May 20, 2008

Dr M tidak puashati pada Pak Lah.......


Sambil menyatakan rasa tidak puas hatinya, Dr Mahathir mendakwa Umno kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden Umno dan mengutamakan kepentingan keluarganya (Abdullah) sehingga membelakangkan negara. "Saya boleh senaraikan perkara yang dia (Abdullah) lakukan sehingga merugikan negara kita. "Umno yang wujud hari ini tidak lagi berpegang kepada hasrat parti yang ditubuhkan 62 tahun lalu. Sebab itu saya tidak teragak untuk keluar dari Umno," katanya. Dalam sejarah Dr Mahathir dalam Umno, beliau pernah dipecat daripada Umno pada 1969 kerana melanggar disiplin parti apabila mengkritik kepimpinan Umno ketika itu, tetapi diterima kembali ke dalam parti pada 1972.
Dr Mahathir turut mengajak anggota Umno yang sependapat dengannya berhubung dengan kepimpinan untuk mengikuti jejaknya dengan bertindak keluar dari parti itu tetapi bukan untuk menyertai parti lain. "Saya yakin cara ini berkesan. Saya tidak akan menyuruh orang membuat sesuatu yang saya sendiri tidak berani melakukannya," tambahnya. Bekas Perdana Menteri turut melahirkan rasa kecewa kerana anggota Umno masih disekat oleh kepimpinan parti daripada berjumpanya. "Sampai nak adakan perjumpaan, ahli Umno dan ketua bahagian tidak dibenar berjumpa saya. Ini apa," katanya. Beliau berkata tindakan kepimpinan Umno itu hanya menyebabkan timbul lebih banyak rasa tidak puas hati dan akhirnya melambangkan Umno sebagai tidak demokratik.

No comments: