Temubual Ezam Mohd Noor di TV3 petang tadi (28 mei 2008) telah menambahkan lagi keresahan UMNO sama ada benar atau tidak mantan Ketua Angkatan Muda KeADILan itu merupakan senjata sulit Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk memporak-porandakan UMNO sebelum pemilihan UMNO pada Disember 2008.
Temubual TV3 bersama Dato’ Seri Hishamuddin Hussein telah jelas menunjukkan adegan kurang senang Menteri Pelajaran tersebut apabila menjawab soalan-soalan wartawan berkenaan kemasukan Ezam.
Ramai ahli UMNO dikatakan kurang senang dengan tindakan Perdana Menteri membenarkan Ezam memasuki semula UMNO tanpa syarat dan mempertikaikan mengapa tiada seorangpun bekas ahli KeADILan yang menyertai UMNO pada 2004 seperti Roslan Kassim dan Lokman Noor Adam sudi menemani beliau.
Didalam temuramah bersama TV3 Ezam ternyata jelas menyatakan hasratnya untuk meneruskan Agenda Reformasi Anwar Ibrahim di dalam UMNO dan cita-citanya adalah untuk membanteras rasuah di dalam UMNO.
Ahli-ahli Pakatan Rakyat akan terus memerhatikan berapa jauhkah dan setinggi manakah Ezam dibenarkan menyusup didalam UMNO untuk melaksanakan Agenda Perubahan yang diulang Ezam di dalam temubual tersebut berkali-kali. Harus diingat ungkapan ‘Agenda Perubahan’ adalah ‘Manifesto Anwar Ibrahim’ yang menjadi teras persefahaman Pakatan Rakyat.
Sekiranya percaturan bijak pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat ini berjaya, berkemungkinan besar Ezam akan memainkan peranannya untuk melakukan ‘Agenda Perubahan’ ini serta-merta dan kesannya akan dilihat pada keputusan pemilihan UMNO nanti. Sama ada kesan ini positif atau negatif kepada Dato’ Seri Abdullah Badawi atau lawan-lawannya - kita tungguuuuu!

SU: Boleh percaya ker...
No comments:
Post a Comment