April 17, 2009

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa semalam. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkan beliau memberi tumpuan penuh untuk melanjutkan pelajaran ke pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepadanya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasannya. “Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini,” kata Mohammad Fairus, yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mohammad Fairus, 32, yang meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Negeri berkuatkuasa 8 April lepas, berkata tindakannya itu dibuat setelah mengambil kira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang beliau wakili serta demi memelihara kepentingan PKR.
Ketua Menteri Lim Guan Eng sepatutnya melantik TKM I Pulau Pinang yang baru minggu lepas tetapi beliau memberi masa seminggu kepada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membuat keputusan tentang calon akan menggantikan Mohammad Fairus. Beliau melanjutkan tempoh itu semalam apabila penasihat PKR itu tidak memberi sebarang nama.
Di Pulau Pinang, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata, beliau dimaklumkan bahawa Mohammad Fairus telah menghantar surat kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Abdul Halim Hussain semalam. Ketika dihubungi beliau berkata perbincangan untuk meletak jawatan dibuat antara Anwar dan Mohammad Fairus. “Urusan itu antara mereka berdua dan saya hanya dimaklumkan sahaja. Perkembangan lanjut, tolong dapatkan dari Speaker,” katanya.
Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Abdul Halim Hussain berkata, beliau telah menerima surat peletakan jawatan Mohammad Fairus semalam.
MEDIArakyat: Semalam sudah bertiup kencang... semestinya DSAI mempunyai strategi sendiri untuk mengulangi tanda sokongan rakyat kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat, PRK Penanti akan menjadi tempat rakyat menghakimi kepimpinan DS Najib, mungkin baru lagi ke alasan mereka? Semesti nya semua menolak NAJIB!

No comments: