Alhamdulillah, Malam Prihatin Palestin anjuran Kerajaan Negeri Selangor dan MBPJ di Dewan Sivik MBPJ semalam selamat berlangsung. Kemuncaknya tentulah ucapan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menekankan isu Palestin ini dilihat sebagai isu membabitkan dhamir kemanusiaan sejagat selain laporan daripada YB Dr. Abdul Rani Osman, ADUN Meru yang juga mengetuai Delegasi Yayasan Amal ke Gaza.
Sejak Kerajaan Negeri dan MBPJ memutuskan untuk menganjurkan program Malam Prihatin Palestin ini, Anwar sendiri sentiasa menghubungi saya bagi mendapat tahu perkembangan program tersebut. Jadi saya pun risau sekiranya program tersebut tidak berjalan dengan baik.
Program bermula dengan ’side-event’ vigil membantah ISA yang sudah berlangsung setiap minggu. Tetapi kali ini isu Palestin turut mendapat tempat. Beberapa ahli majlis MBPJ turut serta bersama Haris Ibrahim, Bernard Khoo dan lain-lain lagi. Kemudian pimpinan Keadilan seperti YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Ustaz Dr. Badrul Amin Baharon dan YB Sivarasa Rasiah turut serta. Turut kelihatan Syed Ibrahim Syed Noh dari Gerakan Mansuhkan ISA.
Mereka yang beragama Islam kemudian menunaikan Solat Isyak dan Hajat untuk rakyat Palestin dan tahanan ISA dipimpin Ustaz Badrul di Dewan Bankuet.
Di dalam program di auditorium, Dr. Rani memulakan laporan tentang delegasi Yayasan Amal ke Gaza dan situasi di sana. Kerajaan Negeri Selangor telah menyampaikan RM500,000 ke Yayasan Amal untuk tujuan tersebut, dan terkesan dengan pengurusan baik bantuan kemanusiaan tersebut, DYMM Sultan Selangor menerusi Lembaga Zakat Selangor menyampaikan RM1 juta untuk Yayasan Amal.
YB Dr Che Rosli Mamat, Ahli Parlimen Hulu Langat dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor kemudian menyampaikan ucapannya yang menekankan peri pentingnya semangat di kalangan rakyat Malaysia bagi menunjukkan sokongan kepada warga Palestin. Beliau menekankan beberapa tindakan yang boleh diambil kerajaan bagi mencapai matlamat tersebut.
Dato’ Menteri Besar Selangor pula menegaskan bagaimana Pakatan Rakyat di dalam kehangatan kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu tidak teragak-agak mengenepikan sentimen parti bagi solidariti Palestin dalam kesediaan Pakatan menyokong usul YAB Perdana Menteri mengecam serangan rejim Zionis Israel ke atas Gaza. Namun, beliau kecewa media perdana yang dikuasi parti pemerintah tidak mampu menunjukkan keterbukaan yang sama apabila sumbangan dan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor tidak diendahkan media perdana utama.
Di dalam pidatonya, Anwar menegaskan Israel tidak mampu meneruskan kekejaman mereka tanpa dokongan Amerika Syarikat. Pihak berkuasa Amerika terlalu takut dengan lobi Israel hingga bantahan puluhan ribu rakyat Amerika di jalanan terhadap keganasan Zionis tidak mendapat liputan media. Sikap hipokrit Amerika kepada demokrat di dunia Islam juga menunjukkan kesempitan pandangan mereka.
Namun lebih menyayat hati lagi, pimpinan dunia Arab juga gagal membela saudara-saudara Palestin mereka. Akibat korupsi dan ketakutan yang berakar umbi, hati mereka menjadi kerdil. Tapi apa bezanya, tanya Anwar, dengan pimpinan negara kita yang berani bersorak tetapi juga punya hati yang kerdil?
Isu Palestin melangkaui isu satu agama atau kaum semata-mata. Anwar menegaskan isu Palestin ini harus didasari kepada dhamir kemanusiaan, ‘human conscience’ yang seharusnya menjadi pertimbangan utama semua. Maka, dalam isu A. Kugan misalnya yang mati dalam lokap dalam keadaan penuh tandatanya, ia juga harus dilihat dalam konteks yang sama, bukan isu perkauman. Kita harus konsisten dalam isu ini: ketika mana Kerajaan Malaysia mengalu-alukan pengumuman Presiden Barack Obama menutup kem tahanan Guantanamo Bay, apa sebabnya kita mengekalkan Kem Tahanan Perlindungan Kamunting? Apa bezanya anggota yang disyaki al-Qaeda dengan anggota Jemaah Islamiah mahupun Hindraf?
Suatu perkara yang cukup istimewa adalah kehadiran ramai rakyat Malaysia dari kaum Tiong Hua dan India, apatah lagi ketika kaum Tiong Hua di ambang Tahun Baru mereka dan ada tradisi ‘makan besar’ bersama keluarga semalam!
Malam tersebut turut diserikan persembahan Rabbani dan Yassin yang begitu bersemangat menyampaikan nyanyian mereka. Pimpinan Angkatan Muda Keadilan termasuk saya sempat berbual dengan Yassin selepas persembahan tersebut, dan secara berseloroh membincangkan menerbitkan album bersama!
NIL NAJMI setpol mb

No comments:
Post a Comment