September 17, 2008

10 Sebab - Mengapa Rakyat Malaysia harus tolak Rang Undang-undang Identifikasi DNA 2008

Pada 17 Ogos 2008, kerajaaan Barisan Nasional memperkenalkan rang undang-undang identifikasi DNA yang kontroversi di parlimen. Ia memberikan kuasa terlampau kepada polis dan Menteri Dalam Negeri bagi menggunakan DNA seseorang dalam kesalahan jenayah

Rang undang-undang tersebut mencabul prinsip keadilan semula jadi dan hak asasi manusia. Sebenarnya, rang undang-undang tersebut tidak ada pendekatan untuk mempertahankan hak-hak asas seseorang semasa di bawah tahanan. Ada orang risau bukti DNA itu akan dimanupulasikan bagi tujuan politik.

Rang undang-undang tersebut diluluskan secara prinsip pada 28 Ogos 2008. Pembangkang keluar dewan untuk membantah Menteri Dalam Negeri kerana enggan merujuk rang undang-undang tersebut ke jawatankuasa pemilih bagi mengkaji secara mendalam

Rang undang-undang yang kejam tersebut sepatutnya ditolak oleh semua rakyat Malaysia. Jika rang undang-undang tersebut menjadi satu undang, kebebasan dan hak-hak kita akan semakin diancam dan dicabul.

Apa yang anda boleh buat?

Sila pergi http://www.petitiononline.com/dnabill/petition.html dan tandatangan rayuan tersebut untuk menunjukkan bantahan anda terhadap undang yang kejam ini.

Mengapa tolak Rang Undang-undang Identifikasi DNA 2008

1. Seorang pegawai polis kanan akan memimpin bank data DNA dan diberi kuasa yang luas dan sewenang-wenang untuk mengambil sampel DNA daripada seseorang yang disyaki. Pengambilan, penyimpanan dan ujian sampel sepatutnya tanggungjawab satu badan yang bebas daripada pasukan polis dan melapor kepada parlimen. Pasukan polis tidak lagi independen dan professional, maka sampel DNA mungkin boleh dimanipulasikan oleh kerajaan untuk tujuan politik

2. Rang undang-undang DNA tersebut boleh mengambil, memproses dan menyimpan maklumat peribadi yang amat sensitive. Satu Akta Penjagaan Data harus diadakan sebelum rang undang-undang DNA diperkenalkan dan Perlembagaan Persekutuan harus dipinda untuk menambahkan jaminan terhadap hak-hak privasi. Privasi individu mesti dijaga sebelum menggubal Akta DNA.

3. Bukti DNA tidak boleh dicabar di dalam mahkamah. Rang undang-undang tersebut menyatakan “Maklumat daripada Bank data DNA hendaklah diterima sebagai suatu bukti muktamad bagi identifikasi DNA dalam mana-mana prosiding dalam mana-mana mahkamah”. Ini mencabul prinsip keadilan semula jadi kerana mahkamah tidak boleh menyemak bukti DNA secara independen dan objektif. Seseorang yang dituduh tidak boleh mencabar bukti DNA tersebut.

4. Tiada mekanisma bagi orang yang dituduh untuk mencabar atau meminta satu semakan bebas ke atas sampel DNAnya

5. Maklumat yang terkandung di dalam bank data DNA boleh ditukar dan dimanipulasi tanpa pengetahuan pemilik sampel DNA sebab tiada penjagaan dalam rang undang-undang tersebut.

6. Golongan-golongan orang yang sampel DNAnya boleh diambil adalah terlalu luas dan sewenang-wenang sebab sesiapa yang ditahan di bawah undang-undang tahanan pencegahan atau perintah pemulihan dadah dan tidak disiasat untuk sebarang kesalahan boleh disuruh memberi sampel DNA mereka

7. Polis boleh “menggunakan segala cara yang perlu” bagi maksud untuk mengambil sampel bukan intim misalnya air liur, rambut dan kuku dan sebagainya. Apa maksud kandungan “menggunakan segala cara yang perlu bagi maksud” apabila seorang individu di bawah tahanan polis?

8. Individu-individu yang enggan memberi sampel bukan intim atau menghalang pengambilan sampel bukan intim melakukan satu jenayah dan setelah dibukti salah boleh didenda maksimum RM10,000 atau dipenjara maksimum satu tahun.

9. Tiada pengaturan yang mengawal kualiti atau penjagaan sah dalam rang undang-undang tersebut berkaitan dengan pengambilan, pemprosesan, penyimpanan dan ujian sampel dan profil DNA.

10. Tiada jaminan bahawa sampel atau maklumat DNA akan dihapuskan dan dikeluarkan dari bank data DNA selepas seorang dibukti tidak salah dalam kesalahan yang disyaki.

No comments: