September 16, 2008

TEMUJANJI DGN PAK LAH..BILA NAK SERAH KUASA!!

Seketeriat Pakatan Rakyat hari ini akan menghantar surat temujanji bagi menemui Perdana Menteri di Putrajaya.

Seketeriat berkenaan akan diwakili Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan Johari Abdul, Bendahari Pas Dr Hatta Ramli dan Pengerusi DAP Negeri Sembilan Anthony Loke.

Ketiga-tiga mereka akan menghantar surat di Pejabat Perdana Menteri disini jam 2.30 Petang.

Sabtu lepas, dalam satu sidang media, Anwar Ibrahim merumuskan keputusan untuk bertemu dengan Perdana Menteri dalam masa terdekat sepertimana yang dipersetujui bersama oleh Pakatan Rakyat dalam satu mesyuarat sebelum itu.

Menurut Ketua Pembangkang itu, pertemuan berkenaan adalam mengenai kestabilan politik dalam negara dan isu keselamatan tanah air.

No comments: