April 06, 2009

BN JAUH KETINGGALAN..... BKT GANTANG MILIK PAKATAN RAKYAT !!




Kenyataan Tmb. Presiden MCA yang gerak kerja BN jauh ketinggalan dan mengamalkan pendekatan yang lama semasa berkempen sebagai satu penunjuk aras akan penerimaan dan sokongan pengundi di Bkt. Gantang kepada calon PAS Daro' Hj Nizar. Dari segi sokongan kaum cina dan india sudah memang terbukti dengan komitmen dan respon yang sungguh menggalakkan terhadap calon PAS setiap kali mereka dikunjungi oleh Dato' Hj Nizar.
Malam tadi di Kuala Sepetang hampir 3000 orang hadir meraikan beliau dalam Jamuan Makan Malam. Saya sendiri semasa berada di Bukit Gantang terkejut dan kagum dengan gerak kerja yang bersungguh-sungguh dari mereka untuk memenangkan calon PAS, ini yang menjadikan Umno semakin meroyan dan hilang tumpuan.Rata-rata petugas PAS sudah diberi lampu hijau agar tidak risau tentang sokongan kaum cina dan india setiapkali mereka pergi merayu undi. Sebenarnya, ketokohan dan sifat Amanah yang ada pada Dato' Hj Nizar itu sendiri telah menjadikan beliau semakin popular di kalangan pengundi kaum cina dan india di Bukit Gantang ini ditambah dengan kemesraan dan sifat rendah diri beliau jika di bandingkan dengan calon BN yang ada. Sehinggakan ada pihak dari Umno sendiri yang menyatakan bahawa dari segi ketrampilan dalam bertemu dan bermesra dengan pengundi telah di terajui oleh calon Pas Dato' Hj Nizar ketika ini menyebabkan BN terpaksa mencari cara lain untuk memikat para pengundi apabila mereka sedar bahawa BN telah jauh ketinggalan sebelum tiba 7 Aparil ini.
Dakyah dan segala pembohongan Umno telah dengan mudah dapat di patahkan oleh petugas-petugas PAS yang sudah masak dengan taktik kotor BN ini. Dalam keadaan segalanya tidak memihak kepada PAS seperti TV, Surat khabar, sekatan ceramah,polis yang menjadi sayap kanan Umno menjadikan pendokong Pakatan Rakyat terpaksa melakukan sesuatu dengan kesungguhan dan jihad yang tinggi tanpa perlu ada bayaran seperti petugas-petugas BN.Dato' Zambry ( MB Haram ) mohon restu pengundi untuk beri mereka sekali lagi peluang, maka mereka akan melakukan segala-galanya untuk rakyat. Selama ni sudah 50 tahun memerintah apa yang mereka buat?Sesungguhnya slogan "Kekalkan Kemenangan Rakyat" akan direalisasikan oleh pengundi Bukit Gantang pada 7 April esok, dan rakyat mahukan seorang ahli parlimen yang mampu berhujah dalam pelbagai aspek seperti Hj Nizar. Sebab itu tiada alasan pengundi Bukit Gantang menolak Hj. Nizar kerana Umno sejak dulu lagi tiada perubahan ke arah yang lebih baik, walaupun berlaku pertukaran pucuk pimpinan.Marilah kita sama-sama bermunajat kepada Allah agar kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat,setelah kita berusaha maka " Segala urusan kita, kita serahkan kepada Allah "
" Selamat Mengundi,Barang siapa Yang menolong Agama Allahsudah pasti Allah akan menolong mereka "- sendirimauingat

BATANG AI : AMK DAN MAFREL BANTAH SPR SARAWAK

AMK bersama Sdr Shamsul Iskandar Ketua AMK Malaysia semalam jam 3.30 ptg telah menghantar surat bantahan di Pejabat SPR Lubuk Antu. Bantahan tersebut menyatakan ketidakpuashati Jentera pilihanraya PKR Batang Air terhadap cara kendalian undi oleh SPR. Bantahan tersebut telah disampaikan kepada Tuan Haji Takun Pengarah SPR Negeri.SPR Batang Air telah menwartakan 14 buah sekolah kiraan undi tidak akan di buat di pusat mengundi malah kiraan undi akan dilakukan di pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Lubuk Antu.
Perkara amat membimbangkan Jentera pilihraya PKR kerana takut penipuan akan berlaku semasa pemindahan tong peti undi dari tempat pembuangan undi menuju ke Pusat pemjumlahan undi.Sdr Shamsul telah membantah keras dengan sistem yang di buat oleh SPR kerana tidak selari dengan SPR semenanjung Malaysia. Walaubagaimana SPR telah memberi alasan yang tidak wajar kerana amalan sudah menjadi biasa di Sarawak dan tiada parti yang membuat bantahan sebelum ini.Susulan dari itu, Sdr Zulfikar Bersama Jentera PKR akan membuat sidang akhbar di bilik gerakan utama Lubuk Antu pagi ini untuk mengesahkan bantahan pada Media.
Di dalam satu perkembangan lain, Suruhanjaya Badan Pemerhati Bebas Pilihanraya (Mafrel) turut membantah mengenai larangan Pegawai SPR Batang Ai kepada Mafrel untuk ikut serta di dalam penghantaran peti-peti undi dari pusat mengundi ke pusat pengiraan undi. Mafrel juga tidak dibenarkan untuk menyaksikan proses pengiraan undi.

No comments: