December 02, 2008

TANAH RUNTUH... SALAH SIAPA? Majlis tak memantau??


Kesalahan siapa... nampakkanya Majlis Daerah Hulu Selangor kena bukak balik fail-fail lama yang diterima dari penduduk yang ingin membuat rumah, atau telah buat rumah di lereng2 bukit atau bukit, macam mana boleh di buat rumah dari tahun 2003 dan telah siap, tanpa sebarang pemantauan dari pihak majlis.. Bagaimana dengan Kilang Tan Chong di Sg Buaya yang mana tembok kilang tersebut cuma hampir 5 kaki dari rumah penduduk..

Diharap tuan YDP mencari sebab dan mengkaji kedudukan pengamal undang2 yang beranggongjawab, jangan sampai dah kehilangan nyawa yang tak berdosa, baru kita nak tergadah.. (dalam kes Ulu Yam, 2 budak sudah terbunuh). Mesyuarat demi mesyuarat telah di adakan, sehingga kan sudah masuk ke bulan kristmas (dah 6 bulan).. Nampaknya majlis belum ada haluan, samada halatuju atau pembaharuan majlis itu sendiri... Harapan baru untuk majlis, walaupun sudah hampir 7 bulan perkhidmatan, diharap ada lagi ruang untuk perkhidmatan yang lebih baik...

Berita (Utusan Malaysia- 1 Dis 2008)

>>Dalam kejadian pada pukul 5.30 pagi itu, Noratirah Roslan, 16, dan adiknya Nurul Intan Sarina, 9, mati tertimbus ketika sedang tidur dalam bilik mereka apabila tebing di belakang rumah berkenaan runtuh, lalu menghempap rumah itu yang dibina di atas bukit.
Ketika kejadian, ibu kedua-dua beradik itu, Azizan Madon, 42, bersama suaminya, Roslan Mohd Jalil, 49, dan tiga lagi anak mereka, Norlisa Azira, 8, Anis Afina, 6, dan Norman Afiq, 3, tidur di ruang tamu dan sempat menyelamatkan diri melalui bumbung rumah.
Sementara itu, Arkitek Majlis Daerah Hulu Selangor Abd Wahab Abd Hamid berkata infrastruktur keseluruhan di kawasan perumahan itu belum diluluskan pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Semua kerja infrastruktur seperti kemudahan dan jalan sepatutnya diserahkan kepada PBT supaya menandakan projek itu dah siap mengikut spesifikasi (tetapi) pemaju belum serahkan kepada majlis daerah. Sepatutnya dah selesai dia (pemaju) kena serah, tapi dia tak serah,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau bagaimanapun berkata projek perumahan itu diluluskan untuk mendapat sijil layak menduduki (CF) pada 2001, manakala CF diserahkan pada 2003.
“Ia masih di bawah tanggungjawab pemaju. Pemaju 100 peratus bertanggungjawab dengan kejadian ini,” katanya yang turut berada di tempat kejadian pagi tadi.
Abd Wahab berkata jawatankuasa bencana di peringkat daerah yang diwujudkan bagi menyiasat kejadian itu turut bermesyuarat hari ini, diketuai Pegawai Daerah Hulu Selangor Nor Hisham Ahmad Dahlan. Ia turut dihadiri pemaju perumahan, JKR dan JPS daerah serta exco perumahan dan kerajaan tempatan.
“Majlis Daerah juga berhasrat menubuhkan jawatankuasa tetap untuk memeriksa projek-projek di tanah bercerun,” katanya.

No comments: