May 08, 2008

Beri masa kepada Pakatan Rakyat tunai janji ...


Beri masa kepada Pakatan Rakyat tunai janji Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor meminta rakyat negeri itu memberi masa kepada kerajaan bagi menunaikan janji-janji dalam manifesto pada pilihan raya umum lalu termasuk menurunkan cukai pintu 20 peratus.Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan baru yang ada sekarang belum mencapai 100 hari pentadbiran tetapi program kebajikan seperti dijanjikan sudah dan akan dilaksanakan. Sebagai ketua eksekutif di Selangor, beliau katanya hanya berupaya melaksanakan janji-janji yang mampu untuk ditunaikan sahaja. "Saya bukan berpolitik dalam hal ini, manifesto tidak menjanjikan semalam (dilaksanakan), tetapi kita akan terus menunaikan program-program kebajikan, seperti air (percuma) yang kita akan teruskan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
...kena lah belajar bersabar..belum pun cukup 100 hari, selama 50 tahun memerintah pun pihak BN belum dapat berikan air percuma..

No comments: