March 06, 2009

KENYATAAN MEDIA PENERANGAN PKR BHG HULU SELANGOR - 6 MAC 2009 JUMAAT 10 PG

Assalamuailkum wbt

Berdasarkan Laporan akhbar Liberation (berbahasa Perancis) dan kenyataan Ahli Parlimen Machang, Saifudin Nasution pada hari semalam (5 Mac 2009), maka dengan ini kami memohon pihak berkuasa samada SPRM atau PDRM untuk menyiasat kesahihan laporan ini kerana ianya memalukan negara dan pemimpin negara yang bakal dilantik menjadi Perdana Menteri.
Dakwaan akhbar adalah berat dan serius kerana jika ianya benar maka sudah tentu Najib tidak layak untuk dilantik menjadi Perdana Menteri bahkan beliau sepatutnya di dakwa di mahkamah jika ada bukti-bukti beliau terlibat.
Manakala jika dakwaan itu tidak benar Najib Razak mesti bertindak untuk menyaman surat khabar itu yang cuba menjatuhkan imej beliau dan negara kita Malaysia.
Kami mencadangkan supaya DS Najib mengambil tindakan mahkamah kepada akhbar tersebut jika benar-benar beliau tidak mengenali Altantuya. Jika Najib tidak menyaman akhbar tersebut saya pasti rakyat akan terus sangsi dan ragu-ragu dengan penafian Najib sebelum ini.

Sekian. Terimakasih.

Shaiful Anuar Sulaiman
Ketua Penerangan
PKR Bhg Hulu Selangor
6 Mac 2009 Jumaat (10pg)

No comments: