September 20, 2008

DUIT PASIR UTK KERAJAAN GUNA BUAT KEBAJIKAN RAKYAT.....

Penubuhan Syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) diharap dapat menstabilkan bekalan dan harga pasir serta bahan mineral yang akan dijual kepada syarikat kontraktor.

Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata secara tidak langsung aktiviti pencurian pasir dapat dikawal di samping menjana pendapatan negeri secara konsisten.

“Ini merupakan satu usaha dalam mempelbagaikan pendapatan hasil negeri.

“Keuntungan yang diperolehi melalui syarikat ini akan disalurkan kepada kerajaan negeri untuk meneruskan program kebajikan seperti Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), Mesra Warga Emas dan lain-lain program kebajikan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan tapak operasi pengeluaran pasir pertama KSSB di sini pagi tadi.

Kerajaan negeri dikatakan akan memperolehi keuntungan seratus peratus melalui program ini di kawasan seluas 50 ekar dengan anggaran 100,000 tan metrik pengeluaran dalam sebulan.

Dijangkakan pendapatan yang bakal diperolehi melebihi RM2 juta dalam tempoh tiga hingga empat bulan lagi.

Pada majlis itu juga, Abdul Khalid turut menerima cek bayaran pembelian pasir dengan nilai melebihi RM700,000 daripada lima buah syarikat iaitu Sg Rambai Angkut Sdn Bhd, Low Chai Eng & Son Trading Sdn Bhd, Wawasan Dengkil Sdn Bhd, Hages Con Sdn Bhd dan Prolink Marketing Sdn Bhd.

No comments: