Benarkah Kerajaan BN/UMNO telah menurunkan Harga Minyak?
Tidak Benar! Saperti dasar-dasar kerajaan BN/UMNO lainya, pengurusan hasil minyak, dasar minyak dan perlaksanaan nya tidak telus, tidak rasional sengaja disamarkan untuk memberi ruang kepada pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. Lalu ia menjadi zalim dan menindas.
1. Harga pasaran minyak mentah dunia telah turun lebih 70% (dari USD 147 satu tong kepada USD 40 satu tong)- minyak petrol hanya turun 29% (dari RM2.70 satu liter kepada RM1.80 satu liter)- Disel hanya turun 34% (Dari RM2.58 kepada RM1.70 satu liter)- LPG (gas memasak) tidak turun!- Minyak Pelincir yang telah naik 100% tidak turun!
Kerajaan sebenarnya telah gagal menurunkan harga minyak! Kerajaan hanya membuat sedikit penyelarasan akibat harga minyak dunia yang merudum tetapi kos-kos sosio-ekonomi semakin meningkat. Pada awal 2008 ketika harga petrol RM 1.70 seliter dan harga disel RM 1.50 seliter harga minyak dipasaran antarabangsa adalah pada seliter USD60 setong
2. Telah berlaku skandal dalam perlaksanan dasar harga minyak. Kerajaan BN/UMNO telah melanggar prinsip mekanisma penentuan harga runcit Petrol, disel dan LPG apabila kerajaan menaikkan harga minyak dengan mendadak pada bulan Jun 2008.
Petrol - naik RM0.78 sen seliter
Disel - naik RM1.00 sen seliter
Lonjakan harga Petrol dan Disel yang mendadak ini telah memacu inflasi dari 3.5% kepada 8.5% mulai bulan Ogos 2008, sedangkan perkembangan ekonomi hanya sekitar 5%! Harga-harga barang (termasuk tarif letrik) melambung dan sehingga kini masih lagi tidak turun.
3. Berikutan kenaikan harga minyak yang mendadak, Kerajaan telah membayar rebate kepada pemilik-pemilik kereta berjumlah sekitar RM300 juta melalui Pos Malaysia yang di kuasai oleh Libra Corporation (Khairy Jamaluddin mempunyai kepentingan dalam Libra Corporation.)
4. Apabila harga minyak dunia menjunam, Kerajaan telah menjadi kelamkabut dan menurunkan harga petrol dan disel sebanyak 7 kali. Kerana sistem dan dasar yang lemah kira-kira 3,500 pengusaha-pengusaha stesen minyak (sekitar 65% Bumiputra) telah menanggung kerugian diantara RM20,000 hingga RM60,000 setiap stesen.. Di anggarkan lebih RM100 juta modal pusingan pengusaha-pengusaha stesen minyak terhakis. (Pada hakikatnya, Kerajaan telah menggunakan sebahagian komisen pengusaha-pengusaha stesen minyak untuk memberi subsidi kepada golongan kaya!)
5. Tetapi, Kerajaan menjamin keuntungan Syarikat-Syarikat Minyak saperti Shell, Exxon-Mobil, Caltex, BHP dan Petronas Dagangan sebanyak 19.7sen seliter. Subsidi ini tidak terjejas walaupun harga minyak runcit diturunkan.
6. Tidak ada satu Negara didunia dimana Kerajaan memberi subsidi kepada Syarikat-Syarikat multinational yang kaya raya saperti Shell, Exxon-Mobil dan Caltex. Kemudian bersaing pula dipasaran tempatan dengan syarikat milik Negara saperti Petronas!
7. Perlaksanaan mekanisma penurunan harga minyak oleh Kerajaan menjadi kelamkabut dan berlaku kekeringan bekalan di stesen-stesen minyak sewaktu penurunan harga minyak dari Ogos hingga Disember 2008. Akibatnya Petronas sebagai syarikat Nasional, mengarahkan pengusaha-pengusaha stesen minyak menyimpan bekalan sehingga 5 hari (biasanya hanya 3 hari stok) tetapi perlu dibayar tunai.
8. Kerana peningkatan stok ini, pengusaha-pengusaha stesen telah menanggung kos yang tinggi dan menanggung kehilangan melalui perwapan (evaporation) sekitar RM5000 setiap bulan.
9. Pengusaha-pengusaha minyak pula diarah menambah Jaminan Bank (Bank Guarantee) diantara RM20,000 hingga RM60,000 setiap stesen dan jika gagal terus dikenakan pembayaran melalui “Bank Draft”
KESIMPULAN
Kerajaan gagal menurunkan harga minyak kerana harga minyak tidak turun selaras dengan harga minyak dunia.
Dasar minyak Kerajaan BN/UMNO zalim dan berkepentingan
Dasar Minyak Kerajaan hanya membantu rakyat kaya dan koprat-koprat tertentu tetapi gagal untuk menyelesaikan masalah kemiskinan rakyat.
Kerajaan tidak cekap dan tidak mempunyai kepakaran yang cukup untuk membentuk dasar harga minyak dan mekanisma perlaksanaanya. Akibatnya rakyat menanggung kos sosio-ekonomi yang tinggi kerana beban inflsi, ekonomi yang tidak efisien, kemiskinan, kebocoran dana, ketidakcukupan prasarana pembangunan dan akhlak pemimpin yang rendah.
Usaha membangun Usahawan-Usahawan Kecil Bumiputra melalui pengendalian stesen minyak akan gagal saperti vendor-vendor Proton dan lain-lain jika kelemahan Kerajaan ini berterusan.

No comments:
Post a Comment