September 19, 2008

MAHATHIR AJAK GULING PAK LAH...........


(DEWAN PEMUDA PAS WP)Mahathir dalam satu kenyataannya semalam mengesa agar parti komponen BN seperti MCA dan Gerakan bersatu dengan Umno bagi mengguling Dollah Badawi dengan segera. Beliau melihat bahawa Dollah kini bukan sahaja menjadi liabiliti kepada Umno malah BN dan juga memberikan kesan kepada perpaduan kaum dalam negara ini keseluruhannya.

“Hanya dengan cara ini kita dapat pulihkan BN dan mungkin juga menyusunnya semula” kata Mahathir

“Jika tidak hubungan kaum akan terus merosot dan negara akan jadi mangsa,” tambahnya.

Bagi Mahathir, desakkan dari parti komponen adalah penting bagi memulihkan kembali sokongan rakyat kepada mereka. Selagi Dollah masih menjadi Perdana Menteri, usaha pemulihan hubungan antara kaum dan pembinaan semula imej BN akan menjadi terlalu sukar.

BN kini menerima padah kesan dari tindakan-tindakan politik Dollah yang dilihat begitu konsisten dan kurang bertenaga.

Pada masa ini Dollah bukan sahaja ditekan oleh pembangkang malah diperingkat dalaman BN juga tekanan itu semakin dirasai. Pertukaran potfolio beliau ke Kementerian Pertahanan adalah strategi jangka pendek beliau untuk mengekal kuasa kerana pada masa ini beliau memegang organisasi keselamatan negara yang terbesar.

Keadaan ini memberikan sedikit ruang untuk Dollah menyusun kembali tekanan yang diterimanya dan kita akan lihat selepas ini beberapa lagi tindakan luar biasa yang dianggap begitu gopoh oleh rakyat.

Pemimpin seperti Dollah bila mengelabah akan dilihat buruk dan seperti orang bodoh. Walaupun tenang, tapi jiwanya bergelora kerana setiap hari musuh politik beliau bertambah!

No comments: