April 28, 2009

PERMOHONAN ZAMBRY DIISYTIHAR MB SAH DIMAHKAMAH PERSEKUTUAN DITOLAK OLEH HAKIM

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Zambry supaya diisytiharkan sebagai MB yang sah. Keputusan itu dibuat oleh kelima-lima hakim. Dalam penghakiman tersebut, mereka sebulat suara berpendapat kes itu perlu dirujuk dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi bukan Mahkamah Federal. Nampaknya jalan pintas yang cuba diguna oleh Zambry melalui peguam-peguamnya telah dipintas juga oleh para hakim yang arif lagi bijaksana. Zambry gagal menggunakan Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkannya sebagai MB yang sah. Dia berbuat demikian sebab tertekan dengan gelombang rakyat yang tidak mengiktiraf sebagai MB yang sah di Perak. Kemana sahaja dia pergi rakyat mencemuhnya dan mengelar MB haram.
Dalam kes yang difailkan oleh Zambry pada beberapa hari yang lepas, beliau menuntut Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir:1) Samada Sultan Azlan Shah mempunyai kuasa menolak permohonan Nizar untuk membubarkan DUN apabila beliau hilang kepercayaan DUN. 2) Apabila Sultan tidak mempersetujui permintaan Nizar, adalah dianggap Nizar dan EXCOnya telah meletak jawatan. 3) Apabila Nizar tidak mahu meletak jawatan, Sultan mempunyai hak untuk melantik Zambry berdasarkan Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas Sultan berpuas hati Zambry mendapat kepercayaan DUN.Zambry mahu Mahkamah Persekutuan membuat pengiktirafan bahawa beliau merupakan Menteri Besar Perak yang sah dari tarikh perlantikannya iaitu 6 Februari 2009. Zambry membuat permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.Dengan itu, kes permohonan Zambry bagi mengisytiharkannya sebagai MB yang sah akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Posted by MisbahulMunir

Pakatan mahu pulau sidang DUN Perak 7 Mei ??

IPOH: Pakatan Rakyat sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk memulau sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei ini sebagai tanda protes, kata Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming.
Jelas beliau, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sedang mendengar kes bagi menentukan siapa yang merupakan Menteri Besar sah bagi Perak iaitu sama ada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan ataupun Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dari Barisan Nasional (BN).
Kes membabitkan Nizar dan Zambry yang kini merupakan Menteri Besar telah ditetapkan untuk didengar pada 5 dan 6 Mei ini.
"Pakatan akan mengadakan mesyuarat untuk memutuskan perkara ini (sama ada memulau sidang 7 Mei)," kata beliau pada sidang media hari ini.
Sambil menggesa kerajaan negeri pimpinan BN supaya menangguhkan sidang DUN sementara menunggu keputusan kes, Nga berkata, langkah mengadakan sidang akhbar adalah perbuatan tidak menghormati sistem kehakiman.
Nga yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri berkata, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri masih belum meneima agenda sidang minggu depan itu.
"Di bawah suasana normal, agenda perlu diedarkan kepada kami dalam tempoh dua minggu sebelum sidang," katanya sambil menambah, beliau ada dimaklumkan bahawa BN akan mengemukakan usul untuk menggugurkan Speaker V. Sivakumar.
Selain itu, Nga berkata, keputusan BN memanggil sidang DUN juga bertentangan dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri pada 1 Mac bahawa sidang tidak seharusnya diadakan sehingga mahkamah memutuskan status kerajaan negeri.
Najib yang juga Perdana Menteri mesti menjelaskan pendiriannya memandangkan orang bawahannya bertindak bertentangan dengan kenyataan beliau, kata Nga.

Saifuddin Nasution ketuai Jentera Piliharaya PRK Penanti..

Ahli Parlimen Machang, Kelantan Saifuddin Nasution Ismail akan mengetuai Jentera Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat pada pilihanraya kecil DUN di N12 Penati.Beliau yang sebelum itu sebagai Pengarah Strategik PKR telah dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya PKR Pusat yang baru menggantikan Azmin Ali.Pengumuman tersebut telah dibuat sebentar tadi selepas selesai mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, di ibu pejabat parti itu.Lain-lain perubahan adalah:Dr Wan Azizah bertanggungjawab memantau liputan media dan segera mengulas isu berbangkit. Kehadiran beliau dirasakan harus lebih menyerlah lagi.Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali menumpukan sepenuhnya dalam isu dasar perjuangan yang menunjangi parti - politik, ekonomi, pendidikan dan budaya. Selain isu dasar umum tersebut, perihal yang diprihatinkan masyarakat Melayu dan Bumiputra perlu ditangani.Ketua Task Force : YB Azmin AliPengarah Pilihanraya: YB Saifuddin NasutionPengerusi Jawatankuasa Latihan (kepimpinan parti)- YB Fauziah SalehPengerusi Jawatankuasa Keanggotaan Baru - YB Johari AbdulPengarah Strategik - YB Tian ChuaPengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa: Sdr Mustafa Kamil AyobTimbalan Pengerusi : Dr Tan Kee KwongKetua Penerangan: Latheefa KoyaKetua Komunikasi : Johnson ChongPengerusi Jawatankuasa Disiplin: Dato Yeop Adlan Che RoseTimbalan Setiausaha Agung : Sdr Abdul Halim Yusof, Sdr Paul Gadang, YB Raveentharan, Sharifah ShahidahPimpinan biro kanan selaku Anggota (Jemputan) Biro Politik: Dr Muhammad Nur Manuty, Dr Tan Yee Kew, YB Manikavasagam dan Sdr Baru Bian.Beberapa anggota lain diputuskan bagi membantu jawatankuasa berkaitan. Ini termasuklah penyertaan YB Wee Chee Keong, YB Gobalakrishnan dan lain-lain.

Dr. Mansor Osman bakal diturunkan, jika menang bakal Timbalan Ketua Menteri


Oleh G. MANIMARAN
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang biasanya 'terkelakang' dalam mengumumkan calonnya bertanding pilihan raya kecil mengambil langkah awal menamakan bakal calon parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, malam esok.
Ia akan diumumkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Calonnya disebut-sebut ialah Dr. Mansor Osman, bekas setiausaha politik Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Mansor juga merupakan Timbalan Pengerusi Berhubungan PKR Pulau Pinang.
Mansor pernah bertanding di kerusi DUN Pulau Betong pada Mac 2008 tetapi tewas dengan perbezaan 294 undi di tangan Muhamad Farid Saad dari BN-Umno.
"Kami sudah memilih calon, akan mengumumkan calon ini esok... akan diumumkan di Penanti," kata Pengarah Pilihan Raya PKR yang baru, Saifuddin Nasution ketika dihubungi mStar Online.
Pelantikan Saifuddin sebagai Pengarah Pilihan Raya PKR diumumkan oleh Anwar hari ini. Sebelum ini Saifuddin merupakan Pengarah Strategik PKR.
Pagi tadi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mei ini sebagai tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi DUN Penanti dan jika ada pertandingan, hari mengundi adalah pada 31 Mei.
Kekosongan kerusi bahagian pilihan raya Penanti wujud berikutan peletakan jawatan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi berkenaan Mohammad Fairus Khairuddin.
Fairus, 33, daripada PKR mengumumkan peletakan jawatannya pada 16 April lalu dengan alasan untuk melanjutkan pelajaran, selain membersihkan namanya daripada segala tohmahan.
Beliau sebelum itu turut meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berikutan dakwaan terlibat dengan rasuah.
Ketika ditanya mengapa PKR mengumumkan calonnya terlalu awal berbanding masa-masa lalu, Saifuddin berkata, "pengumuman dibuat mengikut keperluan... adakalanya kita perlu mengumumkan lebih awal, ada waktunya kita perlu mengumumkan lewat."
"Tak timbul soal cepat atau lambat," katanya.
Dengan pengumuman esok, kata beliau, PKR akan ada masa kira-kira tiga minggu menjelang hari penamaan calon untuk membuat persiapan.
Ketika pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Batang Ai baru-baru ini PKR merupakan parti terakhir membuat pengumuman mengenai calonnya.
Pada pilihan raya umum Mac 2008, Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219 undi.
Daftar Pemilih yang akan digunakan SPR pada pilihan raya ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) tahun lepas yang dikemas kini sehingga 16 April lalu, yang mengandungi 15,384 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 15,360 pemilih biasa dan 24 pemilih pos.
Daripada jumlah itu, 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa.

MB HARAM BN USUL PECAT SPEAKER DUN PERAK

Pejabat Setiausaha Dewan Negeri Perak telah menerima satu usul bagi melucutkan YB Sivakumar sebagai Speaker Dewan Negeri Perak yang akan bersidang pada 7 Mei ini. Usul tersebut dikemukakan oleh Dato' Seri Zambry Abd.Kadir dan disokong oleh YB Hamidah Osman. Perkara itu telah dijangka akan dilakukan oleh BN bagi memecat Speaker dan melantik Speaker baru. Speaker lah yang selama ini menghantui kerajaan haram BN di Perak terutama Zambry. Sebelum ini, mereka jugalah yang membelakangi Speaker, kuasa Spekaer dinafikan oleh mereka, penafian kuasa Speaker bermula apabila surat pengesahan dan pengisytiharan kekosongan kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang oleh Speaker ditolak SPR, mereka juga telah menggunakan seluruh pegawai dan jentera kerajaan termasuk memperkudakan Datuk SUK, pasukan polis dan FRU bagi menghalang Speaker bagi menjalankan mesyuarat dalam Sidang DUN Tergempar bulan Mac yang lalu sedangkan Speaker ada kuasa memanggil sidang tergempar DUN, mereka juga turut membelakangkan Speaker dengan tidak merujuk terlebih dahulu dalam menentukan dan mengeluarkan surat memanggil sidang DUN kepada seluruh Adun. Apa yang mereka lakukan seolah-olah Speaker di Perak tidak wujud lagi, sedangkan Speaker Perak masih wujud dan mempunyai kuasa-kuasa yang termaktub dalam Perintah Tetap Dewan Negeri Perak.Itulah UMNO BN, sekali mereka buat kerja haram, selama-lamanya mereka akan meneruskan kerja haram. Saya percaya rakyat akan mengukum mereka dengan hukuman yang paling hina.
Posted by MisbahulMunir

ROMBAKAN BARISAN KEPIMPINAN PKR PUSAT ..

PARTI KeADILan mengumumkan bebarapa rombakan dalam barisan pimpinannya yang turut melibatkan pemimpin peringkat tertinggi. Rombakan tersebut dimum oleh Ketua Umum Anwar Ibrahim selepas mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) di ibu pejabat parti 26 April lepas.
Naib Presiden Azmin Ali yang sebelum ini memegang potfolio Pengarah Pilihanraya dilantik mengetuai jawatan kuasa yang baru diujudkan bertujuan memperkasa pimpinan parti, ahli parlimen dan Adun.
Tempat beliau sebagai Pengarah Pilihanraya diganti oleh Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail. Manakala Tian Chua yang sebelum ini mengetuai Biro Penerangan dilantik sebagai Pengarah Strategik menggantikan tempat Saifuddin.
Biro Penerangan kini dibahagi kepada dua potfolio; Ketua Penerangan yang kini dipimpin oleh Latheefa Koya dan Ketua Komunikasi diisi oleh Jonson Chong.
KeADILan juga mengumumkan perlantikan dua orang Timbalan Setiausaha Agung yang baru; Sharifah Shahidah dan Adun Batu Uban Pulau Pinang Raveentharan.
16 dipecat
MPT juga mengambil keputusan sebulat suara untuk memecat 16 orang ahli parti berkuatkuasa serta merta.
Menurut Timbalan Presiden KeADILan Syed Husin Ali, tindakan tersebut diambil kerana masalah disiplin terutama ketika pilihanraya kecil baru-baru ini.
“Mereka bertanding sebagai calon menentang calon parti, menyokong calon yang menentang calon parti, mengkritik parti melalui media dan mengisytiharkan diri keluar dari parti dalam ceramah atau melalui media. Mereka melakukan kesalahan-kesalahan tersebut dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau dan Batang Ai baru-baru ini,” kata Dr Syed Husin.
Mereka yang dipecat ialah, dari Kedah: Moganakumar a/l Subramaniam (Bahagian Merbok), Jayagopal a/l Andaikalam (Bahagian Pokok Sena), Abdul Hamid Othman dan Roslan A Hamid (Bahagian Padang Serai), Abu Bakar Din (Bahagian Baling), Abdul Wahab Mat Isa dan Mustafa Hassan (Bahagian Sik), Kalai Vanar a/l Bala Sundram dan Deivanai a/p Krishnan (Bahagian Jerai), Abu Bakar Hamid dan Ahmad Ayub (Bahgaian Penaja Pendang) dan Azhar Ahmad ( Bahagian Penaja Jerlun).
Manakala dari sarawak ialah Dr Ambrose Labang, Wong Kee Kai, Rajang Anak Unau dan Kudik Untung, semuanya dari Bahagian Julau

Pilihan Raya Kecil Penanti 31 Mei

KUALA LUMPUR, 27 April (Hrkh) - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri N.12 Penanti, Pulau Pinang pada 23 Mei ini, dan jika ada pertandingan hari mengundi pada 31 Mei.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh keluar writ ditetapkan pada hari ini manakala tarikh notis dikeluarkan pada Khamis ini.
"SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 17 April berhubung dengan kekosongan kerusi bahagian pilihan raya N.12 Penanti berikutan peletakan jawatan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan Mohammad Fairus Khairuddin melalui suratnya bertarikh 19 Mac 2009.
"Sehubungan ini, setelah meneliti pemakluman oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang serta salinan surat peletakan jawatan oleh ADUN berkenaan yang dilampirkan bersama pemakluman tersebut maka SPR dengan ini bersetuju bahawa kerusi bahagian pilihan raya DUN N.12 Penanti adalah disahkan kosong berkuat kuasa 17 April lalu," katanya pada sidang akhbar yang dipetik Bernama di sini hari ini.
Mohammad Fairus, 33, daripada KeADILan mengumumkan peletakan jawatannya pada 16 April lalu dengan alasan untuk melanjutkan pelajaran, selain membersihkan namanya daripada segala tohmahan.
Beliau sebelum itu turut meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berikutan dakwaan terlibat dengan rasuah.
Khamis lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun menjelaskan ia tidak ada asas untuk mendakwa beliau.
Pada pilihan raya umum tahun lalu, Mohammad Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219 undi.
Abdul Aziz berkata Daftar Pemilih yang akan digunakan pada pilihan raya ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) tahun lepas yang dikemaskini sehingga 16 April lalu, yang mengandungi 15,384 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 15,360 pemilih biasa dan 24 pemilih pos.
Daripada jumlah itu, katanya 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa.
Beliau berkata SPR mensasarkan kira-kira 80 peratus jumlah pengundi yang akan keluar mengundi pada hari tersebut memandangkan hari mengundi adalah hari Ahad, di mana sebanyak 82.1 peratus pengundi keluar mengundi untuk kawasan itu pada pilihan raya umum lalu.
Katanya SPR akan menggunakan Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi manakala bagi urusan pengundian pos, proses pengeluaran dan pengiraan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah. - mks._

April 26, 2009

Najib ketuai Umno Selangor bukti krisis kepimpinan serius

@Roslan Shahir Mohd Shahir
PAS Selangor melihat perlantikan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor, sebagai suatu petanda betapa Umno Selangor berada dalam krisis kepimpinan yang sangat serius dan bakal membawa parti itu terus tidak relevan dan dipinggirkan oleh masyarakat dan rakyat di negeri ini.
Umno Selangor seolah tidak mampu bangkit setelah hilang kuasa kepimpinan di negeri ini selepas Pilihanraya Umum 2008 lalu, sehingga berpecah kepada beberapa kumpulan termasuklah yang menyokong bekas Menteri Besar Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo dan bekas Pengerusi Badan Perhubungan, Tan Sri Muhammad Mohd Taib. Akibatnya tidak ada seorang pun anak Selangor di kalangan mereka yang didapati layak untuk memimpin parti itu di peringkat negeri sehingga terpaksa "mengimpot" Presidennya sendiri.
Meletakkan Presiden Umno sendiri sebagai Ketua Umno negeri, hanya akan terus menghangatkan perbalahan dan krisis dalaman parti itu kerana Najib sudah pasti tiada masa untuk memberikan tumpuan sepenuhnya bagi memimpin negeri yang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat.
PAS melihat suasana ini akan mengakibatkan lebih ramai lagi pimpinan dan ahli-ahli Umno dipelbagai peringkat hilang keyakinan dan bosan dengan parti berkenaan lalu bakal menyertai parti kerajaan Pakatan Rakyat khasnya PAS di Selangor.
Untuk itu usaha bagi memberi penerangan dan memujuk mereka ini untuk bersama menyumbang tenaga dan fikiran untuk kebaikan dan masa depan kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat akan dipertingkatkan lagi oleh PAS Selangor.
PAS Selangor bersedia menerima penghijrahan beramai-ramai pimpinan dan ahli-ahli Umno Selangor demi sama-sama menegakkan perjuangan bagi membela nasib dan masa depan ummah yang semakin pupus dari agenda perjuangan Umno di negeri ini.

Selangor tetap Juara !!!



Sebentar tadi saya hadir ke Stadium Nasional, Bukit Jalil menyaksikan perlawanan akhir Piala FA 2009 antara Selangor dan Kelantan. Antara pimpinan yang hadhir termasuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid, YB Azmin, YB Yaakob Sapari dan saudara Shamsul Iskandar.
Kelihatan juga YM Tengku Faris Petra dan juga barisan kepimpinan KAFA di pentas VIP. Turut serta adalah Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Perlawanan ini dikategorikan ‘perlawanan panas’, sehingga memaksa pasukan polis mengerah ratusan anggotanya mengawal keamanan di sekitar stadium.
Pun begitu,profesionalisme kedua-dua belah penyokong jelas terlihat tanpa sebarang insiden provokasi yang keterlaluan.
Ada yang bertanya pasukan mana yang saya sokong. Haha! Bukankah kedua-duanya pasukan Pakatan Rakyat?
Pun demikian, penentuan menerusi sepakan penalti di penghujung perlawanan telah menobatkan pasukan Selangor sebagai juara Piala FA tahun ini.Tahniah saya ucapkan buat barisan pemain! Semuga kejayaan malam tadi bakal membangkit semangat untuk terus mengukir kecemerlangan. @ANWAR IBRAHIM

April 24, 2009

Rakyat mahu perubahan,bukan lawatan mengejut!

KUALA LUMPUR, 24 April (Hrkh) -Transformasi yang cuba dibuat oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dalam memperkukuhkan pentadbiran barunya hanya dilihat sebagai satu kosmetik semata-mata.
Menurut Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub apa yang berlaku adalah segala yang digalaskan di bahunya kini sarat dengan bebanan yang ditinggalkan bosnya dahulu.
"Bagi saya apa yang Najib buat itu bukan dalam satu konteks perubahan ataupun soal yang dinanti-nanti dan diharapkan rakyat,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Mengulas mengenai lawatan Najib ke Perumahan Vista Angkasa, Kampung Kerinci dan tempat tumpuan orang ramai di Jalan Petaling selepas dilantik sebagai Perdana Menteri, Salahuddin menganggap ia sebagai bukan satu pembaharuan.
"Itu bukan satu perubahan. Itu cuma beberapa program mengejut yang melibatkan hanya aktiviti harian seorang menteri.
"Apa yang rakyat hendak visi dan gagasan besar Najib yang rakyat mahu melihat satu perubahan untuk kepentingan negara dalam skala yang lebih besar,"jelasnya lagi.
Tambahnya, rakyat mahu misalnya, melihat agenda memerangi rasuah dan agenda menaik taraf kehidupan rakyat termiskin dalam negara ini.
"Rakyat mahu melihat satu bentuk agihan sistem ekonomi yang lebih adil dengan melihat bagaimana gagasan kerajaan dalam menghadapi masalah perpaduan negara.
"Itu sebenarnya gagasan-gagasan yang rakyat tunggu. Bukan sekadar lawatan-lawatan mengejut begitu sahaja,"tegasnya. - mks.

SYABAS digesa lebih utamakan kepentingan pengguna air


ANGKATAN Muda Keadilan Selangor menggesa agar SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) mengutamakan kepentingan para pengguna air di negeri ini dalam mengumumkan sebarang tindakan. Kenyataan terbaru mengenai pemberhentian projek penggantian paip lama dan paip komunikasi yang bernilai RM26 billion wajar diteliti semula.
AMK Selangor merasakan sebarang tindakan yang bakal dilaksanakan oleh SYABAS, kepentingan pengguna air perlu diutamakan dan sebarang tindakan yang menjejaskan kepentingan pengguna air di masa hadapan perlu ditangani dengan baik dan bijaksana.
Dalam pada itu, AMK Selangor menyokong tindakan Kerajaan Selangor dalam usaha penstrukturan semula industri air di negeri ini. Malahan AMK Selangor yakin dengan tindakan ini akan membantu para pengguna air di Selangor khususnya menikmati kadar air yang rendah pada masa kini dan masa hadapan. Malahan pemberian air percuma sebanyak 20ml padu yang telah berjalan hampir setahun telah banyak membantu rakyat di Selangor dalam mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.
AMK Selangor juga mengharapkan semua pihak yang mengendalikan isu air di Selangor ini sentiasa bersikap professional dan bertanggungjawab. Malahan pihak kerajaan pusat juga perlu mengutamakan kepentingan rakyat di masa hadapan dan tidak terperangkap dengan polemik politik yang sempit semata-mata.
Mohd Ezli Mashut
Ketua Penerangan,
Angkatan Muda Keadilan

Zambry Mohon Mahkamah Persekutuan Isytihar Beliau Menteri Besar

PUTRAJAYA, 22 April (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menfailkan notis usul di Mahkamah Persekutuan untuk merujuk persoalan undang-undang berhubung tafsiran Fasal 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak supaya mahkamah itu memutuskan beliau adalah Menteri Besar yang sah.Dr Zambry menfailkan notis usul itu di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan, di sini, Selasa, melalui Tetuan Zul Rafique and Partners. Notis usul itu diedarkan kepada media petang Rabu.Dalam notis usul itu yang disertakan dengan afidavit sokongannya, Dr Zambry memohon supaya Mahkamah Persekutuan memutuskan dan mentafsir peruntukan Fasal-Fasal 16(2) dan 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak iaitu;-- sama ada Sultan Perak mempunyai hak untuk memperkenan permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak (sidang DUN) apabila Mohammad Nizar tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar anggota-anggota Dewan;-- sama ada apabila Sultan Perak tidak berkenan untuk menggunakan prerogatif diraja baginda untuk membubarkan sidang DUN, adakah ia merupakan suatu kehendak peruntukan Fasal 16(6) bahawa Mohammad Nizar harus meletakkan jawatan beliau dan ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan;-- sama ada berikutan keengganan Mohammad Nizar meletakkan jawatan dan ahli-ahli mesyuarat kerajaan, Sultan Perak mempunyai hak untuk melantik Zambry sebagai menteri besar.Zambry dalam notis usulnya berkata, sekiranya Mahkamah Persekutuan memutuskan ketiga-tiga persoalan itu memihak kepadanya, maka mahkamah itu perlu mengisytiharkan bahawa pada 6 Feb 2009, beliau telah dilantik dengan sewajarnya sebagai Menteri Besar Perak.Mahkamah Persekutuan menetapkan Selasa depan untuk mendengar permohonan notis usul itu.Zambry berkata keputusan mahkamah itu juga nanti akan meleraikan kebuntuan politik yang berlaku di Perak di mana Mohammad Nizar menegaskan beliau masih Menteri Besar yang sah, sidang DUN tidak dapat bersidang dan kerajaan negeri Perak tidak berupaya untuk melaksanakan tugasnya dengan efisyen dan/atau bebas.-- BERNAMA

FAIRUS : TIADA KES ....

MACC drops case against Fairus In a statement here today, MACC said the decision was made after studying the case and considering the statements recorded in the course of investigation."MACC's legal and prosecuting division decided that the statements have no basis for prosecution. The Attorney-General also agreed with the decision," said the statement.MACC opened investigation papers after an allegation was made against two state Parti Keadilan Rakyat (PKR) leaders that they were involved in a corruption case pertaining to a quarry in Seberang Perai.The allegation by Kepala Batas PKR youth chief Amizuddin Ahmat in Feb forced Mohammad Fairus to resign as Penang Deputy Chief Minister I and Penanti state assemblyman. The MACC investigation found that Fairus'' duty and responsibility under his portfolio did not have any connection with the quarry business in Penang. "He was asked to investigate a case that involved the alienation of land at Lot 954 and 955, Mukim 20, Seberang Perai Tengah to an individual."MACC investigation found that he had asked and received funding from a quarry operator to attend an international course in London," said the statement. However, MACC found that the quarry operator concerned had no connection with the investigation against Fairus. "It also found that Fairus attended an international course in London in mid 2008 together with Penang Deputy Chief Minister II (P. Ramasamy) who was fully sponsored by the organiser and the state government," said the statement. MACC reminded state governments, ministries and departments to abide by the rules and procedures on requesting and accepting contributions from outside parties.It would send officers to Penang to study ways to improve transparency and accountability based on the procedures on contributions from outside. "MACC will propose that the outcome from the study be implemented in all states and ministries," said the statement. The move was in line with the duty and responsibility of MACC under section 7 of the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009. -- BERNAMA

April 23, 2009

MAJLIS HI-TEA BERSAMA DS NIZAR - 3 MEI 2009 (STADIUM INDERA MULIA)


Program Bersama Pemimpin di Bandar Sungai Buaya, Rawang

TARIKH : 25 April 2009 (Sabtu)
MASA : 9:30 malam
TEMPAT : Jalan Kiambangsari, Bandar Sungai Buaya, Rawang, Selangor
PENCERAMAH :
1. Y.B. Dato' Haji Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena & Ketua Penerangan PAS Pusat)
2. Y.B. Mohamed Azmin Ali (Ahli Parlimen Gombak, ADUN Bukit Antarabangsa, & Naib Presiden Parti KeADILan Rakyat)

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

April 22, 2009

Pilihanraya kecil: BN manafaat Peserta PLKN berkempen

KUALA LUMPUR, 22 April (SK) : Badan pemantau pilihanraya Malaysian for Free & Fair Election (Mafrel) berkata ia mempunyai bukti bergambar rekrut-rekrut PLKN dan Y2Y berseragam dikerah dalam perarakan Barisan Nasional semasa hari penamaan calon serta berkempen di pilihanraya kecil N29 Batang Ai awal bulan ini.
BN didakwa melanggar undang-undang pilihan raya dengan menyalahgunakan kedua-dua peserta Program tersebut untuk kepentingan mereka semasa kempen pilihanraya kecil tersebut.
Pengerusi Mafrel Syed Ibrahim Syed Noh dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini berkata, satu laporan lengkap memperincikan penyalahgunaan sumber kerajaan oleh BN dalam tiga pilihan raya kecil lalu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya dalam masa terdekat ini.
“Penyalahgunaan prasarana awam dikesan dalam ketiga-tiga pilihan raya lepas. Ini termasuk pengunaan prasarana awam seperti dewan masyarakat, kenderaan kerajaan dan majlis rasmi kerajaan untuk tujuan kempen,” tegas beliau
Menurutnya lagi mobilisasi pelatih-pelatih dari program khidmat negara semasa hari penamaan calon di Batang Ai adalah amat dikesalkan,
Selain itu, Mafrel turut mendakwa BN menyalahgunakan sejumlah besar wang rakyat untuk tujuan politik dalam pilihanraya Batang Ai.
“Di Batang Ai sahaja, BN menjanjikan projek-projek bernilai lebih dari RM175 juta termasuk pembinaan kompleks polis bernilai RM58.7 juta, pusat jalur lebar bernilai RM2.5 juta, projek turap jalan bernilai RM62 juta dan penambahbaikan dan pemulihan rumah panjang bernilai RM2 juta,” tegas beliau.

Zambry perolehi perintah yang tidak laku

@Mohamed Hanipa Maidin

Pembaca ruangan ini masih bertanya kepada saya adakah dua perintah perisytiharan yang dikeluarkan Mahkamah Persekutuan pada 15 April lalu bahawa penggantungan Zambry dan enam exconya oleh Speaker Perak dibatalkan membolehkan mereka menghadiri sidang DUN Perak nanti.
Jawapan saya adalah tidak! Berikut adalah alasan-alasan saya.
a. Apa yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya hanyalah perintah deklarasi (perisytiharan) semata-mata. Tidak lebih dari itu. Di dalam undang-undang perintah deklarasi yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya tidak membawa apa-apa makna kerana perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan (coercive force).
Pakar undang-undang Pentadbiran, Prof M.P Jain secara jelas menyatakan:
"A declaration merely declares what the legal rights of the concerned parties are. A declaratory order has no coercive force as such nor does it quash any decision which may have been taken by an administrative authority."
(Perintah deklarasi hanya sekadar satu perisytiharan hak pihak-pihak yang terbabit dari segi perundangan. Perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan (memaksa seseorang mengikut perintah tersebut). Perintah tersebut juga tidak memadam, membatalkan atau mengenepikan sebarang keputusan yang dibuat oleh mana-mana pihak berkuasa pentadbiran.)
b. Memandangkan Zambry dan enam exconya hanya memperolehi perintah deklarasi, perintah tersebut tidak meletakkan sebarang tanggung jawab (impose an obligation) ke atas Sivakumar untuk mematuhinya kerana dari segi rekod di dalam DUN di Perak, perintah penggantungan tersebut masih wujud selagi tidak dipadam oleh Mahkamah (not quashed by the court).

Untuk memudahkan kefahaman umum, saya berikan contoh berikut:
Kita ambil satu kes misalnya seorang menyaman Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana mengekalkan nama di dalam kad pengenalannya sebagai Ali bin Abu sedangkan beliau mendakwa telah menukar agama dan memohon namanya ditukar kepada John Abraham.
Katakan beliau meminta satu perintah deklarasi bahawa tindakan atau keputusan JPN yang tidak menukar namanya kepada John Abraham adalah tidak sah.
Katakan Mahkamah bersetuju dengan beliau dan mengisytiharkan bahawa keputusan atau tindakan JPN adalah tidak sah dan Mahkamah juga mengisytiharkan nama beliau adalah John Abraham. Maka persoalan yang timbul adalah, adakah JPN wajib menukar namanya kepada John Abraham selepas beliau mendapat perintah perisytiharan tersebut?
Dari segi undang-undang, JPN tidak wajib menukar namanya kepada John Abraham kerana Mahkamah hanya mengisytiharkan tindakan JPN adalah tidak sah tanpa memerintahkan nama Ali bin Abu dipadam dan ditukar kepada John Abraham.
JPN hanya wajib menukar nama Ali bin Abu kepada John Abraham jika pemohon mendapat perintah 'certiorari' iaitu perintah mengenepikan/memadam (quash) keputusan JPN tersebut dan selanjutnya perintah mandamus iaitu perintah mengarahkan JPN menukar nama beliau dari Ali bin Abu kepada John Abraham.
Selagi tidak ada perintah 'certiorari' dan perintah mandamus tersebut maka nama beliau akan kekal di dalam kad pengenalan sebagai Ali bin Abu meskipun Mahkamah mengisytiharkan namanya John Abraham.

c. Dalam konteks kes Zambry lwn Sivakumar apa yang sepatutnya peguam Umno buat adalah selain mendapatkan perintah perisytiharan (deklarasi) bahawa penggantungannya tidak sah, Zambry juga sepatutnya memohon Mahkamah mendapatkan perintah-perintah berikut iaitu perintah 'certiorari' iaitu perintah mengenepikan atau memadam keputusan Sivakumar yang menggantung beliau dan enam exconya, dan juga perintah mandamus iaitu perintah meminta Sivakumar menbenarkan beliau dan enam exconya hadir ke dalam sidang DUN Perak.
d. Tanpa perintah 'certiorari' dan mandamus tersebut maka perintah perisytiharan yang Zambry dan enam exconya perolehi dari Mahkamah adalah satu perintah yang tidak membawa apa-apa kesan ke atas Sivakumar. Berhadapan dengan perintah seperti itu Sivakumar dengan tenang akan menjawab begini: "So what!"
Mungkin pembaca ingin bertanya mengapa Zambry dan enam exconya tidak memohon perintah 'certiorari' dan mandamus sebaliknya hanya memohon perintah perisytiharan sahaja.
Ada dua sebab mengapa mereka tidak berbuat demikian.
Sebab Pertama adalah peguam Zambry sendiri secara jelas mengakui semasa penghujahan di Mahkamah Persekutuan bahawa Zambry tidak boleh memohon perintah 'certiorari' dan mandamus kerana kedua-dua perintah tersebut tidak boleh dipohon di dalam kes ini disebabkan doktrin pengasingan kuasa (separation of powers).
Dengan lain perkataan peguam Zambry mengakui bahawa berdasarkan doktrin pengasingan kuasa, Mahkamah tidak boleh memerintah Sivakumar sebagai Speaker untuk sama ada memadamkan keputusannya atau membenarkan Zambry masuk dan hadir di dalam persidangan DUN Perak.
Hatta jika kita lihat kepada 10 perintah yang Zambry pohon kesemuanya adalah perintah berbentuk perisytiharan sahaja. Malahan Mahkamah juga tidak membenarkan perintah perisytiharan supaya beliau dan enam exconya untuk masuk, menghadiri dan mengambil bahagian di dalam sidang DUN Perak.
Sebab kedua adalah Zambry dan enam exconya telah tersalah memilih prosedur Mahkamah. Jika beliau ingin memohon perintah 'certiorari' dan mandamus, beliau perlu membuat permohonan semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan bukannya melalui Saman Pemula seperti yang mereka buat.
Memandangkan mereka telah tersalah prosedur maka mereka dengan berat hati terpaksa berpuas hati dengan perintah perisytiharan yang tidak membawa apa-apa makna.
Atas dasar itu juga peguam Sivakumar juga telah berhujah bahawa perintah perisytiharan yang Zambry pohon sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah dan meminta Mahkamah tidak melayan perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry tersebut.
Hujah peguam Sivakumar adalah berasaskan apa yang dinyatakan di dalam kes Fan Yew Teng vs Government of Malaysia di mana Mahkamah telah menerima pakai apa yang dinyatakan oleh Erskine May di dalam buku Parlimentary Procedure (17th Edition) di mana penulis telah menyatakan:
"The decisions of the court are not accepted as binding the house in matters of privilege, nor the decision of the House by the courts."
(Keputusan Mahkamah tidak diterima sebagai mengikat Parlimen atau DUN di dalam perkara menyentuh keistimewaan, begitu juga keputusan Parlimen atau DUN tidak mengikat Mahkamah.)
Mengapa? Mungkin pembaca bertanya mengapa Mahkamah membenarkan juga perintah yang tidak berfaedah tersebut? Jawapan mudah saya adalah ia hanyalah perintah untuk mengambil hati Umno. Perumpamaan yang mudah, ia adalah ibarat hadiah saguhati kerana menyertai pertandingan.

Jenis Umno ini, kita beri mereka wang satu sen pun mereka melonjak gembira sedangkan satu sen boleh beli apa?

Seperkara lagi yang saya perlu kongsi di sini adalah mengenai sidang DUN di bawah pokok yang diadakan pada 3 Mac 2009. Isu keabsahan (validity) persidangan di bawah pokok tersebut juga merupakan salah satu isu yang dirujuk oleh Zambry ke Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak.
Isu yang dirujuk adalah sama ada sidang bawah pokok pada 3 Mac 2009 adalah sah apabila ianya dibuat tanpa perkenan Sultan Perak.
Selepas mendengar hujah peguam Zambry dan peguam Sivakumar, Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk tidak membuat apa-apa keputusan terhadap isu keabsahan sidang DUN di bawah pokok pada 3 Mac 2009 tersebut. Secara tersirat kita boleh menyimpulkan bahawa Mahkamah bersetuju bahawa sidang DUN di bawah pokok adalah sah.

Memandangkan tiada perintah Mahkamah yang membatalkan keputusan sidang bawah pokok, Umno terpaksa menerima hakikat berikut:
a. Persidangan DUN di bawah pokok telah mengesahkan (endorsed) keputusan Sivakumar yang menggantung Zambry dan enam exconya selama 18 bulan dan 12 bulan.
b. Dengan pengesahan tersebut maka keputusan penggantungan tersebut adalah sah dan masih mengikat Zambry dan enam exconya yang lain.
c. Di dalam samannya Zambry mengatakan keputusan Sivakumar adalah tidak sah kerana keputusannya tidak disahkan oleh DUN Perak. Memandangkan sidang DUN Perak pada 3 Mac 2009 telah mengesahkan keputusan Sivakumar yang dibuat pada 18 Februari 2009 dan memandangkan Mahkamah Persekutuan tidak membuat apa�apa keputusan yang mengisytiharkan sidang bawah pokok adalah tidak sah, maka keputusan DUN Perak di bawah pokok adalah sah dan mengikat Zambry serta enam exconya.
d. Apa yang Mahkamah putuskan hanya melibatkan keputusan Sivakumar pada 18 Februari dan bukannya keputusan DUN Perak pada 3 Mac 2009.

'Jangan campur tangan kerja Speaker' - V.Sivakumar beri amaran

IPOH, 21 April (Hrkh) - "Jangan campur tangan kerja kerja saya sebagai Speaker dewan Undangan Negeri Perak, saya bukan budak kecil dan tidak berpendidikan, saya tahu apa yang dibuat, pihak lain tidak perlu mempengaruhi saya."
Demikian ditegaskan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar dalam reaksi awalnya kepada Timbalan Presiden Gerakan, Dato' Chan Koy Youn yang menyatakan Speaker DUN Perak membenarkan pihak lain membuat keputusan bagi pihaknya.
Sivakumar memberi amaran kepada Chan Koy Youn dalam kenyataan medianya di sini semalam.
"Saya akan membuktikan bahawa kenyataan akhbar yang dibuat oleh Timbalan Presiden Gerakan Dato' Chang Ko Youn adalah tidak berasas," tegasnya.
Chan Yoy Youn dalam kenyatannya sebelum ini mendakwa Speaker Negeri Perak membenarkan pihak lain membuat keputusan bagi pihaknya.
"Tidak ada sesiapa yang memberi nasihat kepada saya, kecuali peguam-peguam saya berkaitan dengan hal-hal undang-undang ini satu tomahan untuk menjatuhkan kredibiliti saya, saya memberi amaran kepada beliau supaya jangan campur tangan dalam kerja-kerja saya sebagai Speaker Negeri Perak.
"Saya bukannya budak kecil dan tidak berpendidikan.Saya tahu apa saya buat. Pihak lain tidak perlu mempengaruhi saya," tegasnya.
Menurutnya, beliau menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat Perak kerana itu beliau mahu kemuliaan Dewan Negeri Perak tidak dicemari oleh mana-mana pihak kerana persaingan politik.
"Saya hanya tunduk kepada demokrasi dan keadilan," katanya.
Menurut Dato' Chang, Sivakumar akan membuat satu keputusan dan kemudiannya beliau akan mengubah keputusan itu selepas betemu dengan pemimpin-pemimpin DAP.
"Dalam kata lain, beliau menuduh saya sebagai seorang yang tidak mempunyai pendirian, ini adalah satu kenyataan yang berbau fitnah," katannya.
Mengenai isu notis yang dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan tanpa berunding dengannya, Sivakumar mencabar Setiausaha Dewan untuk membuat kenyataan akhbar tentang apa yang sebenarnya berlaku.
"Saya akan membuktikan beliau salah jika mengikut telunjuk mana-mana pihak dan mengatakan rundingan telah dibuat terlebih dahulu sebelum mengeluarkan notis persidangan," jelasnya
Sivakumar mendakwa beliau juga mempunyai banyak bukti-bukti bahawa notis dikeluarkan tanpa berunding dengannya dan beliau sanggup dan bersedia untuk menyakut cabaran daripada Setiausaha Dewan jika beliau cuba menafikan kenyataannya.
Beliau sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak pernah berunding denngan mana-mana pihak mengenai penetapan tarikh persidangan , malah ia tidak memberi arahan untuk mengeluarkan notis tersebut.
"Semuanya dibuat dibelakang saya. Saya diabaikan sama sekali dalam soal ini," katanya.
Selepas membuat kesilapan besar, pihak tertentu sekarang ini katanya sedang melakukan pelbagai usaha dibuat untuk memperkecilkan keupayaannya dan mahu memalukan beliau.
"Ini merupakan satu strategi untuk menjatuhkan akhlak peribadi saya," tegasnya.

April 20, 2009

APA DAH JADI AHMAD SAID??


Sejumlah 18 daripada 24 ADUN Barisan Nasional (BN) Terengganu kini dipercayai menyokong kumpulan yang mendesak Menteri Besar, Datuk Ahmad Said supaya meletakkan jawatan.
Setiausaha Kelab Penyokong BN Terengganu, Alias Abdullah mendakwa, sehingga hari ini jumlah ADUN yang menolak Ahmad meningkat daripada 10 kepada 18 orang.
Menurutnya, ADUN terbaru menyertai kumpulan mereka termasuklah beberapa exco kerajaan negeri.
"Bagaimanapun, saya tidak dapat mendedahkan nama-nama exco terbabit untuk menjaga kedudukan mereka sekarang," katanya kepada Malaysiakini.
Berikutan tambahan sokongan tersebut, Alias berkata, majoriti ADUN BN Terengganu mahu Ahmad meletak jawatan.
Ditanya apakah tindakan selanjut mereka selepas mendapat sokongan majoriti tersebut, Alias berkata:
"Kita menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti terlebih dahulu untuk menyelesaikan kemelut politik di Terengganu."
Sehubungan ini, Alias menegaskan, pihaknya percaya pucuk pimpinan tertinggi parti akan membuat keputusan yang terbaik untuk kepentingan rakyat dan negeri Terengganu.

PENTAS 152 : Amanat oleh A Samad Said


Kunjungan istimewa Eli Wong ...


KOTA BHARU, 20 April: Adun kontroversi, Elizabeth Wong telah membuat kunjungan hormat ke atas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasminya, di JKR 10 Kota Bharu.Elizabeth kelihatan bersama seorang teman dan seorang pengawal peribadi telah membuat kunjungan tersebut pada Sabtu.Pertemuan selama 40 minit itu juga merupakan pertemuan empat mata antara beliau dan Nik Aziz.Menurut Eli, pertemuan tersebut berlaku jam 2 petang dan beliau mengucapkan terima kasih kepada Mursyidul Am PAS itu kerana memberi sokongan kepada beliau sebelum ini."Saya akan memberi fokus kepada kerja yang telah ditangguhkan dan bersemangat untuk kembali berkhidmat untuk rakyat," jelasnya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa.Ditanya butiran pertemuan itu, Elizabeth tersenyum dan berkata bahawa Nik Aziz seorang yang bertimbang rasa kepada kesnya dan Eli berterima kasih kepada Mb Kelantan itu.Elizabeth sebelum ini dikaitkan dengan isu gambar yang tersebar di internet telah kembali bertugas setelah dua bulan bercuti.Beliau menerima kembali jawatan sebagai Adun Bukit Lanjan dan juga Exco kerajaan Selangor.Beliau juga berpendapat bahawa pandangan dari Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin sebagai pandangan peribadi dan beliau juga masih bersahabat baik dengan Zulkifli. Siasahdaily.

April 17, 2009

Adun Pakatan bimbang keselamatan speaker Perak

KUALA LUMPUR, 17 APRIL (SK) - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Drs Khalis Idham Lim bimbang dengan keselamatan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak sejak perkembangan yang berlaku baru-baru ini.
Jelasnya, beliau bimbang dengan keselamatan Speaker semenjak awal krisis berlaku dan telah melakukan satu laporan polis pada Februari lalu.
“Saya mengatakan dalam laporan (polis berkenaan) bahawa saya bimbang dengan keselamatan Speaker kerana pernah berlaku di Kelantan satu masa dulu Speaker telah diculik,” katanya menerusi Blognya.
Tambah Khalis lagi, kemuncak kebimbangannya adalah apabila menerima panggilan dari pejabat Setiausaha Dun Perak pagi ini yang memaklumkan akan mengadakan sidang pada 7 Mei depan.

Sidang Dun Perak 7 mei ? apa muslihatnya...?

Di maklumkan satu notis telah dikeluarkan oleh Antong Sabri yang menyatakan 7 Mei merupakan tarikh persidangan DUN Perak. Antong Sabri ialah Setiausaha DUN yang lama, Setiausaha DUN kini ialah Ust. Misbah Munir Masduki. Lantikan Setiausaha DUN ialah hak mutlak Speaker Dewan.Notis pelik ini dikeluarkan tanpa pengetahuan Speaker DUN Perak.Mengikut undang - undang tubuh perlembagaan Negeri Perak, Dewan Undangan Negeri akan secara automatik terbatal dan terbubar jika tidak bersidang lebih dari 6 bulan.
7 Mei ialah 6 hari dari genap 6 bulan persiadangan terakhir.
Nasihat che'GuBard ialah supaya semua di Perak berhati - hati, di Kelantan pernah jadi ketika Bn dibawah bapa Najib, speaker diculik dan akhirnya kerajaan PAS Kelantan digulingkan.

Majlis Kesyukuran Kemenangan

PAS Perak akan mengadakan Majlis Kesyukuran meraikan kemenangan Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin pada PRK Bkt Gantang , 7 April lepas.

Majlis akan diadakan pada 19hb April 2009 di Simpang, Jalan Kuala Kangsar, Taiping.

Menurut Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Haji Misbahul Munir Masduki, jamuan akan bermula jam 12 tengah hari hingga 4 petang. Semua penyokong Pakatan Rakyat, para blogger dan wartawan dan pendokong Pakatan Rakyat dijemput hadir.
Pada malamnya di tempat yang sama Ceramah Perdana akan diadakan. Ia akan dihadiri Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Nizar dan Ketua Menteri Pulau Pinang Tuan Lim Guan Eng. Ceramah bermula jam 9.00 malam.

DUN PENANTI: PANDUAN UTK BN JIKA NAK BERTANDING DI DUN PENANTI (utk tidak membazirkan duit lol) ...

kalau kempen tu 10 hari, lima hari pertama bawa buku buat bancian, pi tanya setiap orang macam biasa - apa depa nak sebenarnya - buat catitan.
3 hari terakhir, meeting dan buat rumusan atas apa yang depa nak seperti dalam bancian tersebut.
2 hari terakhir, rehat dan relax. Poster dan bendera tak perlu pasang, buat donno, buat macam hari biasa.
Hari terakhir sebelum mengundi esoknya, umumkan kerajaan akan laksanakan apa yang RAKYAT inginkan sebagaimana dlm bancian dgn ketua ummh..no, ketua meec, ketua mee..cia, tupun kalau BN memang !!!
Ratio menang pun mungkin 3500000:1
Pssss: Cara-cara yang disyorkan oleh keluangman (aku mengkopi/paste saja)

Curi Pasir masih berlaku? Wakeup call for Exco incharge!

Curi pasir di Selangor masih berlaku biar pun Barisan Nasional telah tumbang setahun lalu. Apa sudah jadi? Bukankah dahulu kita menuduh ahli politik UMNO melindungi pencuri pasir di Selangor? Sekarang siapa melindungi pencuri pasir ini lagi? Jika dahulu saban bulan kita melihat operasi mennagkap pencuri pasir ini dan juga penyitaan jentera, sekarang hampir tiada tindakan. Justeru kita tertanya-tanya apakah sekarang ini terdapat ahli politik tertentu dalam kerajaan Selangor yang melindungi pencuri pasir ini?
Menurut The Star kerajaan negeri Selangor dianggarkan rugi berjuta ringgit sebulan akibat kegiatan curi pasir ini. Siapakah yang harus bertanggungjawab sekarang? Jika dahulu mudah menuduh orang apakah tindakan kerajaan negeri hari ini? Tampaknya kerajaan negeri lebih berminat mencari salah kerajaan lalu berbanding mentadbir kerajaan hari ini.
Kita juga amat hairan dengan kenyataan YB Ronnie Liu untuk memberi semula permit melombong pasir yang ditarik sebelum ini. Apa sudah jadi kepada syarikat yang dipertanggungjawabkan dan kononnya boleh menghasilkan keuntungan sekitar RM 200 juta setahun kepada kerajaan?Ketika mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri juga, kerajaan campuran ini menamatkandan membekukan semua permit perlombongan pasir kononnya kaedah tersebut tidak memberi keuntungan yang lumayan kepada kerajaan negeri. Hari ini EXCO yang sama membuat kenyataan, " State local government committee chairman Ronnie Liu said the state government had previously limited the sand mining activity to only one company to streamline the industry. We realise that it is not easy to control the illegal operators who are very organised and therefore legalising them will be one of those things that we are planning do. It is easier to control the operators if they are legalised."Baru sekarang mengakui langkah lalu ada juga baiknya. Jangan sampai orang ramai berkata apakah penamatan permit dahulu sekadar untuk mengugut para pelombong pasir yang sah ini supaya tunduk kepada kerajaan baru sekarang? Atau ia sekadar alasan untuk menukar permit tersebut kepada kroni-kroni sekarang, bermakna tidak ada bezanya juga dengan pemerintah yang lalu?
KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa semalam. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkan beliau memberi tumpuan penuh untuk melanjutkan pelajaran ke pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepadanya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasannya. “Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini,” kata Mohammad Fairus, yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mohammad Fairus, 32, yang meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Negeri berkuatkuasa 8 April lepas, berkata tindakannya itu dibuat setelah mengambil kira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang beliau wakili serta demi memelihara kepentingan PKR.
Ketua Menteri Lim Guan Eng sepatutnya melantik TKM I Pulau Pinang yang baru minggu lepas tetapi beliau memberi masa seminggu kepada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membuat keputusan tentang calon akan menggantikan Mohammad Fairus. Beliau melanjutkan tempoh itu semalam apabila penasihat PKR itu tidak memberi sebarang nama.
Di Pulau Pinang, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata, beliau dimaklumkan bahawa Mohammad Fairus telah menghantar surat kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Abdul Halim Hussain semalam. Ketika dihubungi beliau berkata perbincangan untuk meletak jawatan dibuat antara Anwar dan Mohammad Fairus. “Urusan itu antara mereka berdua dan saya hanya dimaklumkan sahaja. Perkembangan lanjut, tolong dapatkan dari Speaker,” katanya.
Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Abdul Halim Hussain berkata, beliau telah menerima surat peletakan jawatan Mohammad Fairus semalam.
MEDIArakyat: Semalam sudah bertiup kencang... semestinya DSAI mempunyai strategi sendiri untuk mengulangi tanda sokongan rakyat kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat, PRK Penanti akan menjadi tempat rakyat menghakimi kepimpinan DS Najib, mungkin baru lagi ke alasan mereka? Semesti nya semua menolak NAJIB!

DS ANWAR DICALONKAN 100 TOKOH DUNIA BERPENGARUH !

KUALA LUMPUR, 15 April : KETUA Umum KeADILan Anwar Ibrahim telah dicalonkan sebagai antara 100 Tokoh Paling Berpengaruh Dunia 2008!Majalah antarabangsa Time sekali lagi mencalonkan orang nombor satu KeADILan sebagai antara 100 orang tokoh paling berpengaruh dunia untuk tahun ini.
Pada tahun lalu, Anwar diiktiraf sebagai antara tokoh paling berpengaruh dalam kategori Pemimpin & Revolusioner sebaris dengan Barrack Obama, Hillary Clinton, Dalai Lama dan Vladimir Putin.Sekiranya anda ingin memilih calon tokoh berpengaruh dunia untuk tahun 2008,
anda boleh layari pautan di bawah: http://www.time.com/time/specials/2007/article/0,28804,1733748_1733757_1735709,00.html

April 16, 2009

Eliz Wong kembali ke SUK... Welcome back YB!!


SHAH ALAM: Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Elizabeth Wong hari ini kembali bertugas setelah menerima tawaran untuk kekal sebagai Exco Kerajaan Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan.
Beliau tiba di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)kira-kira pukul 9:30 pagi dengan menaiki kenderaan rasmi Toyota Camry dengan nombor pendaftaran BKF 7000.
Ketika ditemui di lobi Wong berkata, beliau sudah bersedia untuk kembali menjalankan tugas seperti biasa.
"Saya sudah menerima nasihat daripad Menteri Besar dan juga Anwar Ibrahim (Datuk Seri).
"Izinkan saya menjalankan tugas dan terus memberikan perkhidmatan kepada rakyat,"katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada beliau akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim , Wong berkata: "Saya sudah menemui Menteri Besar semalam dan beliau sudah memberikan taklimat berkenaan tugas-tugas saya."
Wong juga memberitahu tugas pertama beliau hari ini ialah untuk menghadiri mesyuarat bersama Lembaga Pelancongan Negeri Selangor.
"Saya harap anda beri saya peluang untuk masuk pejabat untuk buat persediaan,"katanya.
Beliau juga, melahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya selama ini.
Semalam, Wong bersetuju untuk menerima tawaran kerajaan negeri Selangor agar beliau kekal sebagai Exco dan ADUN Bukit Lanjan.
Pejabat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan pihaknya sudah menerima persetujuan Wong.
Terdahulu pada sidang media Khalid berkata, keputusan supaya Wong meneruskan khidmat Wong itu dibuat dengan mengambil kira pandangan semua pihak.
Wong menjadi tumpuan ekoran tersebarnya klip video dan gambar separuh bogelnya menerusi internet dua bulan lalu.
MEDIArakyat: Selamat kembali ke SUK, YB!

Tiupan kencang...PRK Penanti bakal mendatang ..

PERMATANG PAUH-Setelah hampir 2 bulan bermain teka teki kini khabar angin yang sahih dikatakan bertiup kencang akan adanya pilihanraya kecil DUN Penanti di Permatang Pauh ekoran perletakan jawatan Mohd Fairus Khairuddin. Beliau yang sebelum ini melepaskan jawatan sebagai Exco dan Timbalan Ketua menteri 1 Pulau Pinang akhirnnya melepaskan jawatan sebagai ADUN Penanti. Cuma satu beliau masih punya prinsip untuk tidak mengistiharkan calon bebas atau pun melompat ke mana-mana parti. Beliau yang dikritik hebat dan melalui blog Aalahai Fairus TKM1 hari ini dikatakan akan menandatangani surat perletakan jawatan sebagai ADUN Penanti. Ianya di jangka akan melakukan demikian pada petang ini.Sebelum ini menjadi tanda tanya mengenai adakah ADUN Batu Maung YB Abdul malik Kassim bakal menjadi TKM1, namun ramai yang meramalkan akan diadakan pilihanraya kecil di DUN Penanti sebagai satu keputusan di mana Adun di kawasan tersebut juga bakal menjadi Timbalan Ketua Menteri. Semua ini menjadi tandatanya dan penggumuman bakal di lakukan petang ini.
Posted by WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

M Sayuti: Hilmi telefon malam tadi...

Oleh Mohd Sayuti Omar
Mulanya saya tidak bercadang untuk mengonsgsikan kisah ini. Tetapi apabila kerajaan Selangor mengumumkan menawarkan semula jawatan Exco dan Adun Bukit Lanjan kepada Elizabeth Wong tengah hari tadi saya rasa perlu dipostingkan untuk kisah ini sebagai kenangan. Lagipun Elizabeth juga dilaporkan bersedia untuk kembali bertugas memegang jawatan Exco dan Adun Bukit Lanjan, mulai esok.

Kisahnya begini: Jam 1:13 pagi (malam tadi) saya menerima satu panggilan dari lelaki misteri. Dia tidak memperkenalkan namanya cuma memberi klu, “saya orang yang dicari orang seluruh Malaya waktu ini,” katanya mengejutkan saya.Saya lantas menebaknya dengan berkata; Ini Hilmi Malik (foto) ke?, telah saya.
“Iya, abang kenal saya! Abang ingat tak saya kita pernah jumpa dan bercakap-cakap suatu masa dulu,” ceritanya mengembalikan ingatan saya. Timbul juga rasa ragu dalam diri siapakah pemanggil ini sebenarnya. Panggilan jam 2:00 atau 4:00 telah menjadi kebiasaan bagi saya.
“Dimana ya?, tanya saya ingin kepastian sambil terus berfikir mencari-cari sendiri. Timbul juga di kepala takut pemanggil itu menyamar dan mahu mengorek sesuatu dari saya. Selalunya tidak ada lain yang diingatkan, melainkan polis.
“Kita pernah berjumpa di Taman Melewar, lama dulu. Kita pernah bercakap dan abang berikan saya bisnes kad. Saya juga sering baca buku-buku abang. Ketika itu abang baru terbitkan buku Hitam Putih Darul Arqam. Saya bertanya abang mengenai buku berkenaan. Ingat?” tanyanya.
Saya tidak teringat langsung kenangan itu. Tetapi memang saya ada terbitkan buku yang disebutkan itu pada tahun 2004. Maknanya dia bertemu saya kira-kira lima tahun lalu.
“Di mana ni? Saya mahukan kepastian, ingat dia sudah berada di tanah air.
“Saya di Indonesia bang!’, jawab ikhlas.
Saya mahu tengok nombor telefon, tetapi kerana lampu ketika itu sudah tutup, jadi saya biarkan saja. Tenguk kemudian. Saya mempercayai kalau dia memanggil dari Indonesia.
“Hilmi” banyak hendak bercerita malam tadi tetapi agak gugup untuk memulakan di mana. Mulanya dia mengakui apa yang saya posting dalam blog sebelum kisah gambar bogel Elizabeth itu tersebar luas. Dalam posting itu saya mendedahkan secara samar yang Exco Selangor ada skandal.
“Saya mengakui apa yang abang tulis itu betul. Skandal itu melibatkan saya dengan Elizabethlah...” begitulah kira-kira tuturnya. “Tetapi apa yang sebenarnya berlaku banyak orang tidak tahu, bang,” katanya.
“Apa sebabnya yang berlaku?, tanya saya jadi semakin berminat dan yakin pemanggil itu adalah “Hilmi’.
“Inilah saya nak cerita yang sebenar kepada abang, biar abang tahu dan abang boleh tulis dalam blog,” dia memulakan bercerita. Malangnya percakapan tenggelam timbul, ada kalanya jelas ada kalanya tenggelam terus.
“Saya rasa bersalah atas apa yang berlaku sekarang ini, bang. Saya tidak tahu nak buat macam mana. Gambar yang dikatakan bogel itu sebenarnya saya tidak tahu gambar mana dan datang dari mana,” katanya.
“Sapa yang tangkap gambar itu?” tanya saya.
“Saya tidak tahu... tetapi.... (tenggelam), telefon saya hilang secara misteri. Mungkin gambar berkenaan ada dalam telefon saya,” jelasnya tanpa hujung pangkal.
Menurutnya beliau ada menceritakan perkara ini kepada beberapa pemimpin Keadilan. “Saya ada jelaskan kepada beberapa pemimpin Keadilan, dia kawan saya juga, kami selalu berhubung” ceritanya. Menurutnya kawannya itu memahami apa yang berlaku.
“Bila sebenarnya you berpisah dengan, Eli?” soal saya.
“Baru... bulan Februari saya masih lagi berhubung dengannya,” jelasnya.
“Kenapa you tidak balik?” acah saya.
“Saya tahu kalau saya balik saya akan ditangkap. Jadi untuk menjaga parti, kita sayang parti, kalau saya kena tangkap saya akan dibawa ke seluruh negara untuk mencerita perkara sebenarnya. Kalau ini berlaku parti akan cemar dan kotor,” kata “Hilmi” semacam bersimpati dengan nasib yang dialami oleh Keadilan dan Elizabeth Wong.
“Jadi apa yang you nak buat sekarang,” tanya saya. Sampai di sini telefon tiba-tiba putus. Saya menanti beberapa minit takut ada call balik. Tetapi tidak ada sampailah ke saat ini.
Saya tidak dapat memastikan apakah dia benar-benar Hilmi! Nombor telefon yang tertera di skrin telefon saya mempunyai sebelas digit dengan kod awalnya 015. Saya tidak pasti apakah 015 itu nombor dalam negara atau luar negara.
Daripada apa yang dapat saya rumuskan dari perbualan tengah malam itu, Hilmi semacam merasa bersalah dengan apa yang berlaku. Dia juga semacam kesal atas nasib yan dialami Elizabeth. Dia cuba membayangkan dia tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar berkenaan dan ada pihak yang sengaja memerangkapkannya. Dia juga semacam buntu untuk menyelesaikan masalah yang ditanggungnya itu.
Bagaimana pun apa yang terus menjadi persoalan saya, sekiranya beliau tidak bersalah kenapa beliau harus melarikan diri dari buruan polis? Kalau benar yang bercakap semalam Hilmi saya merayu agar beliau menyerahkan diri dan usah berselindung lagi. Ke mana sdr hendak melarikan diri, dunia ini terlalu sempit bagi mereka yang dikejar bayang-bayang kesalahan! [wm.kl. 9:00 pm 16/04/09] http://msomelayu.blogspot.com/

"Bangkitlah Melayu"


Orang Melayu perlu bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan.Mereka juga perlu sedar dan insaf dengan situasi politik semasa yang menyaksikan pelbagai tuntutan hingga boleh menjejaskan kekuatan politik orang Melayu. Sehubungan itu, orang Melayu diminta tidak tunduk kepada tuntutan keterlaluan tersebut sebalik bangkit bersatu bagi mempertahankan hak dan kepentingan mereka.Nik Nazmi, ADUN for Seri Setia had the following to say on the above in his Facebook update - "Utusan minta Melayu bangkit bersatu hadapi kaum lain. Saya minta Utusan henti perbodohkan Melayu agar kita dapat bersaing dengan kaum lain."Will Utusan get a show cause letter for inciting racial sentiments? One Malaysia my foot!
Nik Najmi

JKKK mahu JKKP tarik balik deposit Kampung Chuang

RASA – Tindakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Chuang yang didakwa menarik balik deposit bayaran bagi Dewan Bola Keranjang dan Pejabat Jawatankuasa itu disifatkan tidak adil dan mencabul hak rakyat. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung berkenaan, Lim Kim Fong berkata, tindakan mereka yang majoritinya daripada MCA bukan sahaja memperlihatkan keangkuhan malah tidak profesional dalam memberi khidmat kepada masyarakat. Menurut Kim Fong, JKKKP berkenaan juga didakwa meninggalkan sejumlah tunggakan bil elektrik menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil tindakan memotong bekalan elektrik untuk dua tempat terbabit. “Kami terkejut kerana tiba-tiba sahaja bekalan elektrik di sini padam bermula 6 April lalu. Namun, setelah kami selidiki rupanya terdapat tunggakan bil berjumlah RM944 yang ditinggalkan jawatankuasa terdahulu. “Tunggakan yang bermula Ogos hingga September tahun lalu itu sepatutnya dijelaskan pihak berkenaan dan tidak wajar membiarkan ia ditanggung pihak lain terutama penduduk,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam. Berikutan itu katanya, dewan dan pejabat tersebut tidak dapat digunakan dan menyukarkan penduduk dan pemuda tempatan untuk melakukan aktiviti riadah. Menurutnya, menjadi kebiasaan penduduk dan pemuda tempatan untuk bersukan pada waktu petang hingga malam kerana ketika itu cuaca sejuk dan baik untuk kesihatan. “Tetapi setelah JKKKP menarik balik deposit dan membiarkan tunggakan itu, maka TNB bertindak memotong elektrik dan situasi itu mengundang ketidakpuasan hati penduduk kampung. “Justeru, kami mendesak supaya JKKKP membayar balik tunggakan itu kepada JKKK untuk dipulangkan semula kepada rakyat,” katanya. Kim Fong berkata, JKKK terpaksa menggunakan dana sendiri untuk membayar balik tunggakan itu bagi memastikan dewan dan pejabat tersebut dapat digunakan seperti biasa. Bagaimanapun, pihaknya tetap mendesak pihak berkenaan supaya membayar balik tunggakan itu memandangkan duit yang digunakan adalah hasil kutipan penduduk. Menurutnya, penarikan deposit dan pemotongan bekalan elektrik tanpa notis turut membebankan penduduk yang juga tertanya-tanya mengapa perkara itu berlaku. Beliau berkata, sekiranya deposit itu tidak ditarik, maka JKKK mempunyai sumber untuk melunaskan tunggakan terbabit dan Kim Fong menegaskan, JKKKP seharusnya memikirkan terlebih dahulu perkara itu dan tidak salah jika ia dibawa bercincang kerana jelas beliau setiap perkara pasti ada jalan penyelesaiannya.

April 13, 2009

DS ANWAR, DS NAJIB DI KUANTAN PADA 18 APRIL 2009

KUANTAN [9.36 pm] - Ini berita yang baru kami terima, jika tidak ada aral melintang rakyat Pahang bakal menyaksikan satu pertembungan dua pemimpin utama negara berlainan ideologi yang akan mengadakan program mereka pada hari Sabtu, 18 April 2009 ini. Kami difahamkan Kerajaan Negeri Pahang akan mengadakan satu majlis sambutan besar-besaran atas perlantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri pada hari itu. Sambutan itu bagi menghargai Najib selaku anak jati Pahang yang berjaya mengisi jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 selepas 33 tahun. Justeru itu kerajaan negeri dijangkan mengadakan sambutan gilang-gemilang bagi meraikan kepulangan Najib ke bumi Pahang ini. Rakyat Pahang dijangka akan hadir beramai-ramai untuk beramah mesra dengan Najib dalam program-program yang diadakan di Kuantan dan Pekan Pahang itu. Manakala itu, satu lagi program pada tarikh yang sama melibatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau dijangka mengadakan lawatan kerja sehari ke Pahang bagi merasmikan Pejabat PKR Negeri yang baru di Kuantan. Menurut sumber, satu jamuan "Hi-Tea" akan diadakan bermula jam 5 hingga 7 petang, manakala disebelah malamnya Anwar dijangka mengadakan satu Ceramah Perdana di Pejabat PKR Negeri Pahang dekat sini. Orang ramai adalah dijemput hadir.

PAKATAN RAKYAT WILL SETUP SHADOW CABINET ...

The Opposition will set up a special panel to shadow each ministry which Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak will be announcing in his Cabinet line-up today. Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, who said this, added that Pakatan Rakyat members PKR, DAP and PAS had agreed to this.“The panels will have representatives from the three parties. The parties have agreed and submitted names for the panels.
“I have not announced the names yet but I will probably do so after our next meeting. The panels will be headed by MPs,” he told a press conference at the PKR headquarters here yesterday.
This is the second time that Anwar has promised to form a shadow Cabinet.
Although Pakatan Rakyat had promised to do so after the March 8 general election last year, it failed to materialise.
Anwar also said that the chief ministers and mentris besar in Pakatan Rakyat states were discussing ways to work together to overcome the economic slowdown.
He dismissed rumours that there would be another by-election with the resignation of Deputy Chief Minister (I) Mohammad Fairus Khairuddin, which took effect yesterday, adding that the latter would remain as assemblyman.

AUTOPSY .. APA BENDANYER NIE ? SAMA_SAMA PAKAT BACA>>>

Autopsy Bukit Gantang 3
PRK Bukit Gantang diadakan serentak dengan Bukit Selambau dan Batang Ai. Bukit Gantang: Pas. Bukit Selambau: PKR. Batang Ai: PKRMaka dengan itu..PKR terpaksa membahagikan jentera pilihanraya mereka ketiga-tiga tempat, dan sudah tentu tumpuan diberikan kepada tempat dimana PKR bertanding. DiBukit Gantang, keseluruhan jentera pilihanraya PKR Perak diberikan tugas untuk membantu Pas manakala sebahagian besar jentera pilihanraya PKR Pusat bertumpu ke Bukit Selambau.PRK Bukit Gantang membuka peluang kepada PKR Perak untuk menilai kemampuan jentera pilihanraya negeri beroperasi dan setakat ini..aku masih belum mendapat statistik atau laporan tentang prestasi jentera pilihanraya PKR. Oleh itu..apa yang aku tulis dan nilai..adalah berdasarkan apa yang aku nampak dan alami.Dalam setiap pilihanraya...yang aku tengok paling kuat bekerja ialah Wanita PKR. Cara kerja pun sistematik..ada perancangan yang tersusun dan team yang berani masuk kemana saja. Kat mana yang Pas tak boleh masuk..kat situ Wanita PKR masuk. Yang tu aku boleh bagi tabik kat depa.Tapi ..bila tiba berkempen dengan Muslimat Pas...mesti ada kontroversi. Dan isu utama ialah penampilan dan imej. Ada yang masuk kampung pakai cermin mata hitam..ada yang berkempen terlalu robust...yang ni kena perbaiki. Duduk berbincang baik-baik.Angkatan Muda Keadilan (AMK)..perlu lebih menonjol. Apa yang aku nampak...AMK macam unit Amal saja. Jadi tukang escort pemimpin...gantung poster dan banner. Aku tak masuk bilik Gerakan AMK dan tak tau apa yang ada kat dalam sana. Ada berapa komputer..ada berapa mesin fotokopi..wallahualam. Tapi bila aku tengok ramai AMK dok lepak kat Bilik Gerakan Utama...aku dok tertanya jugak. Sapa jaga Bilik Gerakan AMK?Srikandi PKR...aku tak boleh nak kritik teruk-teruk sangat sebab masih baru. Tapi bila aku tengok Srikandi dijadikan macam social escort..aku rasa PKR mensia-siakan peranan anak-anak muda ni. Sepatutnya...inilah masa nak latih anak muda ni buat kerja-kerja pengurusan...ataupun buat apa yang Wanita dan AMK tak buat.Pasai apa setiap kali ada pemimpin Wanita turun..Srikandi mesti jadi tukang escort?Pengarah Pilihanraya, Hj. Mail dan Pengarah Bilik Gerakan, Mejar Latif ada banyak kerja yang perlu dibuat kalau ada pilihanraya lagi. Bagi aku..Bilik Gerakan PKR di Taman Molek tu cuma tak ada meja mahjung... kalau ada meja mahjung...dah tentu orang kata kelab lumba kuda.PA system tak ada. Bila ada taklimat dari pemimpin..yang didepan saja yang dengar. Video yang aku ambil...semua tak boleh pakai sebab jadi macam wayang Charlie Chaplin. Maklum la videocam cokia...harap built-in microfon saja.Komputer cuma ada sebiji dalam bilik...selepas pukul 5 petang..ada orang datang nak check daftar pemilih...ramai yang balik begitu saja. Bubuh la petugas dari AMK ka...Srikandi ka...supaya bilik Gerakan tu nampak class sikit. Tak kan Hj. Osman tak boleh cari duit sikit kot?Masa kempen pilihanraya ni..maklumat sangat penting. Program-program patut dihebahkan, bukan setakat tulis kat whiteboard. Tak kan orang Matang Gelugor nak datang ke Bilik Gerakan kalau nak tau program terkini! Aku cuma dapat sekali saja email tentang program PKR dari Zakuan..lepas tu terus senyap. Nak salahkan dia pun aku tak sampai hati...sebab pasai nak cari nasi bungkus pun dia kena buat.Satu perkara penting yang wajib ada dalam jentera pilihanraya masa ini ialah unit IT... dan yang ni PKR gagal.Wanita dah pi keluar buat culaan undi...buat BKS..tapi bila balik, borang-borang BKS berlonggok tak ada sapa yang buat analisis. Tak kan tak ada sorang pun yang boleh buat data analysis? Nasib baik Pas yang bertanding..kalau PKR yang bertanding dan keadaan jentera pilihanraya PKR masih tahap macam ni...aku rasa PKR lebih teruk kena belasah.Setiap kali aku pergi kat Bilik gerakan PKR...kat depan tu mesti ramai orang. Sembang dari pagi sampai malam...tak dak kerja ka? Atau pun dah memang kerja depa...bersembang. Ada 4-5 orang yang aku tengok tiap-tiap hari mesti ada..dari pagi sampai malam..tapi buat apa?Apa yang aku tengok...petugas ramai...tapi tak dak kerja.Dan yang sakit hati..ada pemimpin yang hanya tunjuk muka bila Anwar atau Wan Azizah datang. Bila nampak muka Anwar atau Wan Azizah...muka pemimpin ni la yang kedepan. Tapi bila Anwar balik...depa pi lepak dengan geng Umno. Ada yang lepak dengan Hamdan Taha..ada yang lepak dengan Osman Jailu. Kalau Hj. Mail nak tau sapa...aku boleh bagi tau.Last sekali..aku tak seronok tengok pemimpin-pemimpin PKR..bila nak masuk kampung kena escort ramai-ramai. Dulu aku meluat bila tengok Nazri Aziz masuk kampung...sebab bila depa ni masuk..berderet kenderaan 4WD yang ikut. La ni..bila pemimpin PKR masuk kampung...berderet Estima..Alphard...Merc. Pemimpin keluar kereta pun siap dengan escort Srikandi berbaju hitam...AMK berbaju biru.Nak tayang pun...buat la kat tempat lain. Ni bila hangpa masuk kampung yang miskin-miskin...dan hangpa mai dengan kereta-kereta mewah...tak ada beza hangpa dengan pemimpin Umno.

sumber: Dango Mamamat
Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.Pening teman memikiokannya. Tinggi benor base Najib ni. Kalo teman yang sekolah atap inipun tak berapa nak paham, macam maneler agaknye daya pahaman tok ngah dan opah wan di kampung. Tapi deme tetap sengeh dan lagut bebenor nengor Najib berwawasan di tv 14 inci . Lagi deme tak paham, lagi kuat deme nyokong Najib. Isk, takkanler Najib nak bagi slogan macam base orang kampung. Takkanler Najib nak bagi slogan ‘Moh kite ngundi UMNO weh’. Nanti nampak sangatler yang Najib ngaji tak tinggi.Teman cubaler pahamkan slogan Najib tu. Betui ker tak betui, komeler yang tolong betuikan. Kalo Najib yang tolong betuikan, lagi baguih.Satu MalaysiaSatu Malaysia udah tahu dan heboh yang Najib dituduh bersubahat munuh Altantuya. Satu Malaysia tahu yang Najib udah jawab tak kenai Altantuya. Satu Malaysia perasan yang Najib tak berani saman dan tak berani report orang yang nuduh Najib munuh Altantuya. Satu Malaysia tahu yang Najib hanya berani nafi di mulut, bukannya di mahkamah. Satu Malaysia tahu UMNO kalah dalam PRK. PR menang majoriti. Majoriti membawa maksud satu Malaysia. Satu Malaysia mahu Najib menyaman Liberation.Sekarang bukan lagi satu Malaysia yang tahu. Satu dunia udah tahu. Satu dunia mahu Najib mengheret pihak yang menuduhnya ke mahkamah. Berani kerana benar, takut kerana salah. Udah lebih seminggu Najib jadi PM, tetapi takde pemimpin negara lain yang ucap tahniah secara rasmi pada Najib. Rakyat satu Malaysia teramat sedih kerana Altantuya dibunuh ketika sedang mengandung. Ringkasnya rakyat satu Malaysia merasa malu dan hilang maruah kepada satu dunia kerana berPMkan Najib.Rakyat didahulukanTakkan Najib tak paham-paham. Takkan Najib buat-buat tak paham. Takkan Najib tak tahu yang rakyat mahukan penjelasan siapa Altantuya. Kenapa celupar bebenor Bala menuduh yang Najib meronjang Altantuya depan dan belakang. Rakyat nak tahu kemana hilangnya Bala. Takkan polis Malaysia tak gheti cari orang hilang. Takkan Najib tak nak dahulukan kehendak ingin tahu rakyat. Najibpun udah janji yang kehendak rakyat mesti didahulukan. Inilah kehendak rakyat. Rakyat bukan mintak projek juta-juta RM. Rakyat bukan mintak komisen kapai selam. Rakyat cuma mintak sape yang nyuruh Sirul dan Azilah munuh Altantuya itu sama-sama digantung hingga mati. Itu jer. Susahker?Pencapaian diutamakanPencapaian ini maksudnya kualiti. Kalo takat udah tercapai tapi takde kualiti, buat peronjang aper. Kalo takat jatuhkan hukuman gantung pada Sirul dan Azilah kerana munuh Altantuya, ianya tak selesaikan masalah. Takkanler Sirul dan Azilah yang tak peghonah berurusan dengan Altantuya tetiba sajer-sajer nak munuh Altantuya. Ape pekdah deme munuh Altantuya. Takkan mudah bebenor deme mawak keluar C4 tanpa kebenaran menterinya. Ternyata hukuman yang dijatuhkan tiada kualiti. Patutler satu Malaysia dan satu dunia ternganga kehairanan. Hairan kenapa mahkamah tak mahu siasat orang yang nyuruh deme berdua munuh Altantuya. Jikalau Najib mengutamakan kualiti, cepatler arahkan polis siasat semula sape yang nyuruh deme munuh Altantuya. Kalo Najib tak buat camni, satu Malaysia dan satu dunia akan percaya yang PM Malaysia bersubahat membunuh Altantuya.Kalo teman sorang jer yang tak puashati takper. Tapi kalo kome semua udah puashati tentang hukuman kes Altantuya ni, biorler teman terojun dengan labu-labu teman ke Sungai Peghak.

Autopsy Bukit Gantang 2
Ramai orang ingat..kami di Bloggers Network ni dibayar oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Kalau gaji Nizar dengan EXCO pun kena beku..nak bayar kami macam mana?Dan ada yang kata kami dibayar oleh parti. Parti mana? Nak kata PKR...ketua PKR negeri sendiri bagi tau.."kalau ada Matsamankati...seduit pun aku tak mau bagi!"Nak kata Pas yang bagi...tok sah kata nak bagi duit...nak minta pas petugas pun depa tak bagi!!Bila mula-mula kami berkampung di Bukit Gantang, semua tempat penginapan..peralatan dan sambungan streamyx dan broadband kami kena cari sendiri. Nasib baik la ada Pak Rahim tolong carikan rumah kat Simpang.Orang ramai kat luar sana mahukan maklumat. Kat mana ada program...Nizar ada kat mana..kat mana ada ceramah..macam-macam harapan rakyat yang diperlukan dari kami. Tapi kami nak dapat kat mana? Pengurusan pilihanraya Pas tak pandang pun kat kami...sehinggalah kami dapat berjumpa pada satu hari...dengan Misbah dan Dr. Khairudin. Bukankami nak mintak duit...cuma nak minta kad petugas..atau apa saja la kad pengenalan diri supaya kami dapat bergerak tanpa sekatan yang bukan-bukan. Sekurang-kurangnya orang tau..kami orang parti...buat kerja untuk PR...bukan ejen Umno. Tapi permintaan kami ditolak oleh Hj. Asmuni.So..bilik Gerakan is out of bound bagi kami. tak ada pas..tak boleh masuk. Nak masuk kena ada jeneral yang approve. Dan bila tak ada pas petugas...petugas yang jaga pintu pun dok pandang serong kat kami. Ada yang kata kami SB...ada yang siap perli lagi...sebab depa ingat kami ni wartawan Umno.Nak harapkan maklumat dari bilik Gerakan...tok sah harap. Nak dapatkan interview dengan kepimpinan Pas...tok sah harap. Memang dalam ucapan-ucapan Nizar..dia ucap terima kasih kat bloggers..tapi hakikatnya...sapa pun tak pandang kami.Tapi kami tetapkan pendirian...kami buat untuk Pakatan Rakyat. Kami buat untuk rakyat. Tak dapat cara betul..kami buat cara tak betul. Matlamatnya...Nizar mesti menang.Kalau maklumat dalam bilik gerakan Umno pun kami boleh dapat...inikan pulak dari bilik gerakan Pas. Kami pasang kabel..pasang ejen...pasang SB. Tu pasai kami boleh juga salurkan maklumat kepada semua. Dan aku bagi tau kat Hj. Asmuni dalam satu perjumpaan hari tu...kalau kami tak dapat maklumat cara halal...kami buat cara haram. Kami ambush Nizar masa tengah makan...nak marah...marah la.Sebabnya...bila kita tanya apa program Nizar..orang tu suruh tanya orang ni. Orang ni suruh tanya orang tu. Last-last jawapan yang kami terima...RAHSIA. tak boleh bagi tau!Dua hari terakhir..masa tu memang genting. Jeneral-jeneral Pas dah angkat kain putih. Asmuni angkat tangan...Ustaz Nasha pun surrender. Laporan-laporan risikan menunjukkan Pas ketinggalan.Dari awal...kita bersikap defensif. Kita biarkan umno buat macam-macam tuduhan...dan kita habiskan masa menjawab tuduhan depa.Jentera dibawah asyik memikirkan perkara remeh. Kisah Wan Azizah makan durian dengan garpu pun nak dibincangkan diperingkat tertinggi. Kisah Wanita PKR pakai cermin mata hitam pun nak dibincangkan dalam jawatankuasa induk. Muslimat Pas bercakaran dengan Wanita PKR.Pukul satu pagi hari Isnin...kami di panggil kesatu tempat. Umno main kotor..Mahathir datang untuk kejutan terakhir..Jamal dan Osman akan buat buat ceramah..nak buat macam mana? Nak ceramah tak sempat..nak buat risalah..tak sempat. masa tu la blogger diperlukan.Dan aku bangga dengan member-member Bloggers Network. Dan aku ucapkan terima kasih kepada stringer-stringer kami yang berkeliaran di lapangan.Apa yang kami buat...tak perlu kami ceritakan. Ini kerja kami...cara bersih pun boleh...cara kotor pun boleh. Kami tak terikat dengan undang-undang dan protokol parti.Untuk keputusan pengundian..kami dah buat perancangan. Albanjari mesti ada kat Bilik Gerakan Utama untuk melaporkan keputusan terkini. Dan dia pun dah war-warkan dalam blog dia...live dari Markas Ayer Kuning.Tapi sapa yang melayari blog Albanjari malam tu..mungkin kecewa sikit. Wak hanyalah salah seorang daripada ratusan yang melihat keputusan melalui screen. Tak ada keistimewaan untuk Wak Albanjari. Malah dia gagal melapor kepada kami di Stesyen Maya 1 tentang keputusan terkini. Kami di Stesyen Maya 1 mendapat laporan yang yang jauh lebih tepat dan cepat dari Wak. Macam mana?Tak payah bagi tau. Tak dapat cara elok..kami buat cara tak elok. Nak marah..marah la.Malam tu...handphone aku menerima beratus sms...mengucapkan tahniah kerana berjaya membuat liputan yang cepat dan tepat. Mungkin ada satu dua yang aku jawab..yang lainnya..aku cuma tersenyum. Kerja aku selesai.Terima kasih lagi sekali kepada semua petugas yang buat kerja sepenuh kerelaan. Terima kasih kepada stringers kami yang berkeliaran...terutamanya geng-geng Ahli Parlimen Pokok Mempelam.Esok aku nak buat pembedahan terhadap PKR pulak.

Autopsy Bukit Gantang 1
BN pegang Batang Ai...gagal ramas..ooops..rampas dua bukit.Bila BN menang di Batang Ai...macam-macam lah andaian yang dibuat. Tapi bila kalah di dua Bukit...macam-macam lah alasan yang diberi. Aku malas nak layan alasan-alasan kekalahan BN di Bukit Selambau ataupun kemenangan BN di Batang Ai, sebab ianya tidak melibatkan Umno.Menang diBatang Ai...tidak melambangkan rakyat disana menyokong Umno. Kalah di Bukit Selambau pun...tidak melambangkan rakyat disana meluat kepada Umno. Lagi pun...aku cuma terlibat di Bukit Gantang...jadi biarlah aku cakap pasal Bukit Gantang saja.Bila kalah diBukit Gantang...Umno mengatakan Nizar menang pasai undi Cina. Orang Melayu masih menyokong Umno. Tapi bila Umno kalah di Kuala Terengganu..dimana hampir 96% adalah pengundi Melayu...apa alasannya?Aku tak mau nak katok orang yang dah tersungkur. Mampuih pi la kat depa. Cuma..aku nak buat sedikit penilaian semula terhadap diri kita sendiri. Aku lebih suka kritik kawan-kawan dan diri sendiri daripada mengkritik musuh. Musuh kita lawan..kawan kita tegur.Keputusan Pilihanraya Bukit Gantang. Nizar 1. BN 0.Aku sebutkan disini...kemenangan Pas di Bukit Gantang adalah faktor Nizar sepenuhnya. Pas menang kerana Nizar...bukan Nizar menang kerana Pas. Kalau bubuh orang lain...gerenti lingkup. Dan aku akan ceritakan dari beberapa sudut.Sudut 1..Kekuatan dan kelemahan Pas.Kekuatan Pas di Parlimen Bukit Gantang terletak didalam DUN Trong. Jadi..apabila Pas tewas di DUN Trong dalam PRK ini...ia menggambarkan kekuatan sebenar Pas. Sebagai parti...sebenarnya Pas masih lemah. Kekuatan yang menzahirkan kemenangan Nizar adalah kekuatan Pakatan Rakyat.Jangan mendabik dada...mengatakan Pas sudah diterima oleh semua rakyat. Belum lagi. Sebaliknya..aku minta kepada semua..baik Pas, DAP atau PKR...bahawa tidak ada satu parti yang boleh menang tanpa bantuan parti lain.Rakyat masih belum memahami Pas sebenarnya..sebaliknya, rakyat menerima Pas kerana Nizar. Bila aku pi Kuala Sepetang...aku tengok ada Cina yang bubuh bendera kecil Pas dalam botol Carlsberg...tak pa la.. tapi itu yang aku kata depa belum tahu Pas tu apa. Cuma depa sokong saja.Sudut 2...jentera pilihanraya.Pas memang kuat dari segi petugas pilihanraya. Tapi pengurusan jentera pilihanraya...kaput. Pengurusan ceramah kelam kabut. Koordinasi dengan PKR ...teruk. Nasib baik la DAP buat kerja sorang-sorang. Kalau nak merancang dengan Bilik Gerakan Pas....jahanam.Banyak sangat Jeneral dalam jentera pilihanraya Pas. Datang sorang...overuled...mai lagi sorang..overuled. Last-last bertekak sesama sendiri.Unit Penerangan cuma urus tentang ceramah saja...yang tu pun aku kira gagal. Penyaluran maklumat cukup susah. Sampaikan kita kena pakai SB kat bilik Gerakan.Bila Bakaq kata ada Timbalan Presiden Pas yang bagi tau Pas akan kalah..aku tau memang betui. Malah Pengarah Pilihanraya..Hj. Asmuni pun angkat tangan...menyerah kalah...dua hari sebelum hari mengundi.Macam mana boleh menang? hangpa tengok balik kartun ni.Sudut 3...IsuHampir keseluruhan kempen BN berkisar tentang Nizar. Depa hentam peribadi Nizar memang kow. Tapi sapa yang jawab?takat cakap kat ceramah...yang dengar hanyalah orang Pas dan mereka yang menyokong Pas. Tapi bagi puak-puak belah nun...sapa yang nak terangkan? kalau nak dikatakan undi Melayu merosot...memang patut sebab jentera Pas gagal memainkan peranan memberi penerangan dan membalas tuduhan.Hangpa biaq Nizar kena katok..kena kutuk. Dalam tiga hari terakhir...bila BN melancarkan serangan terhadap Nizar...unit penerangan dan geraksaraf gagal menangkis serangan tersebut. Cuma nasib baik...Umno tak tau bila nak stop. Depa hentam dan depa kutuk Nizar sampai orang naik meluat. Dan ini menukar pendirian mereka yang diatas pagar untuk memberikan undi simpati kepada Nizar.Sudut 4. Macam mana boleh menang?Macam yang mula aku katakan...faktor Nizar. Kalau bukan kerana Nizar..dah lama aku cabut dari Bukit Gantang. Dan bukan aku saja...ramai lagi yang macam aku kerana meluat dengan cara kerja sebahagian pemimpin Pas.Berlagak tak tentu tempat. Tapi bukan semua!Aku patut ucap terima kasih kepada Dewan Ulama Pas. Jangan terkejut!! Orang yang aku sangka susah nak berunding ni rupanya lebih terbuka daripada jeneral-jeneral yang berpengkalan di Bilik Gerakan Utama di Air Kuning.Banyak lagi..tapi aku tak mau nak bukak pekong kat sini. Aku tunggu kot-kot depa panggil aku...kalau depa nak dengar la.Kalau tak mau dengar...aku pun malas nak cerita.

PERAK DAN TERANGGANU: DUN MANA AKAN DIBUBARKAN DULU?


Terangganu kini masuk dalam senarai DUN yang akan dibubarkan selepas Perak. Sabah dan Sarawak juga bakal berhadapan pembubaran DUN bagi memberi laluan pilihanraya negeri diadakan.Cuma yang menariknya kita menunggu DUN mana yang akan dibubarkan dulu. Dun Perak akan terbubar dengan sendirinya sekiranya sidang DUN tidak diadakan dalam tempoh 6 bulan iaitu selewat-lewatnya 24 Mei depan mengikut pelembagaan negeri. Jika sidang Dun 'bawah pokok' diambil kira maka tempoh hayat Dun Perak boleh bertahan sehingga bulan September tahun ini.Namun, jika sidang Dun bawah pokok tu diterima, bermakna segala keputusan yang dibuat adalah sah mengikut undang-undang. Tetapi saya yakin Umno@BN tidak akan beri 'perkenan' sidang Dun berkenaan.Di Terangganu telah wujud desas-desus yang kuat akan wujud 'pemberontakan' daripada kumpulan Datuk Idris Jusoh kepada MB sekarang, Datuk Ahmad Said untuk mengemukakan usul tidak percaya. Walaupun dalam tempoh sehingga Rabu ini tidak ada sebarang usul tidak percaya dikemukakan tidak bermakna Ahmad Said boleh menarik nafas lega.Bila-bila masa usul tak percaya boleh dibuat walaupun Datuk Rasol Wahid dalam team Idris Jusoh kata isu itu tidak pernah dibincangkan.Dalam masa yang sama DUN Sabah dan Sarawak semakin menuju tempoh matang. Dun boleh dibubarkan bila-bila masa dari sekarang. Tetapi dalam keadaan sekarang beranikah kerajaan BN yang memerintah membubarkan Dun di Sabah dan Sarawak?Jom kita terus berspekulasi, Dun mana yang akan dibubarkan dulu? Dun Melaka?

Relevan lagi ke Islam Hadhari Pak Lah nie?

SHAH ALAM – Konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak perlu dikaji semula tetapi sebaliknya mansuhkan terus, kata TImbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa. Beliau berkata, tiada sebarang manfaat diperoleh sepanjang ia dilaksanakan, sebaliknya hanya menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam di negara ini sama ada Islam Hadhari itu adalah sebuah agama baru atau sekadar konsep. “Saya tidak melihat sebarang pelaksanaan dibuat bagi memartabatkan Islam. Segala yang terkandung dalam konsep Islam Hadhari itu memang sudah dituntut dalam Islam,” katanya ketika dihubungi, semalam. Laporan akhbar semalam memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jen. (B) Datuk Jamil Khir Baharom akan mengkaji semula konsep Islam Hadhari bagi memastikan keberkesanan dari segi pendekatan dan penerimaan rakyat terhadapnya. Nasharudin berkata, tiada kesan positif sebelum dan selepas pelaksanaan konsep tersebut, sebaliknya keadaan umat Islam dilihat masih mendatar dan lebih malang lagi menjadi lebih keliru. “Umat Islam dan sistem perundangan syariah masih berada di takuk lama. Justeru tindakan mengkaji semula konsep tersebut hanya satu usaha sia-sia yang tidak akan mendatangkan hasil,” kata Ahli Parlimen Bachok itu. Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Perak, Ustaz Norazli Musa menyokong kenyataan Timbalan Presiden Pas itu dan turut mencadangkan supaya menghapuskan konsep Islam Hadhari. “Pada pandangan saya, Islam Hadhari ini tidak perlu dikaji, tetapi dihapuskan. Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah Islam sebenar yang diturunkan oleh Allah SWT dan wajib diikuti oleh semua umat Islam,” katanya. Menurutnya, kekeliruan yang timbul itu menyebabkan Islam Hadhari diharamkan di Selangor. Beliau berkata, kepincangan dalam UMNO pada hari ini menggambarkan bahawa Islam Hadhari gagal dibawa oleh pemimpinnya sekali gus menunjukkan konsep tersebut tidak berkesan bagi membawa perubahan dalam peradaban. Namun begitu, Norazli berkata, tidak menjadi kesalahan untuk mewujudkan satu peradaban Islam yang moden, tetapi perlu berlandaskan kepada acuan Islam yang sebenar supaya konsep Islam itu sendiri tidak disalah tafsirkan oleh masyarakat.

April 12, 2009

TIMBALAN KETUA MENTERI 1 P. PINANG?


BUTTERWORTH : Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Abdul Malik Abul Kassim dan ADUN Sungai Bakap, Maktar Shapee adalah dua calon yang disenaraikan untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kepadanya bahawa bakal Timbalan Ketua Menteri adalah seorang ADUN daripada parti itu yang berbangsa Melayu."Kita ada dua sahaja Adun PKR yang berbangsa Melayu di Pulau Pinang. Siapa yang dipilih kita kena tunggulah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Guan Eng berkata walaupun beliau mempunyai kuasa melantik timbalannya, namun atas dasar setiakawan dalam Pakatan Rakyat, beliau meminta Anwar menamakan calon daripada PKR yang layak mengisi jawatan itu.Khamis lepas, beliau memberi tempoh seminggu kepada Anwar untuk mengemukakan nama calon daripada PKR untuk menjadi TKM 1 bagi menggantikan Mohammad Fairus Khairuddin yang juga dari PKR yang meletak jawatan pada 8 April lepas.Selain Abdul Malik dan Maktar, dua lagi nama yang disebut-sebut untuk mengisi tersebut jawatan itu sebelum ini ialah Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim dan timbalannya, Dr Mansor Othman.Mstar.

Polis halang program Nizar dan Anwar di Ipoh.

Pihak polis telah menghalang program Forum Rakyat anjuran Angkatan Muda PKR yang sepatutnya dihadiri sama oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin di Dewan Orang Ramai Sungai Rokam. Semua laluan ke dewan tersebut telah ditutup oleh pihak polis sejak petang tadi lagi. Orang ramai begitu kecewa dengan sikap pihak polis yang telah menutup pintu demokrasi di Perak. Sedangkan program tersebut dianjurkan oleh sebuah parti yang halal di Malaysia. Pihak polis tidak memberi sebarang sebab dan alasan yang munasabah mengapa program tersebut dihalang. Penganjur memang tidak memohon permit, kerana ia diadakan di permis JKKK yang Ketua Kampung memberi kebenaran untuk digunakan. Tempat berlangsungnya program tersebut diadakan di dalam dewan dan kawasan sekitar yang berpagar.Menurut Cikgu Ali Husein, Ketua Kampung Sungai Rokam, pihaknya tiada halangan untuk mana-mana pihak menggunakan dewan tersebut. UMNO atas tujuan apa program sekalipun, beliau sebagai Ketua Kampung tiada halangan untuk membenarkannya. Beliau tidak faham mengapa kebenaran yang diberikan olehnya sebagai Ketua Kampung dihalang oleh pihak polis, sedangkan permis tersebut adalah di bawah kuasanya sebagai Ketua Kampung. Program tersebut pula diadakan di dalam dewan.Tindakan polis menghalang program tersebut diadakan jelas bertentangan dengan slogan PM yang baru iaitu 'rakyat didahulukan'. Program ini adalah program antara pimpinan PR dengan rakyat. Rakyat ingin tahu perkembangan terkini isu-isu negara pasca pilihanraya Bk. Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Rakyat ingin mendengar penjelasan dari pucuk pimpinan tertinggi PR iaitu Anwar Ibrahim. Selain itu, rakyat Perak khususnya warga Ipoh ingin mendengar ucapan Ahli Parlimen baru Bukit Gantang, Hj Nizar Jamaluddin.Orang ramai percaya, Anwar Ibrahim dan Hj Nizar semakin berpengaruh dalam merubah pemikiran dan pendirian politik rakyat di Perak yang seterusnya akan mewujudkan satu gerakan menjatuhkan kerajaan haram BN di Perak. Gelombang Bukit Gantang bakal melanda bumi Perak. Lantaran itulah, polis digunakan oleh UMNO BN untuk menyekat pengaruh ini.Posted by MisbahulMunir at 10:58 PM

April 10, 2009

Najib tak percaya kpd Muhyiddin - Senarai Anggota Kabinet 2009

Thursday, April 9, 2009

Perdana Menteri
Dato' Sri Hj Najib bin Tun Hj Abdul Razak
Timb Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin

JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri
Tan Sri Datuk Dr Koh Tsu Koon
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Mejar Gen Datuk Jamil Khir Baharum

Timb-timb Menteri
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Senator)
Datuk SK Devamany
Encik T Murugiah (Senator)

KEM KEWANGAN
Menteri : Dato' Sri Najib Tun Razak
Menteri II : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlan

Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Dr Awang Adek Hussein (Senator)

KEM PELAJARAN
Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timb : Datuk Dr Wee Ka Siong
Timb : Datuk Dr Puad Zakarashi

KEM PENGANGKUTAN
Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timb : Datuk Abdul Rahim Bakri
Timb : Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEM PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Timb : Datuk Hamzah Zainuddin

KEM DALAM NEGERI
Menteri : Dato Seri Hishamudiin Tun Hussein
Timb : Dato' Wira Abu Seman Yusop
Timb : Encik Jelaing Anak Mersat

KEM PENERANGAN KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
Menteri : Dato' Seri Dr Rais Yatim
Timb : Datuk Joseph Salang Gandum
Timb : Puan Heng Seai Kie (Senator)

KEM TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timb : Puan Noriah Kasnon

KEM KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri : Dato' Seri Shafie Apdal
Timb : Datuk Hassan Malek
Timb : Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEM PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timb : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timb : Datuk Saifuddin Abdullah

KEM PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri : Datuk Mustapa Mohamad
Timb : Dato Mukhriz Tun Mahathir
Timb : Datuk Jacob Dungau Sagan

KEM SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri : Dato Dr Maximus Ongkili
Timb : Encik Fadillah Yusof

KEM SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri : Datuk Douglas Unggah Embas
Timb : Tan Sri Joseph Kurup

KEM PELANCONGAN
Menteri : Datuk Ng Yen Yen
Timb : Datuk Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEM PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Datuk Noh Omar
Timb : Datuk Johari Baharum
Timb : Datuk Rohani Abdul Karim

KEM PERTAHANAN
Menteri : Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timb : Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEM KERJA RAYA
Menteri : Datuk Shaziman bin Abu Mansor
Timb : Datuk Yong Khoon Seng

KEM KESIHATANMenteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timb : Datuk Rosnah Rashid Shilin

KEM BELIA DAN SUKAN
Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timb : Datuk Razali Ibrahim
Timb : Encik Wee Jeck Seng

KEM SUMBER MANUSIA
Menteri : Datuk Dr S Subramaniam
Timb : Datuk Maznah Mazlan (Senator)

KEM PERDAGANGAN DLM NEGERI DAN HAL ELWAL PENGGUNA
Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timb : Datuk Tan Lian Hoe

KEM PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : Datuk Kong Cho Ha
Timb : Datuk Lajim Ukin

KEM PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASY
Menteri : Datuk Shahrizat Jalil (Senator)
Timb : Datuk Paduka Chew Mei Fun

KEM LUAR NEGERIMenteri : Datuk Anifah Aman
Timb : A. Kohilan Pillay (Senator)
Timb : Datuk Lee Chee Leong

KEM WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Tim : Datuk M Saravanan

Ada beberapa pemerhatian dan kesimpulan yang sepintas lalu dapat dibuat tatkala meneliti barisan Kabinet baru Malaysia seperti diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, petang tadi.Pertama, semacam ada rasa sangsi atau kepercayaan yang tidak bulat oleh Najib terhadap orang nombor duanya. Meskipun menepati ramalan meletakkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri, tidak ramai menyangka orang nombor dua itu akan diberikan tugas di Kementerian Pelajaran. Sudah lama kementerian itu tidak dipegang Timbalan Perdana Menteri. Orang nombor dua selalunya diberikan peranan paling mencabar. Kementerian yang lebih dianggap kanan, strategik dan berkuasa ialah Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan.Bukankah di situ duduknya Najib selaku Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini? Bukankah di beberapa kementerian itu juga Abdullah selaku orang nombor dua diletakkan Tun Dr Mahathir Mohamad?Najib memilih sepupunya, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menerajui Kementerian Dalam Negeri, manakala bekas Setiausaha Politiknya, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengepalai Kementerian Pertahanan. Apakah dua pemimpin ini sebenarnya yang lebih dipercayai Najib berbanding Muhyiddin?Kedua, Najib tidak dapat mengelak daripada melantik pemimpin yang sudah ditolak rakyat. Ia bagaikan mengulangi tabiat Abdullah yang sebelum ini dikritik dan dikecam pelbagai pihak.Dalam ucapannya sebelum mengisytiharkan Kabinet baru itu, Najib mengungkapkan slogan "Satu Malaysia - Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan".
Kesangsian segera muncul tatkala orang disenaraikannya termasuk mereka yang telah ditolak rakyat dalam pilihan raya. Justeru, 'rakyat' manakah yang didahulukan Najib?Antara pemimpin tersebut ialah Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Dato' Dr Awang Adek Hussein (Timbalan Menteri Kewangan) dan Datin Paduka Chew Mei Fun (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).
Apakah ini menggambarkan pengakuan bahawa dari lebih 100 Ahli Parlimen Barisan Nasional yang masih ada, tidak ada yang mempunyai wibawa dan keupayaan untuk mengisi jawatan Kabinet, sehingga memaksa dilantik mereka yang bukan Ahli Parlimen?Najib turut melantik pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti, sekaligus membelakangkan mereka yang dipersetujui ahli-ahli akar umbi parti mereka sendiri. Mereka ialah Dato' Seri Dr Rais Yatim (Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Warisan) dan Dato' Mukhriz Mahathir (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri).
Ketiga, tindakan nekad Najib melantik Mukhriz ke dalam Kabinetnya mengundang tafsiran betapa beliau berhasrat membalas jasa Mahathir. Ataukah beliau sebenarnya tunduk kepada saranan dan nasihat bekas Perdana Menteri itu dalam mencaturkan Kabinetnya?
Kita tahu betapa besar peranan dimainkan Mahathir dalam mempercepatkan proses peralihan kuasa kepada Najib dalam parti dan kerajaan. Mahathir lah orang utama yang bertanggungjawab 'memanaskan punggung' Abdullah, sehingga terpaksa melepaskan jawatan lebih awal dari yang dirancangnya.
Keempat, ketiadaan nama Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, turut mengundang pelbagai andaian. Selain sama taraf dengan naib presiden dalam parti, Khairy juga ada tiket selaku Ahli Parlimen Rembau. Ketiadaan namanya dalam senarai Kabinet dikaitkan dengan penyiasatan semula Lembaga Disiplin Umno berkaitan amalan politik wang dalam pemilihan Umno baru-baru ini. Desas-desus bertiup kencang kononnya Khairy bakal berhadapan tindakan tegas partinya, termasuk kehilangan jawatan yang baru dimenanginya itu.
Andaian itu bagai disahkan apabila Najib tidak menyenaraikan Khairy. Najib dikatakan tidak mahu mengambil risiko menyenaraikan orang yang sedang disiasat. Mana tahu silap haribulan akan berulang peristiwa seorang menteri terpaksa melepaskan jawatan kerana bersalah atas dakwaan politik wang. Maka bagi mengelakkan Kabinetnya tercemar, Najib dikatakan siang-siang lagi enggan menyenaraikan Khairy.
Namun ada juga yang menilainya sebagai bertepatan dengan hasrat Najib membersihkan Kabinetnya dari bayangan Abdullah. Jika nilaian itu benar, bermakna Khairy adalah mangsa keadaan hanya semata-mata dia adalah menantu bekas Perdana Menteri itu.
@Harakahdaily.