May 26, 2008

HARAPAN BARU RASA ......


Terpanggil untuk memperkatakan tentang kemunculan orang umno didalam PKR selepas PRU12. Semalam bertempat di Komplek JKKK Rasa, jam 10 malam, hampir 40 orang UMNO cawangan Rasa, Hulu Selangor telah menyertai PKR dan mengwujudkan Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) Rasa, selagi gus menjadikan Bahagian Hulu Selangor berjaya menguburkan cawangan kuat RASA dimana Pengerusi Tetap Cawangan ini adalah YB Isa Abu Kasim. Ada banyak lagi cawangan UMNO akan dibubarkan dan didalam proses untuk dikuburkan..
Mana letaknya maruah YB Isa Abu Kasim. Cawangan sendiri pun telah berkecamuk dan terkubur dengan perasmian cawangan PKR di tempat kampong halaman YB! Sememangnya masih ada lagi orang menyertai PKR kerana melihat idealisme perjuangan DSAI, menyertai PKR untuk membela orang Melayu kerana mereka berfikiran terbuka dan cerdik untuk tidak mudah berada didalam parti yang dijadikan sebagai alat untuk kepentingan anakberanak, memperkudakan parti dengan kebendaan dan projek untuk kesenangan peribadi. Kita faham kawan rapat YB sendiri yang kononnya berjuang , kawan rapat siang dan malam bersama Ketua Bahagian sekarang sudah mula menghitung dan menyusun strategi. Mereka akan belot dan mula menyusun agenda bersama orang lain. Mereka lari lintang pukang setelah mereka tahu YB Isa “susah dan tidak ada kuasa baru”. Mereka ini akan mencari taukeh baru untuk melangsaikan hutang piutang mereka. Nak jadi pemimpin jangan jadi pemiutang. Semua orang ini akan menyertai PKR secara perlahan-lahan untuk melepaskan diri dan menumpang kasih dan ringgit.
Pemilihan Adun Batang Kali yang sudah tentu tidak diketahui samada ada kebenaran sokongannya dari pengundi2 kita tidak tahu ada Paca yang telah ditukarkan disaat akhir di dua pusat mengundi di Batang Kali. Ada bukti menunjukkan Borang 14 ditandatangi kosong oleh Ketua Pusat Mengundi, ada bukiti menunjukkan Borang 14 dipadam apabila tulisan pensel digunakan. Semuanya menjadi kenangan..

SU: Minggu akan datang ..... banyak lagi cawangan umno dikuburkan
dan pkr akan tubuhkan jdm baru.....

3 comments:

PAS Cawangan Rasa said...

Harap ianya betul 40 orang. Itulah yg diidam2kan. Jika hendakkan kepastian ianya betul atau mainan politik, kena tanya orang yang benar, syeikh.

UMNO Rasa adalah naga di dalam tidur. Do not under estimate them. Jangan mereka masuk semata2 selamatkan diri dari bankrup. Kita PAS dan PKR kena duduk semeja berdakwah kpd mereka2 yg masih UMNO.

Jangan jadi seperti UMNO untuk jatuhkan UMNO, jadilah PKR sebagaimana PKR itu sendiri. Ingat-ingatlah.

mantiknow said...

Biasalah tu. Ramai orang umpama lalang, ikut saja arah angin bertiup. Tapi jika melawan arus kita juga yang susah

Tapi MP jangan pula begitu. Bahaya lo!

jdm rasa said...

Aku pelik btl lah budak mazwandi ni. Kate pejuang Islam, tapi masih tebal sikap buruk sangke sesame manusia. Klu mcm ni anggapan bdk ni mmg x sesuai la nk jd kepala perang, nnti abis ditembak nye org yg menyerah klh tu. Jgn ikut hati sendiri beb, 40 org yg masuk PKR tu sket beb. Cube ingt blk berape ratus org Rasa yg mengundi PKR pada PRU12 yg lalu. Cume aku nk pesan si Mazwandi ni eloklah ditarbiah ahli2 PAS Rasa yang maseh lagi jd ahli UMNO tu wat pengishtiharan meninggalkan UMNO. X elok jd sesumpah. Yg paling aku sedeh bile ahli2 PAS Rasa msh ade yg mengundi adun BN. Atas alasan org Kg. Ni perjuangan ape ni beb?. Bg aku ni perjuangan cari mkn. Bkn untuk agama n negara. Aku harap si Mazwandi ni dpt berdakwah kpd ahli2 PAS yg maseh dok dlm UMNO 2 supaye tgglkn je UMNO tu. Andai tdk jgn la mengaku sbgai pejuang Islam,klu ade timbul rasa RUGI klu keluar UMNO./ teruskan wadah perjuangan PAS. Buang sesuampah yg ade dlm parti. - Kp KDM. Rasa.