September 06, 2008

SERI PADUKA UCAP SELAMAT BERJAYA KPD PAK LAH!!!!

PUTRAJAYA 5 Sept. – Cubaan pakatan pembangkang menyebarkan khabar angin mengenai pembentukan kerajaan baru melalui tindakan lompat parti telah pun dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, khabar angin mengenai pembentukan kerajaan oleh pakatan pembangkang pada 16 September itu ditimbulkan ketika beliau menghadap Seri Paduka baru-baru ini.

Menurut Abdullah, Tuanku Mizan menyatakan rasa gembira dan yakin dengan kewibawaan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menguruskan pentadbiran negara dan membaiki kualiti hidup rakyat pelbagai kaum.

Abdullah memberitahu, beliau menyembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa kerajaan BN mempunyai tanggungjawab dan mendapat sokongan padu daripada rakyat untuk meneruskan agenda pembangunan negara.

“Tuanku gembira dengan apa yang kita lakukan, Seri Paduka ucapkan selamat berjaya,” kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas membentangkan Laporan Separuh Tahun 2008 Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan (Pemudah) di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

SU: Nampaknya Seri Paduka pun percaya 16 hb ni akan jadi pertukaran ahli parlimen BN ke PR, siap ucap selamat berjaya kpd Pak Lah jika dapat tahan BN terus jadi pemerintah.....................................!

No comments: