May 24, 2008

CITRA SELANGOR.... Buletin Negeri Selangor

Sekretariat Akhbar MB akan memulakan buletin yang dinamakan CITRA SELANGOR. Insyallah, kita semua akan dapat membacanya tidak lama lagi......

Memahami intipati perjuangan kita, perlu diingat kita tidak terpengaruh dengan propaganda UMNO yang sekali gus melenyapkan asas perjuangan kita, sebagai reformis kita perlu reform diri kita dengan menyalurkan segala keperluan dengan kaedah yang betul. Menyentuh kepada kemasukkan Ezam, pedulikan dia, mungkin beliau juga mudah dipergunakan. Masing2 punya agenda tersendiri, baik Dr M ataupun Ezam, sam sahaja.

Yang penting KEMPEN JOM JADI AHLI kita akan dilancarkan pada 25hb ini bermula. Banner dah siap. Beritahu rakan rakan kita dalam didalam UMNO, keahlian baru kita sudah mencecah 100,000 dinegeri Selangor. Maklumat adalah kunci segala permasalahan, masih ramai yang tidak mahu menggunakan kaedah meng"GALI" maklumat dengan mencari punca maklumat, kekadang ia dilihat sebagai rengekkan kecil yang menggambarkan ini ada agenda tersusun yang lain, bagi pendapat saya rengekan ini adalah mungkin disebabkan masalah lain. Bukan apa yang dibangkitkan. Banyak bahagian telah menunjukkan kemantapan masing masing. Maksudnya kita sudah menunjukkan kekuatan kita.Menjadi pejuang parti perlu melalui perubahan, perubahan inilah asas perjuangan kita, REFORM, setiap hari kita perlu berubah.

Bukan SEMUA penyelesaian perlu diperjelaskan, atau dibentang dalam bentuk dokumen. DIPLOMASI yang ditunjukan YAB Dato' Menteri tidak perlu disalah tafsir. Tindakan pasti akan ada, penyelesaian pasti akan ada. Perubahan pasti ada, kita tidak boleh mengubahnya secara mendadak. Suara suara lantang sebelum ini makin pudar, sifat TIDAK FAHAM Khir juga sudah kurang. Mereka sudah kalah, suara di sidang juga tidak ada yang lain hanya berkisar kepada macamana kita hendak menunaikan janji pilihanraya saja. InsyaALLAH semua akan terjawab dan mampu dibuat. Semakin hari , pakatan rakyat makin mantap, exco exco makin menyerang dan mengemaskan kerja kerja pentadbiran dengan lebih baik. Rakyat hanya perlu menyokong semua usaha murni ini. Semangat "pembangkang" kita perlu dikendurkan lebih kepada usaha mencadang dan menyokong kerajaan.

SU BAHAGIAN.

No comments: