February 16, 2009

KUATKAN PARTI, APA SAHAJA BOLEH BERLAKU!

Mengukuhkan kedudukan dan jentera Parti adalah teramat penting.Ketika menjadi pembangkang, tumpuan utama pimpinan dan ahli-ahli adalah ke arah memperkuatkan Parti. Sama ada menambah ahli, menambah cawangan atau melatih ahli, ianya sentiasa menjadi agenda utama kita. Tetapi setelah menjadi kerajaan maka tumpuan kita terbahagi dua, pertama mentadbir negeri dan kedua pula gerak kerja Parti. Perlu seimbang di antara keduanya kerana kita tidak mahu gerak kerja Parti diabaikan kerana terlalu sibuk mentadbir negeri di mana-mana peringkat sekalipun. Masalahnya akan timbul jika kita hilang kerajaan. Ketika menguasai kerajaan tentu sekali banyak kemudahan tetapi tanpa kerajaan kita terpaksa bergantung kepada kekuatan Parti sahaja. Contohnya ketika berkuasa kita boleh menggunakan mana-mana dewan serbaguna atau dewan orang ramai tetapi tanpa kerajaan, hanya markas dan bilik gerakan Parti yang boleh digunakan. Bayangkan apa akan jadi jika ketika berkuasa kita mengabaikan markas dan bilik gerakan kita? Selepas 8 Mac ada cawangan yang tidak mahu lagi menyewa markas kerana kata mereka boleh menggunakan dewan orang ramai. Tetapi jika tiba-tiba kita kehilangan kerajaan seperti di Perak, mungkin ketika itu akan tercari-cari markas atau gerak kerja Parti akan terhalang sama sekali.Saya tidak tahu bagaimana PAS di peringkat akar umbi di Perak berhadapan dengan kehilangan kerajaan tetapi ianya menjadi peringatan kepada kita agar bersedia menghadapi apa jua kemungkinan.Satu cabaran jika kita telah membiasakan diri dengan bantuan RELA atau majlis perbandaran tetapi dengan tiba-tiba kita kehilangan semua itu akibat dari kehilangan kuasa.Cabaran juga jika ahli-ahli hanya bekerja apabila ada peruntukan, ada bayaran walhal dahulunya segala-galanya adalah demi Allah dan Rasul. Jika tiba-tiba tiada lagi peruntukan seperti di Perak, apa akan terjadi?Bagi saya, walaupun berapa ramai sekalipun yang hadir dan membantu pada program-program mesra rakyat atau turun padang, akhirnya hanya ahli-ahli Parti yang komited akan terus bersama ketika kita menjadi kerajaan atau pembangkang. Ahli-ahli yang tidak akan merajuk atau meletakkan jawatan jika tidak mendapat imbuhan kewangan. Ahli-ahli yang dapat melihat lebih dari hanya wang ringgit tetapi juga dosa dan pahala.16 Februari 2009
@Iskandar Samad

No comments: