March 17, 2009

Tuduhan politik wang dan hukumannya.........


KUALA LUMPUR, 17 Mac: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam didapati bersalah dalam rasuah politik dan tidak dibenarkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, putus Lembaga Disiplin Umno hari ini.Turut didapati bersalah adalah Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin dan diberikan amaran oleh Lembaga Disiplin.


Namun, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo didapati tidak bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atas beliau.Keputusan itu diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Umno, Menara Datuk Onn, di sini, sebentar jam 4.30 tadi.Menurut Ahmad Rithauddeen, Ali didapati bersalah Perkara 10.1, Tata Etika Ahli Umno yang membawa hukuman dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden sahaja.Beliau berkata, sebanyak 29 kes disiasat oleh Lembaga Disiplin dan 15 daripadanya didapati bersalah.

Katanya, ahli-ahli Umno lain yang didapati bersalah adalah Datuk Japlin Akim (Kota Belud), Salmah Pin (Bandar Tun Razak), Saadun Basirun dan Rosli Hasan (Bukit Katil). Mereka digantung keahlian Umno selama tiga tahun.Ali sebelum ini telah dilaporkan berada di depan berbanding dua lagi calon timbalan presiden iaitu Tan Sri Muhyidin dan Tan Sri Muhamad Mohd Taib.Poll itu dibuat oleh satu pasukan pengkaji dari Jabatan Penganjian Media Universiti Malaya yang diketuai Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah. Poll itu dibuat di kalangan ahli Umno.Dengan tindakan terhadap Ali bermakna Muhyidin mempunyai peluang paling cerah dalam perebutan jawatan timbalan presiden itu.

Dengan tindakan ini juga, peluang untuk Khairy menang dalam pertandingan kali ini juga dianggap gelap kerana dia sudah dipersalahkan oleh Lembaga Disiplin Umno.Ini bermakna, dua pemimpin kanan Umno yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mula diketepikan dari Umno.Sebelum ini media melaporkan, Menteri Pelancungan, Datuk Azalina Othman Said yang juga dikatakan rapat dengan Abdullah, sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Pejabatnya digeledah manakala pegawai kanannya disoalsiasat.Sebelum ini juga, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria yang juga dikatakan rapat dengan Abdullah juga didakwa atas dakwaan rasuah politik oleh SPRM di Temerloh.
Posted by Siasah

No comments: