September 04, 2008

16 SEPT milik kita ----- PKR SARAWAK


Ketua KeADILan Sarawak, Dominique Ng berkata Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan baru 16 September nanti dengan penyertaan lebih 40 ahli parlimen.

"Bila tiba 16 September nanti, akan terbukti siapa yang bermimpi dan bercakap besar," kata beliau dalam satu sidang media di Kuching baru-baru ini.

Kenyataan beliau itu dikeluarkan ketika terdapat laporan mengatakan pemimpin tertinggi KeADILan bertemu dengan pemimpin sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) di Kota Kinabalu pagi semalam yang berikrar untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Ng menjangka bilangan wakil rakyat BN yang mencukupi akan menyertai Pakatan untuk memboleh pembangkang mendapatkan jumlah yang mencukupi untuk menumbangkan kerajaan pada tarikh 16 September ini.

Beliau juga mengumumkan bahawa KeADILan Sarawak akan mengadakan jamuan makan malam di Kuching pada 15 September dan di Miri esoknya sebagai meraikan Hari Malaysia.

Selain itu, beliau berkata cuti umum pada 16 September akan diumumkan di Malaysia Timur bila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan

SU: Sepatutnya tak payah bicara betul ker tidak, bila DSAI kata pembangkang boleh menang dlm PRU12 dulu, ramai tak percaya, aku terpaksa convince ramai org, supaya memberikan last sacrife utk ANWAR!!!! 16 SEPT mesti jadi.....

No comments: