February 09, 2009

AL FATIHAH.. AHLI PARLIMEN PAS BUKIT GANTANG - ROSLAN SHAHAROM BARU MENINGGAL DUNIA KERANA SAKIT JANTUNG..


Haji Roslan Shaharom, Ahli Parlimen Bukit Gantang (PAS) telah meninggal dunia sebentar tadi. Berita yang saya terima mengatakan bahawa beliau meninggal dunia di stesen minyak Petronas di pekan Batu Gajah semasa berseorangan sedang menunggu keretanya dibasuh. Malam tadi, semasa perhimpunan rakyat di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, beliau kelihatan seperti biasa, bergurau berjenaka bersama rakan-rakan yang lain. Saya juga duduk bersebelahan beliau sepanjang majlis malam tadi.
Allayarham merupakan Pengerusi Yayasan Negeri Perak yang dilantik dalam bulan Julai tahun lepas.
Diantara pengalaman kerja semasa hidupnya, beliau pernah memegang jawatan Pengarah, Sumber manusia & Pentadbiran PKNP, Pensyarah UPM, OUM dan UiTM Perak. Allahyarham juga adalah pengamal perubatan Syifaq.
Berkelulusan di dalam Sains Pembangunan Sumber Manusia dari UPM (1997), Sarjana Muda di dalam SAINS POLITIK &PSIKOLOGI dari UKM (1983) dan DIPLOMA dari UIA didalam ISLAMIC STUDY. Beliau mempunyai seorang Isteri Bernama Puan Safiah bt Harun dan mempunyai 11 orang anak.
Didalam PRU12 yang lepas, beliau telah menang kerusi parlimen dengan jumlah undi 10,144 (PAS), manakala BN memungut 16,846. Kertas Undi Tak Dikembalikan adalah 54 dengan Undi Rosak sebanyak 655.
Berikut adalah undi untuk DUN di dalam Parlimen P59 BUKIT GANTANG
N.13 KUALA SAPETANG
BN 6,544
PAS 3,858
DAP 2,443
Kertas Undi Tak Dikembalikan 24
Undi Rosak 443
N.14 CHANGKAT JERING
BN 10,966
PAS 6,202
Kertas Undi Tak Dikembalikan 8
Undi Rosak 321
N.15 TRONG
BN 5,338
PAS 2,318
Kertas Undi Tak Dikembalikan 25
Undi Rosak 152
Inilah kuasa Allah swt, rakyat negeri Perak akan menunjukkan kuasa mereka dalam PRK 059 nanti.
Al Fatihah.
@ajjoi/media pkr hulusgr/sas

No comments: