April 06, 2009

Orang Kuat PPP Nagarajan sertai PKR di Sg Lalang, DUN Bkt Selambau bersama 6000 penyokong



SUNGAI PETANI, 6 April (SK) : Bekas presiden Parti Prograsif Rakyat (PPP) V Nagarajan yang menyertai KeADILansemalam adalah bertujuan mematahkan tohmahan Barisan Nasional Yang menyatakan bahawa Pakatan Rakyat layu dan tidak dapat menawan hati rakyat berketurunan India di Dun N29 Bukit Selambau.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul berkata bahawa penyertaan Nagarajan berdasarkan kepada tiga perkara:-
Petama - Beliau adalah seorang yang berwibawa dan pintar berucap serta mempunyai ramai penyokong dan amat dihormati di kalangan rakyat berketurunan India di Bukit Selambau. Keputusan beliau untuk menyertai KeADILan adalah atas kehendak beliau sendiri dan bukan disogok kerana Pakatan Rakyat tidak mempunyai wang yang banyak.
Kedua - Untuk mematahkan tohmahan BN yang menuduh Pakatan Rakyat tidak dapat memenangi hati rakyat berketurunan India di Bukit Selambau. Penyertaan beliau sekaligus telah menutup lapan bahagia dri sebepas pusat PPP di negeri kedah ini. Beliau telah membawa 1,500 penyokong yang tinggal di kawasan Bukit Selambau untuk mengundi calon KeADILan.
Ketiga - Kenapa sekarang dan tidak dua bulan lagi? ini kerana beliau mahu memberi impak yang kuat untuk memberi sokongan pada dan memberi undi penyokong beliau kepada calon KeADILan.
Kesimpulannya, “Ini menunjukan bahawa KeADILan di terima oleh semua lapisan masyarakat bukan hanya pihak elit sahaja malah di peringkat akar umbi juga,” kata Johari.
Penyertaan seramai 1,500 pengundi di kawasan Bukit Selambau ini juga meningkatkan peratusan pengundi yang akan membuang undi di pada 7 April ini.
Nagarajan juga diberi peluang untuk berucap dihadapan orang ramai yang hadir menyaksikan majlis penyrahan borang kepada Ketua umum KeADILan Anwar Ibrahim di dewan Hock Peik Soo, Sungai Lalang semalam.
Kira-kira 7 ribu orang yang membanjiri dewan yang datang untuk menyokong tindakan beliau untuk menyertai KeADILan.
SUNGAI PETANI, 6 April (SK): Ketua Pengarah Pilihanraya keADILan Kedah, Johari Abdul berkata beliau mengalukan kemasukan bekas Naib Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) yang juga Pengerusi PPP Kedah ke dalam keADIlan.
Menurut Johari, kemasukan itu memberi tamparan hebat kepada BN khususnya di kedah untuk berhadapan dengan jentera KeADILan dalam pilihanraya kecil di Dun Bukit Selambau.
“Kemasukan mereka ke dalam keADIlan membuktikan bahawa KeADIlan mendapat tempat di hati semua masyarakat malaysia. Sebab itu mereka membuat keputusan pada masa pilihanraya kecil ini kerana ingin membuktikan kepada Umno dan BN apa sahaja tohmahan yang dilemparkan terhadap keADIlan adalah tidak betul dengan menyatakan parti kita hilang sokongan,”katanya.
Semalam, Nagarajan mengumumkan kemasukan beliau ke dalam keADILan dengan membawa 6,000 ahli ke dalam parti itu dan pembubaran lapan bahagian PPP dari kedah iaitu Alor Setar, Kubang pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, baling, Sungai Petani dan Merbok. Sebanyak 62 cawangan parti itu turut dibubarkan di seluruh kedah.
“11 cawangan tersebut berada dalam Dun Bukit Selambau dan kita menerima kemasukan seramai 1,500 bekas ahli PP dalam Dun ini ke dalam keADILan,”katanya.
“Kita yakin dengan kemasukan mereka ke dalam keADILan akan menjelaskan bahawa parti kita bersifat terbuka dan ialah parti untuk rakyat. maka kita buka pintu seluasnya kepada semua pihak,”ujarnya yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani.
Kata Johari, pernyertaan nagarajan dan ahli-ahli PPP ke dalam ke ADIlan membuktikan bahawa mereka menolak barisna nasional khususnya Umno kerana yang mengamalkan politik perkauman.
“Ini dapat kita lihat dengan ucapan-ucapan pemimpin Umno yaang menyetuh hati kaum-kaum yang lain. Tindakan mencium keris yangdilakukan oleh pemimpin Umno seolah-olah kaum lain tiada peranan dalam membuat keputusan dalam kerajaan,”katanya.
Beliau turut menjelaskan tindakan itu merupakan reaksi awal terhadap perlantikan najib sebagai perdana menteri yang baru.“Ini membuktikan mereka tidak yakin dengan kepimpinan Najib dan perlantikannya sebagai perdana menteri yang masih diselimuti dengan pelbagai skandal dan masalah yang tidak dapat dirungkai.
“keputusan itu bertepatan dengan kehendak rakyat kerana Bn mengamalkan polisi yang tidak ke mana-mana dalam arena politik,”katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua berkata tindakan Nagarajan membuktikan bahawa Bn tidak dapat memberilayanan yang samarata kepada parti-parti komponennya.
“Dalam BN tidak ada kerjasama, Umno secara sendiri tidak mengusai majoriti dalam parlimen. Adakah Umno berunding dengan pendapat dari parti-parti yang lain sebelum membuat sebarang keputusan,”katanya.

No comments: