March 03, 2009

Dun Perak lulus dua usul dan satu kertas



Monday, March 2, 2009

IPOH, 3 Mac: Sidang Dun Perak yang bersidang di satu kawasan lapang berhampiran bangunan Perak hari ini meluluskan dua usul dan satu kertas laporan secara sebulat suara iaitu:-
1) Usul kepercayaan kepada MB Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin.
2) Usul membubarkan Dun Perak,
3) Kertas laporan jawatankuasa terpilih yang menggantung Datuk Dr Zambry dan enam Exconya.
Usul pertama dan kedua adalah usul yang dibawa sebelum sidang manakala kertas laporan Jawatankuasa Terpilih adalah usul tergempar.
Sidang itu berjalan di kawasan lapang berhampiran Dun selepas 27 Adun dan Speaker tidak dibenarkan masuk ke Dun oleh polis atas arahan Setiausaha Kerajaan Negeri.Sementara itu, Mahkamah Tinggi Ipoh meluluskan injunsi untuk menghalang Sidang Dun hari ini tetapi ia diperolehi selepas Dun Perak sudah tamat bersidang.
Dun mula bersidang jam 10.15 pagi dan tamat jam 10.30 pagi. Ia bermula dengan bacaan doa oleh Setiausaha Dewan, Misbahul Munir Masduki dan ditutup dengan cadangan menangguhkan sidang oleh Adun Pasir Panjang yang juga MB, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin.Injunsi diperolehi oleh BN kira-kira jam 10.45 pagi dan ia dianggap adademik oleh para pemimpin Pakatan Rakyat di sini.
Posted by Siasah
Terkini di Perak 11.01 am
10.57 am OK... semua berjalan lancar dan sekarang wak sedang nak pack barang untuk pulang ke Selangor. Kita nantikan perkembangan usaha MB Nizar untuk mengadap Sultan dan keputusan sidang akhbarnya. Hari ni rakyat dapat melihat sendiri betapa kuasa Speaker dan DUN serendah itu. UMNO sudah sampai tahap tidak menghormati undang undang yang mereka cipta. Kalau ADUN di layan sebegitu, maka siapalah kita.Sehingga bertemu lagi ... terima kaseh kepada semua blogger blogger yang beri kerjasama di sini. ALbanjari, topeng perak dan semua yang baik hati. Tidak lupa anilnetto yang wak sempat cilok berita dari laman blog dia. Salam semua !!! Takbir !!!

No comments: