May 02, 2008

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH KETUA JDM

Majlis penyerahan watikah ketua-ketua JDM (32 orang) dan taklimat mengenai Ketua Kampong/JKKK telah selamat disempurnakan oleh Ketua Bahagian, Sdr Nashruddin Abd Aziz memerangkap Ketua Penerangan PKR Negeri semalam bertempat di Rumah Rehat, Jalan Padang Golf, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Majlis yang bermula pada 4.15 ptg sepatutnya ditutup oleh Sdr Yahaya Shaari, Pegawai Khas Dato Menteri Besar Selangor telah berakhir kira2 pada jam 6 ptg. Sdr Yahaya tidak dapat hadir disebabkan menghadiri satu majlis dirumah menteri besar. Kira-kira 85 orang telah hadir untuk turut sama mendengar taklimat yang disampaikan oleh Sdr Mat Rahat Ibrahim, Ketua Penerangan Bahagian memerangkap Sekretariat Penerangan PR Negeri.
(Gambar-gambar akan menyusur kemudian)
Petang ini, Jumaat 2 Mei Jam 2.30 ptg didepan Mesjid Negeri Shah Alam, akan dibuat lapuran dan bantahan kepada BPR Shah Alam mengenai kes BALQIS. Semua diminta hadir menyokong!!

No comments: