Dari blog Datuk Ruhanie Ahmad/kudakepang........
Dua parti komponen di Semenanjung mengadakan satu mesyuarat rahsia secara bersama pada malam 3 September 2008, untuk mengkaji kedudukan mereka dalam Barisan Nasional (BN) mutakhir ini.
Mesyarat itu diadakan dalam kerancakan ura-ura Pakatan Rakyat (PR) akan menubuhkan kerajaan pusat pada 16 September 2008 ini.
Oleh itu, mungkinkah kedua-dua komponen ini akan meninggalkan BN dan seterusnya menganggotai PR menjelang 16 September 2008?
Seorang pembesar UMNO bila dimaklumkan mengenai mesyuarat berkenaan memberikan komen berikut: “nampaknya menang sesuatu yang serius sedang berlaku. Mungkinkah UMNO akan ditinggalkan keseorangan?”
Sejak PRU 12 Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kelihatan complacent mengenai kesetiakawanan dan keakraban komponen BN.
Sejak Mac 2008 hingga ke hari ini BN masih dalam keadaan “terkejut” akibat kekalahannya di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Biarpun begitu, Abdullah masih terus berdolak-dalik mengenai post-mortem untuk memperkasakan semula BN.
Lantaran itu, banyak pihak beranggapan bahawa kekalahan BN dalam PRK Parlimen Permatang Pauh tempoh hari adalah kesan dan bukti kepada kelemahan BN dan pucuk pimpinan tertingginya pada ketika ini.
No comments:
Post a Comment