January 28, 2009

Tajol cuba tutup kelemahan, dakwa BN tidak terjejas.



IPOH, 26 Jan.: - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan dianggap sekadar untuk menutup kelemahan yang sedang dialami oleh UMNO apa bila menyifatkan keputusan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Bota, Datuk Nasaruddin Hashim meninggalkan Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menjejaskan kedudukan Barisan Nasional (BN).Keputusan Nasaruddin itu sebenarnya bukan hanya membawa perubahan kepada jumlah kerusi di persidangan DUN Perak seperti didakwa beliau tetapi sebenarnya telah menyebabkan usaha merampas Perak menerima tamparan yang hebat dan menemui jalan buntu.Tajol Rosli, yang juga Pengerusi BN Perak, dilihat cuba menutup kelemahan partinya dengan mendakwa BN di Perak masih kukuh dan berazam mahu merampas semula Perak daripada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

No comments: