Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memperkemaskan jentera organisasinya dengan melakukan beberapa rombakan di dalam kepimpinan AMK di peringkat Pusat dan Negeri. Dalam pengumuman yang dibuat oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini,rombakan tersebut melibatkan beberapa jawatan lantikan bertujuan untuk melicinkan operasi gerak kerja AMK di peringkat Pusat dan Negeri.Jelas Shamsul, AMK akan memperkemaskan dan memantau gerak kerja AMK Negeri dan Bahagian di mana 'grading system' mengikut skala akan mula diperkenalkan untuk meneliti keberkesanan jentera AMK di peringkat akar umbi.Jawatan Setiausaha AMK kini disandang oleh bekas Pengarah Pilihanraya AMK, Zulfikar Ali Ariffin dibantu oleh dua Penolong Setiausaha, YB Chang Lih Kang (ADUN Teja, Perak) dan Maharul Ismail. Manakala Ketua Penerangan pula disandang oleh ADUN Hutan Melintang, Perak iaitu YB S. Kesavan dibantu oleh Timbalan Ketua Penerangan yang baru, Fadhiah Nadwa Fitri.Setiausaha AMK Perak, Eric Khor; bekas Setiausaha AMK, Ahmad Zaki Yamani; dan peguam muda, Ahmad Nazif Johari dilantik menjadi Exco AMK Pusat.Untuk memperkukuhkan gerak kerja AMK di peringkat Parlimen dan DUN, Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar dilantik sebagai Pengerusi Sekretariat Ahli Parlimen dan ADUN AMK bertujuan untuk menyelaraskan semua urusan pentadbiran Parlimen dan DUN yang melibatkan Ahli Yang Berhormat di kalangan pimpinan AMK.Selain itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, YB Yusmadi Yusoff diamanahkan sebagai Pengarah Strategi AMK, dan Fariz dipertanggungjawabkan sebagai Pengarah Pilihanraya AMK.
SU: Ketua AMK Hulu Selangor sekarang, YB Amiruddin Shaari dah jadi Ketua AMK Johor.....
No comments:
Post a Comment