September 18, 2008

BEKAS WAKIL RAKYAT BN MAHUKAN PAKLAH TURUN AWAL.....

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Rabu melahirkan pandangan berbeza daripada keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai peralihan kuasa yang dipersetujui kedua-dua mereka diadakan pada Jun 2010.

Mubarak, yang mengadakan mesyuarat khas Majlis Tertingginya hari ini sekali lagi berpendapat proses peralihan kuasa itu perlu diadakan dengan secepat mungkin, selewat-lewatnya sebelum Perhimpunan Agung Umno pada 16 Dis ini bagi mengelakkan pergolakan dalam parti.

Presidennya Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata keputusan tersebut dicapai sebulat selepas mendengar pandangan dan rumusan 34 daripada 36 anggota Majlis Tertingginya. Dua lagi anggotanya tidak dapat hadir.

No comments: