Pertukaran portfolio pertahanan dan kewangan antara Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak dengan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dilihat sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak menghiraukan kepentingan rakyat.
Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin berkata pertukaran ini dilihat sebagai tindakan kurang bijak apabila tugas penting portfolio kewangan dalam mengambil kira situasi ekonomi dan ketidaktentuan ekonomi dunia diabaikan.
“Tindakan ini dilihat sebagai tindakan untuk melepaskan tanggungjawab setelah beliau gagal menguruskannya,” katanya dalam satu kenyataan media.
Tambahnya lagi, sikap tidak bertanggungjawab beliau ini dilihat sebagai tidak menghiraukan kepentingan rakyat apabila jawatan yang begitu penting begitu mudah di tukar tanpa mengambil kira faktor dan persetujuan dari semua.
“Ini menunjukkan bahawa tindakan beliau yang menyerahkan tugasnya kerana tidak dapat lagi menguruskan malahan memburukkan lagi ekonomi negara,” katanya lagi.
Katanya lagi, tindakan penukaran portfolio tersebut juga dilihat sebagai tindakan untuk berhadapan dengan pelan penubuhan kerajaan baru.
No comments:
Post a Comment