April 07, 2009

APA KERJA PEMUDA UMNO BKT GANTANG NIE? NAK CABUL SERIKANDI PKR PULAK..

TAIPING, 7 April (SK): Ketua Wanita KeADILan Malaysia Zuraidah Kamaruddin telah melaporkan kejadian gamgguan seksual terhadap srikandi KeADILan yang bertugas di Dun P59 Bukit Gantang.
Dalam satu kejadian pada jam 4.20 petang semalam, enam petugas wanita Keadilaan telah diganggu secara seksual dan diperlakukan secara kasar oleh sekumpulan petugas pilihanraya Umno di hadapan Bilik Khidmat Masyarakat Umno Bukit Gantang.
Salah seorang mangsa turut ditarik secara paksa ke dalam Bilik Khidmat Masyarakat Umno Bukit Gantang atas tujuan cubaan mencabul kehormatan mangsa.
Walau bagaimanapun, mangsa telah berjaya diselamatkan oleh penduduk setempat. Berhubung kejadian ini, beliau yang ditemani oleh petugas pilihanraya KeADILan dan saksi kejadian telah mengemukan dua laporan polis secara berasingan di Balai Polis Simpang, Bukit Gantang.
Insiden durjana dan keji ini telah disahkan oleh Pengarah Pilihanraya Wanita KeADILan Pusat Parlimen Bukit Gantang, Rodziah Ismail.
“Wanita KeADILan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya insiden ini dan menyatakan rasa kesal terhadap tindakan media kawalan Umno-BN yang dilihat sebagai berat sebelah dan tidak beretika,” kata Zuraidah kepada Suara Keadilan.
“Wanita KeADILan akan menyaman mana-mana media yang menyatakan bahawa laporan polis yang dibuat adalah laporan palsu; media berkenaan perlu memperbetulkan laporannya kerana bukti kejadian dan pencabulan kehormatan mangsa adalah jelas dan lengkap,” jelas Zuraidah lagi.
“Insiden ini telah mengambarkan betapa sebahagian petugas pilihanraya Umno sanggup dan tidak teragak-agak melakukan perbuatan yang terkutuk dan melampaui batasan moraliti dan agama,” tambah beliau.
“Wanita KeADILan menuntut agar pihak polis segera menyiasat dan membuat tangkapan berdasarkan kenyataan mangsa dan saksi. Kejadian durjana sedemikian tidak seharusnya berlaku dan berulang,” tegas beliau lagi.
Kembalikan kepada wanita Malaysia nikmat rasa selamat dan aman kepada di Malaysia.

No comments: