September 22, 2008
AMIR UKAYS DATANG KE PUSAT KHIDMAT RAKYAT.. 21SEPT 2008 AHAD 3 PTG
(atas)
Sdr Nashruddin menunjukkan kesan pembedahan (3 kali) didada anak Sdr Amir
(bawah)
SU sempat berfoto dgn Amir.
Penyakit jantung berlubang anak kembarnya semakin parah telah membawa Amir, bekas vokalist kumpulan Ukays, sebuah kumpulan yang popular pada tahun 80an dulu, datang ke Pusat Khidmat Rakyat (P.K.R) pada hari Ahad lepas. Beliau yang datang bersama dengan anak2 beliau, telah berpisah dengan isterinya dan mendapat hak penjagaan anaknya 3 orang, kini tinggal bersama kakaknya di Jalan Telipot, Bukit Sentosa 3.
Pihak pengurusan Pusat Khidmat Rakyat (P.K.R) dibawah Penyelaras, Sdr Nashruddin Abd Aziz telah menyatakan persetujuan untuk memberikan sumbangan atas dasar kemanusian mengenangkan keadaan kewangan Amir yang tidak mengizinkan beliau mendapatkan rawatan terbaik dari hospital swasta. Beliau akan terus mendapatkan rawatan dari hospital Selayang yang agak berhampiran.
Pihak P.K.R akan mengadakan majlis sumbangan dan Tabung Anir Ukay tidak lama lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment