January 17, 2009

DSAI di Kuala Terengganu....


KUALA TERENGGANU, 16 Jan - Kehadiran Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Pejabat Perhubungan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) begitu dinantikan oleh penyokong Pakatan Rakyat. Di samping petugas PKR yang memenuhi perkarangan pejabat di Gong Kapas itu, turut memenuhi ruang dengan kehadiran orang ramai yang mengambil kesempatan untuk bertemu dengan 'de factor leader' itu. Setelah sidang akhbar selama setengah jam di Pejabat Perhubungan PKR itu, Anwar turun bersama pimpinan PKR yang lain bagi mengadakan sesi soal jawab di hadapan pejabat partinya itu.
"Hari ini kita ubah stail kempen. Buat secara soal jawab. Najib tak berani buat macam ni," ujar beliau diiringi gelak ketawa dan sorakan daripada penyokongnya.
Beberapa persoalan yang ditanya oleh orang ramai dijawab Anwar dengan penuh semangat terutamanya berkaitan pengundi hantu. "PKR menerusi Angakatan Muda Keadilan (AMK) akan menempatkan petugasnya untuk mengawal di setiap Unit Peti Undi (UPU),"Jika dapat mengesan dan menangkap pengundi hantu, AMK akan mengheret individu terbabit ke mahkamah," tambahnya.Menurut beliau, pihak pembangkang tidak boleh mengharapkan kepada SPR apatah lagi SPR sedang bercelaru berikutan perletakan jawatan secara mengejut Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu semalam.Beliau mengulas kenyataan Najib dan Abdullah yang yakin menyatakan ekonomi Malaysia kukuh, "Ini kerana mereka tidak mengisi petrol dan membeli barangan di kedai. Rakyat yang terseksa kerana harga barang yang semakin meningkat naik," tegasnya sambil menjelaskan tentang keadaan ekonomi tahun 2009 yang dijangka terus meleset dalam tempoh suku penggal pertama.Sesi soal jawab secara terbuka itu turut dihadiri oleh Mustafa Kamil Ayub, Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin, YB Dr. Xavier Jayakumar, Exco Kerajaan Negeri Selangor serta beberapa pemimpin kanan PKR yang lain.

No comments: