KeADILan telah memainkan peranan yang signifikan dalam reformasi politik, sosial dan ekonomi negara. Malah dalam muafakat Pakatan Rakyat bersama Pas dan DAP; kita hanya setapak sahaja lagi untuk membentuk sebuah kerajaan baru. Namun sebelum itu, izinkan saya mengambil sedikit masa menekankan prinsip keadilan yang menjadi asas kepada perjuangan parti. Nilai keadilan merangkumi segala aspek kehidupan dan ia tuntas dengan ajaran Islam serta keluhuran agama-agama lainnya.
KeADILan tertubuh hasil dari hasrat perjuangan dan doa rakyat yang inginkan perubahan dalam politik negara. Agenda kita adalah agenda rakyat. Gerakan kita adalah gerakan parti politik yang berlandaskan sistem demokrasi. Justeru kita tidak akan mampu mencapai kemajuan sekiranya kebebasan berfikir dan hak untuk mengemukakan pandangan dinafikan. Kita harus mengekalkan fikrah murni dan menggilap semangat juang dan budaya kerja profesional. Setiap ahli harus mempunyai semangat juang yang kental, langkah gerak cergas, hemah bertindak dan santun berbicara. Agenda reformasi telah menjadi inspirasi dan harapan kepada setiap rakyat Malaysia. Kita suburkan semula obor perjuangan yang dinyalakan tokoh-tokoh besar negara.
"ucapan presiden di kongress nasional"
Setapak lagi kita akan memerintah negara, agenda rakyat menjadi inspirasi, jika kita semua berporak peranda, alamat kita akan jadi kecundang di tanah sendiri..
No comments:
Post a Comment