March 03, 2009

Terkini 3 Mac 2009 DUN PERAK

9.30 Pagi:

Puluhan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan trak meriam air berada di sekitar Bangunan Perak Darul Ridzuan dimana terletaknya Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak.
Selain itu, Lebih 100 anggota polis berkawal di bangunan sekretariat kerajaan negeri manakala pihak polis mengadakan sekatan jalanraya sejak semalam di sepanjang jalan utama menuju ke bangunan berkenaan.
Pihak polis juga menghantar 50 jurukamera polis dari seuruh negara untuk merakam sebarang insiden hari ini untuk dijadikan bukti bagi membuat tangkapan.
Sebelum itu, Speaker Perak V. Sivakumar melantik Misbahul Munir sebagai Setiausaha Dun bagi mengantikan Abdullah Antong Sabri yang digantung tugasnya.
lagi berita menyusul.

No comments: