September 20, 2008

Pak Lah Makin Terhimpit, Ahli MT UMNO Desak Beliau Berundur Segera !!

Kenyataan Mahathir bahawa beliau akan masuk UMNO pada waktu yang tepat seolah-olah menggambarkan beliau sudah nampak "waktu itu" agaknya. Ini ditambah lagi dengan langkah Pak Lah mengarahkan Najib menagmbil alih jawatan Menteri Kewangan daripadanya. Apakah Pak Lah mahu Najib melakukan sesuatu bagi merangsang serta mempertingkatkan eknonomi negara sebelum beliau mengambil alih jawatan PM?.

Semua ini bakal terjawab dalam masa terdekat ini. Semalam, rupa-rupanya ada berita yang kurang menyenangkan Pak Lah semasa mesyuarat MT itu. Cuma berita itu langsung tidak disiarkan dalam media arus perdana bagi menjernihkan suasana serta air muka Pak Lah. Khabarnya, beberapa ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno telah mendesak Pak Lah supaya jangan bertanding jawatan presiden Disember ini. Mereka membuat desakan tersebut dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) semalam, kerana bimbangkan Abdullah tidak akan mendapatkan pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatan presiden. Ini bermakna, Abdullah perlu meletakkan jawatan perdana menteri lebih awal daripada 2010. Difahamkan, mereka mahu Abdullah meletak jawatan sebelum 9 Oktober ini - tarikh bermulanya mesyuarat bahagian yang akan berlangsung selama sebulan sehingga 9 November.
Seramai 193 bahagian Umno akan membuat pencalonan bagi jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden serta kerusi MT untuk bertanding dalam pemilihan parti Disember depan. Pak Lah memerlukan 30 peratus atau 58 pencalonan dari bahagian untuk layak bertanding jawatan presiden. Sebelum ini beliau memegang jawatan presiden tanpa bertanding. Menurut sumber-sumber yang layak dipercayai, desakan tersebut dibuat oleh sekurang-kurang tiga ahli MT ketika bercakap mengenai pergolakan dalam Umno sekarang.

Manakala dua lagi ahli MT difahamkan telah meminta Pak Lah meletak jawatan selewat-lewatnya semasa perhimpunan agung tersebut. Difahamkan ahli-ahli MT yang lain juga mahu menyuara pandangan mereka tetapi Timbalan Perdana Menteri, Najib mencelah dan berkata beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan Pak Lah. Pak Lah kemudiannya berkata, beliau juga akan membincangkan perkara yang sama dengan Najib selepas ini. Antara yang membangkitkan perkara tersebut termasuk dikalangan ahli MT yang terdiri daripada menteri kabinet sendiri.

[Jika ini berlaku maka kita akan melihat satu pertembungan yang hebat antara Najib dan Anwar tentang siapakah yang bakal mengambil alih tampuk kepimpinan negara itu. Umum melihat Anwar lebih berpeluang kerana beliau sudah mendapat sokongan majoriti bagi membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat. Namun, apakah Najib boleh berdiam diri melihat keadaan ini?]

No comments: