Assalamualaikum....
Ketika saya berbual-bual dengan kawan-kawan petang semalam. Timbul satu isu yang agak menarik untuk dikongsi bersama rakan-rakan blog paneh..Ketika saya sedang berbual tu.. datang seorang tua berumur lebih 60 tahun menjual kerepek.. "Nak kerepek tak.." saya tanya "Berapa harga satu kerepek ni nek..." dia jawab "1.50 sen nak.." Saya pun keluar 10 ringgit saya ambil dua kerepek pedas dan saya cakap "Duit lebih saya sedekah nek.." nenek tu dengan rasa gembira terus beredar...Saya bertanya kepada kawan2 di meja minum, "Kenapa nenek tu sudah tua tapi masih nak keluar menjual kerepek lagi." Kawan saya menjawab sambil makan kerepek tu, "KL... nak hidup kena la macam tu..." saya tanya lagi "Tapi kesian la aku tengok dah tua keluar berjalan berniaga.. dia takde anak ke yang nak bela dia.." kawan saya jawab lagi, "Anak zaman sekarang ni susah nak cari yang nak bela orang tua dia.. semua pentingkankan perut sendiri..." saya cakap lagi "Orang tua-tua ni diorang nak main dengan cucu je.. dia tak nak lebih pun.. ape la punya anak ni..."Itulah antara intipati perbualan saya dan kawan-kawan..
Saya nak tanya....
1) Betul ke anak-anak zaman sekarang ni tak nak jaga orang tua mereka lagi??
2) Nenek tu berniga mungkin kerana minat dia untuk berniaga anak-anak dah larang tapi nenek ni degil??
3) Mungkin ada sindiket kot??
Itu semua persoalan tentang nenek tu.. kita heret persoalan yang sama kepada kisah Tun Dr. Mahathir Mohamad..Ramai orang bersorak apabila Tun Dr. Mahathir keluar dari Parti yang dibinanya ini iaitu UMNO. Ada yang cakap umpama keluar duri dalam daging la... ada yang cakap parti bukan untuk jadi satu bahan pertaruhan la... ada yang cakap dia memang patut keluarla... tak kurang ada yang bersedih... semua tu pendapat masing-masing.
Persoalannya kenapa Tun Dr. Mahathir yang menjangkau umur 80an ini masih berminat untuk aktif dalam politik pentadbiran negara..kenapa dia tak nak bermain dengan cucu-cucunya sahaja...
1) Adakah dia tak cukup makan??
2) Adakah dia takut rahsia dia terbongkar??
3) Adakah dia memang berminat untuk berpolitik??
4) Adakah dia rasa bertanggungjawab atas kesalahan dia melantik Paklah yang lemah??
5) Adakah dia memang rasa sangat sayang kepada perjuangan Melayu yang belum selesai??Macam-macam persoalan yang bermain di fikiran...Tapi cuba kita renung kembali...
Apa akan jadi kalau Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil pendekatan untuk duduk dirumah bermain dengan cucunya dan tidak ambil endah berkenaan politik Malaysia ini..tidak ambil endah dengan pentadbiran Paklah...
Tidak ambil endah dengan perbuatan KJ.....
apa akan jadi kepada UMNO dan Malaysia...
Fikirkan lahh...
SU: Fikirkanlah jika PRU13 nanti kita menang lagi...
No comments:
Post a Comment