BUKIT GANTANG – Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abd Aziz Nik Mat menyifatkan pendekatan ‘Satu Malaysia’ yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seolah-olah me:ngakui kesilapan UMNO: 50 tahun lepas.
Dengan pendekatan baru ini, katanya, jelas menunjukkan UMNO/Barisan Nasional (BN) akhirnya membuat pusingan ‘U’ 50 tahun ke belakang dan mengikut kehendak sebenar rakyat sekarang. :“Dengan ‘Satu Malaysia’ kali ini, jelas dahulu tidak ada satu Malaysia tetapi ada 3-4 Malaysia, ini adalah kerja UMNO dan kita tidak harus memaafkan mereka, tiada maaf bagimu wahai UMNO. :“Ini juga bukti UMNO-BN mengakui mereka dalam keadaan salah selama 50 tahun lepas,” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana anjuran Pas di Kampung Tebuk, Trong malam kelmarin. :Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut menegaskan pendirian Pas dalam memilih Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menjadi Kerajaan Pusat. :“Tidak kira Melayu, Cina atau India menjadi Perdana Menteri, apa yang paling penting adalah pemimpin tersebut kena berpaksikan Islam.
Ini kerana jika Cina menjadi Perdana Menteri, Melayu marah, jika India menjadi Perdana Menteri, semua marah, oleh itu kita kena meng:iktiraf Islam sebagai tiang asas negara kerana Islam diturunkan oleh Allah SWT,” katanya. :Pada sidang media yang diadakan selepas itu, Nik Aziz menjelaskan beliau rasa bersyukur kepada Perdana Menteri yang baru kerana dibuka hatinya untuk membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). :“Pembebasan ini sudah lama didesak oleh PR tetapi kerajaan yang dikuasai UMNO-BN mengendahkan desakan kita selama ini.
“Selain itu setiap kali munculnya Perdana Menteri yang baru sudah tentu ada perkara baru yang menarik, contohnya Tun Mahathir (Mohamad) membawa pendekatan wawasan 2020, Tun Abdullah (Ahmad Badawi) pula membawa Islam Hadari,” katanya.
Selain itu, meng:ulas penarikan semula sekatan ke atas Harakah dan Suara Keadilan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sejurus selepas Perdana Menteri baru dilantik, Nik Aziz menegaskan itu hanya bermotifkan politik semata-mata.
No comments:
Post a Comment