May 23, 2008

SUDAHLAH MUHAMMAD TAIB..... JANGAN PORAKPERANDAKAN ORANG SELANGOR..

SHAH ALAM, Khamis 22 Mei : Langkah Kementerian Kemajuan Luar dan Bandar dan Wilayah melantik 364 Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) serta Ketua Kampung di Selangor, tidak sah kata Yaakob Sapari. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Negeri itu, hanya kerajaan negeri mengikut peraturan yang termaktub dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri boleh melantik pemegang jawatan tersebut."Ketua kampung dan JKKK adalah di bawah struktur kerajaan negeri. Seandainya kerajaan pusat hendak melantik, kita menganggap bahawa ketua kampung yang dilantik adalah tidak sah."Kerajaan pusat kalau faham prinsip demokrasi, dia tidak akan melantik ketua kampung atau JKKK di negeri," katanya menjawab pertanyaan Dr Mohd Nasir Hashim (PKR-Kota Damansara) pada persidangan Dewan Undangan Negeri ke 12, di sini, hari ini.Yaakob berkata tindakan kerajaan pusat mencampuri urusan pelantikan JKKK di Selangor dianggap tidak wajar kerana hanya Menteri Besar boleh mengesahkan dan menyokong pelantikan individu tertentu sebagai ketua kampung.Bercakap kepada pemberita kemudiannya, beliau berkata kerajaan negeri akan memecat ketua kampung yang dilantik kerajaan Barisan Nasional (BN) sekiranya mereka tidak memberi kerjasama baik kepada kerajaan Pakatan Rakyat."Jika ketua kampung mempunyai pandangan berbeza dan tidak menyokong, kita sedia untuk menamatkan perkhidmatan mereka dan digantikan dengan ketua kampung yang mempunyai fahaman yang sama," katanya.Beliau berkata kerajaan negeri akan mengambil alih pembayaran elaun RM400 kepada ketua kampung bersama elaun lain yang dibayar mengikut tempoh perkhidmatan kerana tidak mahu menggunakan khidmat ketua kampung BN.

No comments: