IPOH 17 Mac 2009 Di tapak bersejarah Sidang Dewan Undangan Negeri bawah pokok telah diadakan majlis ulang tahun Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak setahun selepas majlis angkat sumpah YAB Menteri Besar Ke 10 iaitu Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin pada 17 Mac 2008 lalu. Pada tarikh yang sama Ir Nizar menyambut hari jadinya ke-52 telah diraikan bersama ADUN Pakatan Rakyat antaranya Dato’ Ngeh Koo Ham, YB Nga Kor Ming, Speaker YB. Sivakumar dan beberapa ADUN, wartawan dan tetamu undangan.Ucapan ringkas MB telah membaca satu ayat Al-Quran membawa pengertian dari Allah yang telah mendatang akan kebenaran yang dengannya menghapuskan segala kebatilan.
Pokok Demokrasi tetap menghijau dan segar dihati rakyat yang telah bertahan 11 bulan yang lalu. Kesemua yang hadir nampak ceria tanda kepuasan bilamana menyatu-padukan rakyat berbilang kaum, ugama dan fahaman dapat dilakar dengan 5 prinsip; Adil, Amanah, Telus, Intergriti dan Berkebajikan yang akan dikenang oleh rakyat sepanjang masa.Mengimbas kembali 17 Mac 2008 iaitu selepas 8 hari Pilihanraya umum ke-12, Ir Nizar telah disahkan menerajui penubuhan Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat selepas angkat sumpah MB di Istana Iskandariah.
Semenjak itu, semua 27 ADUN dan penyokong Pakatan Rakyat yang seincipun tidak berganjak dari menyatakan sokongan YAB Dato Seri Ir. Nizar sebagai Menteri Besar yang lebih sah di Negeri Perak.Apakah trajedi Jumaat 6 Februari 2009 telah berlaku kemuncak bantahan rakyat di pintu masuk Istana Kuala Kangsar tempat majlis angkat sumpah MB baru akan punah hilang sokongan rakyat kepada kerajaan Pakatan Rakyat.Persidangan DUN bawah pokok pada Selasa 3 Mac 2009 disebabkan pintu pagar SUK dikunci menyaksikan Rakyat masih berdiri teguh mempertahankan sokongan.
Demikianlah apa yang saya yakini sehingga ulang tahun pertama Pakatan Rakyat memerintah Perak pada hari, kuasa kerajaan masih dihati rakyat dan akan segera diterjemahkan di Pilihanraya kecil Bukit Gantang nanti.
Posted by bumiperak
Posted by bumiperak
No comments:
Post a Comment