Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR kawasan Bukit Lanjan Elizabeth Wong (Elizabeth Wong Keat Ping N37 Bukit Lanjan) mengaku gambar bogel yang tersebar kini adalah gambarnya. Beliau yang pernah menjadi jadi pembantu khas kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan membuat laporan polis hari Isnin. Kini timbul desakan agar beliau meletak jawatan kerana moralnya dipertikaikan.Sementara itu, Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu gambar bogel Elizabeth Wong. Katanya, PKR akan mendapatkan keterangan Exco itu serta laporan polis sebelum memutuskan tindakan lanjut. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula berkata isu itu akan dibincang dalam mesyuarat Exco Negeri, Rabu ini (Agenda Daily)
No comments:
Post a Comment