September 18, 2008

Penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Aziz, ditahan polis ....

Siasat Kickdefella Dibawah Akta Hasutan (23 August 2008) Kini seorang lagi penulis blog di tahan Penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Aziz, ditahan polis di rumahnya di Demit Kota Baharu mengikut Akta Hasutan. Namun menerusi blog beliau ada di lampirkan beberapa pesanaan.

Berikut dipetik keterangan beliau mengenai isu bendera yang di terbalikkan menerusi blog beliau

* Tentu sekali saya halal untuk disembelih dan dibunuh kerana saya menebalikkan bendera Malaysia yang tidak salah disisi undang-undang. Sebab itu kes saya disiasat di bawah akta hasutan dan bukan kerana menghina bendera Malaysia.Berbalik kepada laporan polis yang dibuat ke atas saya dan seterusnya siasatan di bawah akta hasutan yang menyusul menyebabkan saya musykil.

* Mengapa saya tidak didakwa kerana menebalikan bendera Malaysia?

* Adakah saya ini penghasut?*

Adakah dengan mengenengahkan persepsi saya terhadap sikap Kerajaan yang menindas golongan kecil ini adalah satu cubaan menghasut yang boleh memporak-perandakan negara?

Saya protes terhadap ahli-ahli politik yang tidak serius menangani masalah yang dialami rakyat akibat ekonomi yang tidak menentu yang mengakibatkan kos hidup melonjak.

Saya menyeru rakyat Malaysia di alam maya supaya turut serta protes terhadap ahli-ahli politik ini supaya rakyat-rakyat kerdil tidak terus kekal sebagai statistik.

1. Saya TIDAK menyeru rakyat Malaysia berhimpun tanpa permit.

2. Saya TIDAK menyeru rakyat Malaysia merasuah.

3. Saya TIDAK menyeru rakyat Malaysia menghuru-harakan negara.

4. Saya juga TIDAK menyeru supaya pemimpin negara atau mana-mana umat manusia disembelih dan dibunuh.

Foto bendera Malaysia yang terbalik bersama bendera Kelantan yang disiarkan diblog saya pada posting saya yang lalu di ambil oleh saya pada pertengahan tahun 2007.

Insiden ini saya sedari sewaktu menghisap rokok di puncak bangunan pejabat saya. Kedua-dua bendera itu berada dihadapan Kompleks Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Setelah mengambil foto itu, saya menghubungi seorang pegawai di kompleks itu dan memberitahu bahawa bendera Malaysia berkibar secara terbalik.

Seketika kemudian bendera itu dibetulkan semula. Tarikh sebenar kejadian itu masih ada didalam simpanan saya walaupun tiada pada saya pada saat ini. Pegawai yang menerima panggilan dari saya juga masih berkhidmat di Kelantan.

Saya mengaku saya sedih dan derita melihat Jalur Gemilang dikibarkan terbalik tetapi saya lebih sedih dan tersiksa mengenangkan nasib rakyat Malaysia sekadar statistik.Tetapi saya tidak sedih dengan ugutan untuk disembelih dan dibunuh oleh segelintir penyokong UMNO. Saya takut, tetapi tidak sedih.

No comments: