January 12, 2009

Ezam lagi...kali ni di KT


Perang antara bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) , Ezam Mohd Nor dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagai hampir ke kemuncak apabila Ezam mencabar penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjawab isu ‘surat damainya’ kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 8 September 1998, seminggu selepas beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.Malah, berdasarkan ceramahnya di Bukit Kecil, Kuala Terengganu, Ahad malam, Ezam turut mencabar PAS menyatakan pendirian parti itu selepas beliau mendedahkan kandungan surat dua muka surat bertulis tangan yang sekaligus membuktikan Anwar seorang yang munafik serta pembohong.Katanya surat itu juga akan mendedahkan cara Anwar yang ‘siang lain...malam lain’. Menurut Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik Anwar, beliau akan mendedahkan surat itu beberapa hari lagi sebaik sahaja kembali ke Kuala Terengganu selepas selesai urusannya di Kuala Lumpur, Selasa nanti.“Saya akan turun lagi ke sini sebelum Sabtu ini (hari pilihanraya kecil) dan akan tunjuk bukti bahawa Anwar seorang yang hipokrit dan penipu. Disebabkan Anwar Ketua Pembangkang, saya juga cabar PAS selepas pendedahan saya nanti untuk nyatakan pendirian serta prinsip parti itu yang sebenarnya, “ kata beliau.

No comments: