September 04, 2008

16 september CUTI UMUM UTK MALAYSIA!!!!!! MERDEKA!!!!


Ramai menyifatkan cadangan cuti umum pada 16 September ini sebagai tepat pada masanya sempena memperingati penubuhan Malaysia dan kemasukkan Sabah dan Sarawak.

Malah ramai berhujah cuti itu sepatutnya sudah lama dilaksanakan sebagai menghormati kesediaan kedua-dua negeri terbabit menyertai persekutuan Malaysia.

Barulah betul semua rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan, Sabah dan Sarawak masuk menjadikan hari kemerdekaan mereka adalah 16 September..bukannya 31 Ogos..

Walau macamana pun, kita patut tahu negara maju pun ada banyak cuti umum, setakat nak jadikan satu hari lagi sebagai satu cuti umum tidak akan menjadi bebanan kepada negara kita.. Jadikan 16 September sebagai hari perpaduan rakyat Malaysia, perpaduan Pakatan Rakyat.....

No comments: