April 02, 2009

Macamana nie Khir Toyo? U dan keluarga berbelanja sejumlah RM1.6 juta ke Paris, Orlando...


Harakahdaily Thu Apr 02, 09
KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) -Bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo dan keluarganya serta pegawai kerajaan negeri yang lain, membelanjakan hampir RM1.6 juta untuk membiayai dua lawatan ke luar negara, termasuk lawatan ke Paris dan Orlando Disneyland.
Senarai perbelanjaan itu termasuk lawatan pada tahun 2004 ke Disneyland Paris dan persinggahan transit selama empat hari di Dubai.
Perkara ini didedahkan dalam siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) semalam.
Antara pendedahan mengenai lawatan keluar negeri itu, dalam tempoh antara 17 hingga 24 Disember 2004 ialah:
- Turut menyertai lawatan tersebut ialah isteri Dr Mohd Khir - Datin Seri Zaharah Kechik dan tiga anak mereka serta seorang orang gaji.
- Delegasi rasmi membelanja sejumlah RM416,000 bagi lawatan tersebut.
- Kumpulan yang pergi mengendalikan urusan bagi lawatan tersebut membelanjakan RM366,000.
- Persinggahan transit di Dubai membabitkan perbelanjaan RM10,000. - azm _

No comments: