Seramai 69 penama berdaftar menerima sejumlah RM103,00 pada Majlis Penyerahan Faedah Kedua Skim Mesra Usia Emas (MUE) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali sekali gus bukti keprihatinan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dalam membantu meringankan bebanan yang ditanggung keluarga waris.
Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali, Nashruddin Abd Aziz berkata, penyerahan faedah ini adalah menjadi tanggungjawab PR dalam membantu merakyatkan ekonomi Selangor dan menjadi contoh pendekatan kerajaan negeri membantu rakyat tanpa mengira bangsa dan fahaman politik."Kerjasama semua rakyat perlu ada bagi menyokong dasar yang dilaksanakan kerajaan negeri dalam usaha membantu masyarakat yang berhak walaupun mendapat tentangan hebat dari segelintir individu."
Tugas kami sebagai pemimpin adalah untuk membantu rakyat setelah dilantik rakyat yang mahukan perubahan," katanya ketika hadir mewakili Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi bagi merasmikan program berkenaan.
Hadir sama pada majlis itu, Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Se1angor, Mohd Jusni; Ketua Pegawai Ekskutif Rantai Mesra Sdn Bhd yang mengelolakan SMUE, Mohd Syukor Tahir, wakil Penyelaras DUN Kawasan Hulu Bernam, Mohd Yusof Yaakob dan wakil Penyelaras DUN Kuala Kubu Bharu, Nor Azizan Nordin.
Mohd Syukor Tahir didalam ucapannya menyebut tentang pentingnya sebaran maklumat kepada ahli keluarga dan jiran tetangga bagi memboleh mereka mendaftarkan warga emas yang berusia 60 tahun ke atas atau ahli keluarga kurang upaya (OKU) menyertai skim ini. Skim ini juga akan meliputi Wilayah Persekutuan di dalam jangkamasa terdekat ini."Manfaatnya adalah baik bagi membantu meringankan bebanan ahli keluarga ketika prosedur pengebumian, melunaskan butang si mati atau kenduri dan bukannya digunakan untuk kepentingan peribadi."
Selain itu, program yang diadakan di pekarangan Pejabat Pusat Khidmat DUN di sini juga bertujuan untuk memperkenalkan pejabat ini kepada semua masyarakat setempat bagi memudahkan mereka berurusan atau membuat pendaftaran,"katanya.
Selain itu, program yang diadakan di pekarangan Pejabat Pusat Khidmat DUN di sini juga bertujuan untuk memperkenalkan pejabat ini kepada semua masyarakat setempat bagi memudahkan mereka berurusan atau membuat pendaftaran,"katanya.
Sementara itu, Pegawai Khas Dun Batang Kali yang ditemui di majlis tersebut, Shaiful Anuar Sulaiman di berkata, pelbagai program yang dijalankan kerajaan negeri ini bukan hanya tertumpu kepada golongan tertentu sahaja bahkan ia terbuka kepada semua yang layak di dalam daerah ini."Perkhidmatan terbaik disediakan kepada rakyat yang kini mahukan perubahan bukan sahaja dari segi material bahkan pembangunan modal insan kerana acuan kerohanian dan fizikal amat penting bagi membentuk masyarakat yang maju serta berjaya."Saya amat berharap maklumat pelaksanaan program merakyatkan ekonomi Selangor ini sampai ke peringkat akar umbi bagi memudahkan mereka menerlma bantuan yang ada," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment