~ ref Malaysiakini
OBAMA dalam ucapan sulungnya sebagai Presiden Amerika telah mendakwa pemimpin-pemimpin dunia ketiga selalu menyalahkan dunia Barat di atas kelemahan mereka mentadbir Negara. Ada juga benarnya tuduhan Obama itu, seperti yang kita dapat saksikan hari ini, di dunia ketigalah terkumpulnya pemimpin-pemimpin yang korup, rasuah, autokratik, tidak telus dan tidak demokratik.
Sejak kecil kita telah diajarkan lagu Obangau. Falsafah lagu Obangau ini telah membudaya kedalam masyarakat kita. Maka tidak hairanlah kalau sikap kita selalu menyalahkan orang lain atas kelemahan kita sendiri kerana sikap kita yang demikian itu telah dididik secara halus melalui lagu Obangau ini.Di satu masa dulu kalau ustaz-ustaz kita yang dijemput memberi ceramah agama selalu mengecam tindak tanduk ‘orientalis barat’ kerana memutar belitkan fakta-fakta yang berkaitan Islam. Maka orang-orang yang mendengar ceramah ustaz itu berasa kagum dengan kepandaian ustaz yang mendedahkan penyelewengan oleh ‘orientalis barat’ itu.Sekarang pula banyak kita dengar orang-orang barat yang melakukan ‘penghinaan’ kepada Nabi Muhammad dan Islam dalam berbagai bentuk, termasuklah dalam bentuk karikatur katun. Pernah seorang orang Denmark menggambarkan Nabi Muhammad sebagai pengganas dalam lukisan katunnya.Maka beranglah orang Islam dengan penghinaan kepada Nabi dan agamanya itu. Maka berarak mereka di jalan-jalan raya berdemontrasi menunjukkan rasa marah mereka kepada individu-individu dan Negara-negara yang terlibat. Dibakarlah apa yang patut dibakar termasuklah bendera Negara-negara tersebut sebagai untuk melepaskan geram.Sebagai hendak menunjukkan rasa membela Nabi dan agama yang mulia ini ada ulamak yang telah memberi fatwa adalah halal untuk membunuh orang yang telah menghina Nabi dan Islam itu. Malah ada hartawan dikalangan orang Islam telah menawarkan wang berjuta dollar kepada sesiapa yang dapat membunuh individu yang telah menghina Nabi dan Islam itu.
Kemuliaan dan ketinggian agama Islam itu bukanlah disebabkan oleh semua orang mengatakan ia agama yang baik tetapi adalah disebabkan ajarannya yang baik lagi benar. Walau berjuta orang menghina Nabi dan Islam, ini tidak akan membuatkannya terhina.Oleh itu kenapa umat Islam terlalu cepat melatah, apakah kita tidak percaya dengan kemuliaan dan ketinggian ajaran Islam. Kadang-kadang cara kita menyambut tarian yang digendangkan oleh orang barat itu hanya tambah menampakkan kebodohan dan kejahilan kita sahaja.Lihatlah kembali peristiwa Nabi Muhammad membantu seorang perempuan tua membawa pulang barang-barang yang dibelinya di pasar. Tanpa disedarinya yang membantu membawa barang-barangnya itu adalah Nabi Muhammad yang sedang heboh diperkatakan oleh masyarakat Mekah ketika itu. Dalam perjalanan itu perempuan tua itu telah menasihatkan Nabi supaya menjauhi Nabi Muhammad dan ajarannya, kerana katanya Muhammad adalah seorang jahat dan pemecah belah masyarakat.Bila sudah sampai dirumah perempuan tua itu, dia telah menghulurkan sedikit wang sebagai upah tetapi ditolak oleh Nabi kerana dia hanya ingin membantu saja. Kerana terpesona dengan kebaikan Nabi Muhammad itu lalu dia bertanyakan nama nabi. Nabi menerangkan kepada perempuan tua itu dialah Nabi Muhammad, orang yang telah diperkatakan oleh perempuan tua itu tadi. Alangkah terkejutnya perempuan tua itu, hampir dia tidak percaya yang dia sedang berdepan dengan orang yang bernama Muhammad itu.
Sesungguhnya kemuliaan Nabi Muhammad itu bukanlah disebabkan kita semua mengatakan dia mulia, tetapi sikap dan akhlaknya yang mulia itulah yang telah mengangkat baginda menjadi Nabi yang mulia.Usahlah kita bimbang kalau berjuta pun orang bukan Islam menghinakan Nabi Muhammad kerana baginda sememangnya seorang yang mulia. Hanya orang yang jahil sahaja yang akan berkata Nabi Muhammad itu jahat atau pengganas, kerana mereka tidak mengenali Nabi Muhammad itu dengan sebenarnya.Mereka itu mengenal perwatakan Nabi Muhammad hanya melalui ‘pengganas’ yang menggunakan label Islam. Oleh itu kalau kita hendak memperlihatkan kemuliaan dan ketinggian Nabi Muhammad dan Islam kepada orang bukan Islam maka menjadi tanggungjawab kita supaya berakhlak seperti akhlak Nabi dan Quran untuk dipamerkan kepada mereka.
Sebaliknya jangan kita menjadi seperti orang yang kena sawan, meracau-racau di tengah-tengah jalan setiap kali nabi dan agama kita dihina.Sudah sampai masanya kita melihat kepada diri kita, bersama-sama dan bersungguh-sungguh untuk membaiki kelemahan diri kita. Menyusun strategi sehingga mampu menjadi orang yang terbaik dan mengungguli segala bidang.
Kalau kita asyik menyanyikan lagu Obangau kepada anak-anak kita, selamanya orang kita akan bersikap suka menyalahkan orang lain saja, akhirnya kita akan terus menerus menjadi mangsa dan makanan orang barat walaupun bilangan kita ramai. Seperti mana kita telah percaya katak adalah memang makanan ular dalam lagu Obangau.

No comments:
Post a Comment