Tanggal 1 Mei adalah tarikh penting dan bermakna buat kita mengenang jasa, bakti serta sumbangan golongan pekerja yang sememangnya diakui sebagai tulang belakang kepada sesebuah negara.
Di Malaysia, kaum pekerja baik sektor awam mahupun swasta telah memberi sumbangan besar dalam ekonomi negara sehingga pertumbuhan ekonomi pada tahun 2007 mencapai 6.3% sebagaimana yang diunjur Bank Negara. Sekadar mengisytiharkan 1 Mei sebagai cuti umum pastinya tidak memadai untuk menghargai sumbangan mereka tersebut.
Apa yang lebih utama ialah dasar-dasar kerajaan seharusnya dapat menjamin hak dan kebajikan pekerja agar mereka dapat terus memberi sumbangan yang lebih besar dalam pembangunan negara.
Maka tuntutan dua pertubuhan utama para pekerja iaitu Kongres Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) wajar diberi perhatian serius oleh kerajaan sebagai landasan pembentukan dasar-dasar ekonomi.
KeADILan tetap komited dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara dan pada masa yang sama memperjuangkan golongan pekerja menerusi konsep "KeADILan Mesra Pekerja" sebagaimana yang digariskan dalam Kongres Tahunan 2007. Begitu juga di dalam agenda "Ekonomi Maju untuk Semua" dalam Manifesto Pilihan raya ke 12 yang lalu.
Antara tuntutan dan sasaran utama kita ialah meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia pada paras 8%, melaksanakan gaji minimum pada kadar RM1500 dan menggantikan Dasar Ekonomi Baru dengan dasar afirmatif yang berasaskan keperluan.
KeADILan juga menyeru kerajaan meneliti tuntutan Cuepacs agar saguhati sebanyak RM2,000 dibayar kepada setiap kakitangan kerajaan bagi menggantikan pemberian bonus sejajar dengan kos sara hidup yang tinggi di samping mempertimbangkan tuntutan lain.
KeADILan juga mendesak kerajaan menggunakan kekuatan politik dalam membenteras seluruh rangkaian korupsi dan monopoli yang merugikan rakyat agar sumbangan kaum pekerja dapat dinilai semaksima mungkin. Hanya dengan pentadbiran yang bebas rasuah, telus dan penuh pertanggungjawaban akan dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.
Akhirnya, saya dan seluruh warga keADILan mengambil kesempatan ini merakamkan tahniah dan penghargaan buat setiap pekerja di negara ini yang sanggup berkorban membangunkan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
(DATIN SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Ahli Parlimen Permatang Pauh
merangkap Ketua Pembangkang Presiden Parti Keadilan Rakyat)

No comments:
Post a Comment