May 31, 2008

Umno-BN dijangka akan terus mengalami pergolakan dan perpecahan sehingga Disember ini.

Pandangan tersebut dilontarkan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu kepada Harakahdaily dekat sini ketika memberikan penjelasan berhubung kenyataan mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Dato' Wan Abdul Rahim yang memohon maaf kepada Suruhanjaya Pilihan Raya semalam.
"Umno akan terus begini sehingga Disember apatah lagi selepas pemilihan dan pelantikan pucuk kepimpinan akan datang," katanya.
Tambahnya, keadaan akan menjadi lebih parah sekiranya kerajaan bertukar tampuk kepimpinan kepada Pakatan Rakyat.
Bahkan katanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan meneruskan siri serangan beliau menerusi satu program ucaptama yang akan berlangsung di Hotel Crystal Crown Petaling Jaya pada jam 9 pagi esok.
Mengulas mengenai kembalinya Pengerusi Gerak, Ezam Mohd Nor semula ke pangkuan Umno, Mohamad yang merupakan Pengerusi Mobilisasi Demokrasi berpendapat ia tidak akan banyak mengubah keadaan dalaman Umno yang telah sedia kucar-kacir.
"Tindakan Ezam tersebut merupakan pilihan beliau secara peribadi, cuma yang saya kurang pasti sekarang adalah sama ada prinsip perjuangan Ezam untuk membasmi rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan boleh dilaksanakan melalui parti yang ditentangnya selama ini?" katanya.
Ujarnya, terpulanglah kepada Ezam untuk meneruskan prinsip perjuangannya itu.
"Saya fikir Ezam perlu menjelaskan tindakan dan keputusan beliau itu sendiri kepada mereka yang pernah mengikuti ceramah dan rapat umum sebelum ini yang mengharapkan ianya dibuat," ujarnya.

SU: UMNO akan tersisih selepas Disember ini... marilah kita semua perkuatkan parti kita dan terus mengadakan progam.

Mlm ini CERAMAH PERDANA bersama Datuk Hassan Ali, YDP PAS HJ Wahid, Ketua Bhg PKR/Ketua Penerangan PKR Selangor Sdr Nashruddin Abd Aziz, Bekas Calun DAP KKB, Sdr KA Ramu dan YG Berhormat Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, Ahli Parlimen H Sg. Ceramah bermula jam 8.30mlm. Datang beamai2 ke Stadium Kuala Kubu Bharu.

No comments: