Team, Kelab Motosikal dll
Kumpulan Koir, Seni, Kumpulan kebudayaan Rakyat Kompang, Silat Seni, Teater dll
Kumpulan bantuan masyarakat yakni yang diperlukan dalam masyarakat, kenduri kendara, majlis majlis, program gotong royong dll.
Skuad Bencana Alam, Pencinta Alam, dll
Memegang kedudukan dalam NGO NGO belia.

Apakah yang akan membantu AMK?

Imej – AMK mesti ada imej, samada dalam bentuk satu logo parti atau tertentu, warna, uniform, dll format.
Life Style – Cara Hidup masa kini, remaja dan orang muda perlu membentuk lifesyle mereka akan datang, jadikan AMK ini satu lifestyle yang menjadi ikutan dan idola generasi muda dan bangga dengan AMK.
Bila ramai – bila sokongan ramai ia akan membantu AMK terus berkembang.
Dimana AMK dalam arena Politik Negara?
Golongan yang paling peka dengan perubahan.
Golongan pendesak yang aktif
Golongan yang berfikir dengan tindakan yang matang
Golongan yang kehadapan dalam semua hal, jika melibat sebarang isu AMKlah yang paling lantang dan kedepan, membuat laporan polis jika perlu, membuat demontrasi, menghantar memorandum serta membuat sidang akhbar.

Apa langkah yang perlu dibuat? Cadangan-cadangan yang boleh difikirkan :

Kumpulkan Ahli AMK sebanyak mungkin.
Bina ”stronghold” kubu maksudnya bukalah pejabat dan unit unit pejabat sokongan di seluruh Hulu Selangor, jdm amk misalannya.
Mewujudkan Kelab-kelab Futsal.
Rangka pelan tindakan ekonomi, dsb
Membantu dan menguatkan JDM AMK
Mengumpul belia-belia atau pengangur untuk di berikan latihan keusahawanan dsb.
Menyediakan Skuad Sukarelawan berkhidmat hujung minggu, edar Suara Keadilan, risalah ISA, dsb

Sekian.

SAS

No comments: